Friday 20 January 2012

Sarangheyo Oppa! Bab 11

Bab11
Hana Humaira menadah tangan untuk berdoa setelah selesai menunaikan solat isyak.Selesai berdoa  dia melipat kain telekung,apa yang berada difikiran kini hanyalah tidur.
Betapa letihnya hari ini,petang tadi dia menolong ibu mengemas kembali rumah yang berselerak walaupun ditegah kerana kononnya pengantin baru tak ‘sweet’ disuruh melakukan kerja-kerja mengemas dan masih ada saudara yang tidak terus pulang selepas majlis yang boleh membantu untuk mengemas rumah.
Segera dia menutup suis lampu dan merebahkan badan keatas katil bersaiz queen itu.
Arghh,bestnye boleh baring.Hana Humaira terkejut lantas bangun dari baringan apabila terdengar pintu bilik dibuka dari luar.
“Assalamualaikum,boleh masuk?”Tanya Iskandar Haqiem sambil memetik suis lampu.
Eleh buat-buat tanya boleh masuk ke tak,tak sedar ke yang dua tapak kaki dia dah kat lantai bilik ini.Dengus hati Hana Humaira.
Iskandar Haqiem merapati isterinya yang sudah duduk bersandar dikepala katil.Dia duduk disebelah isterinya itu.
“Tak kan dalam bilik pun still bertudung,tak panas ke?”hatinya berbisik.
“Ahh,yang dia tengok aku lama-lama ni apehal.Mesti dia pelik tengok aku tak buka tudung.”aku tak senang duduk akibat dipandang begitu.
“Apa tengok-tengok? Hidung saya ada empat lubang ke atau muka saya dah berubah jadi mak lampir?”selamba aku menyoal Iskandar.
Iskandar Haqiem hanya tergelak,garang betul isteri aku ni tak padan dengan perempuan.
Tanpa segan silu dia membuka tudung isterinya,Hana Humaira yang tidak menyangka Iskandar Haqiem akan bertindak seperti itu sudah tidak mampu bersuara,ikatan rambutnya sudah terlerai akibat tudung ditarik kasar.
Pertama kali melihat rambut Hana Humaira terlepas begitu membuatkan naluri Iskandar Haqiem sebagai seorang lelaki berkocak hebat ditambah lagi Hana mengenakan pijama bewarna merah pada malam itu,warna merah memang warna kesukaannya.
Ya Allah,dia sangat sempurna dimataku, terima kasih Ya Allah kerana telah menghantar seorang bidadari secantik ini untuk ku.
Tanpa Iskandar Haqiem sedari tangannya mengelus perlahan rambut isterinya yang separas pinggang itu.”Lembut.”desis akalnya.
Hana Humaira yang terpaku dengan tindakan Iskandar Haqiem yang mengelus rambutnya itu menepis lembut.
”Err,Is...”aku bersuara perlahan.
Iskandar Haqiem tidak terasa hati walaupun tangannya ditepis bahkan dia hanya tersenyum memandang isterinya.
”Lar sampai berpeluh-peluh macam ni kejap erk saya pergi turun kan suhu air-cond”ujarnya bertujuan untuk menyakat isterinya.
”Ada jugak perasaan takut perempuan ni.”Dalam hati dia sudah ketawa melihat Hana sudah menggigil sedikit.
“So esok awak kena ikut saya kerumah mama dan papa kemudian selepas majlis persandingan baru kita pindah ke kondo saya.Okey?” tiada sebarang jawapan diberikan.
Iskandar Haqiem memandang kearah isterinya “Awak nampak cantik sangat tadi.” Iskandar Haqiem cuba untuk membangkitkan suasana yang lebih mesra antara dia dan isterinya.
Aku memandang Iskandar Haqiem dengan dahi yang berkerut “Dia cakap aku cantik? Biar betul.”
Iskandar Haqiem hanya mengangguk tanda dia benar-benar memaksudkan pujiannya sebentar tadi.”Err Is...Iskandar”tergagap aku bersuara.
Iskandar Haqiem mendengar namanya dipanggil segera berpaling,dia merenung tajam Hana Humaira dengan muka yang sengaja ditegangkan.
”Aik,tak kan dia marah aku panggil dia kut.”Hati aku mula berdebar-debar melihat Iskandar Haqiem sudah berdiri dihadapan dengan muka yang garang.
Demi Allah seumur hidup aku inilah kali pertama dia takut berhadapan dengan seorang lelaki selain abah jika aku terkantoi kerana  melakukan kesalahan,melihat muka Iskandar Haqiem tegang begitu memang membuatkan aku terasa seperti hendak terkucil.
Mata Iskandar tidak lepas memandang muka Hana Humaira yang sudah pucat,jika ditoreh dengan pisau sekalipun belum tentu akan ada darah yang mengalir keluar dari muka yang putih bersih itu.
”Awak dah lupa dengan perjanjian kita Hana?” sengaja dia membongkokkan badan dan bersuara betul-betul dtepi telinga kiri aku.
“Gila! Apa yang dia nak buat ni?”aku yang sudah panik hanya memandang lantai, tidak berani menangkat muka memandang lelaki itu.
”Mulai sekarang saya tak nak dengar awak panggil saya Iskandar lagi,I’m your husband and awak mesti panggil saya dengan panggilan yang sepatutnya.”Iskandar kembali berdiri tegak,lenguh belakangnya untuk membongkok lama-lama kerana ketinggian Hana hanya separas dadanya.Agak terseksa kut..
“Hah!! Kenapa pula saya tak boleh panggil awak Is,that’s your name bukannya saya panggil awak dengan panggilan bukan-bukan.”aku segera menyoal arahannya.
Boleh pun cakap,ingatkan dah bisu tadi.Sebenarnya dia sengaja berbuat demikian untuk melihat reaksi Hana Humaira.Iskandar Haqiem hanya melemparkan senyuman manis kepada Hana.
Sweet lar kalau dia senyum. “Ehem!! Hana apa ni? Tak kan dia senyum sikit pun kau  dah cair kut.”satu suara muncul tiba-tiba difikiran aku.
“Well,saya suami awak dan saya tak suka awak panggil saya Is”Selamba badak aje dia membalas.
Aku membuka mulut untuk membalas kata-katanya tetapi….
” kalau awak nak cakap yang saya pernah izinkan awak panggil saya Is dulu jawapan saya senang,itu dulu sebelum awak jadi isteri saya tetapi sekarang awak isteri saya dan sebagai isteri awak wajib menurut kata-kata saya,Hana.”sambungnya tenang.
Cis! Macam tau-tau aje aku nak cakap macam tu,dah tu aci main kotor pula mentang-mentang dia suami dia suruh aku buat macam-macam,tak boleh panggil ‘Is’ la hapa la.Berkilo-kilo kutukan aku kepada lelaki dihadapan ku ini.
“So awak nak saya panggil awak apa? Sayang,honey atau madu lebah mungkin lebih sesuai kut.Mana satu awak nak?” dengan kesabaran yang berbaki tak sampai 50% aku bertanya.
Iskandar Haqiem memandang dengan pandangan tidak percaya kearah Hana.
 “Ceh,loyar buruk tapi takpe disebabkan aku dah jatuh cinta dan start sayang kau kali ni aku terima aje.Next time jangan harap la sweetheart!”
” Semua tu ok tapi saya tak berapa suka.”Ujar dia tak mahu mengalah “Panggil abang”dia hanya membuat muka tak berperasaan apabila Hana mencebir tanda protes.
“Sori kerana hampakan permintaan awak,saya dah ada ‘abang’ saya sendiri so tak payah susah-susah nak jadi ‘abang’ saya.” Sengaja aku menekan sedikit perkataan ‘abang’ itu.
Cuupp!!! Satu ciuman hinggap dibibir aku tanpa diduga! Iskandar Haqiem hanya buat muka ‘toya’ apabila direnung.
 “Itu merupakan hukuman sebab sayang melawan cakap abang dan kalau sayang melawan lagi cakap abang,sayang akan tahu nasib sayang nanti.”
Terasa seperti mahu pengsan aku ketika itu dengan tindakkan Iskandar Haqiem.Abang? Sayang?? Ya Allah permainan apa yang ingin lelaki ini bermain dengan ku.
Aku melihat Iskandar Haqiem sudah berjalan meninggalkan aku dan merebahkan diri diatas sofa disudut bilikku.
“Alhamdulillah,sekurang-kurangnya aku tak perlu bertegang lidah kerana tempat tidur malam ini.”tak sanggup aku nak kongsi katil ini dengan lelaki lain.
Aku merebahkan kepala dibantal masih terbayang-bayang difikiran akan tindakkan Iskandar Haqiem yang dengan selamba mencium bibir aku tanpa perasaan malu.
Satu dengkuran halus menyapa telinga,diatas sofa Iskandar Haqiem sudah tidur dibuai mimpi.”Ewah sedap aje kau tidur ye time aku tak boleh lelapkan mata.”
Masih terngiang-ngiang panggilan abang dan sayang yang digunakan oleh Iskandar Haqiem sebagai kata ganti nama mereka berdua.
Apakah dia sudah jatuh hati denganku atau menyanyangiku sebagai isterinya?
”Ahh,sudah lar mesti dia saja buat macam tu.Dah! Tak payah fikir,baik aku tidur sekarang esok kena pergi rumah mama pula.”aku bermonolog.
Aku berbaring secara mengiring untuk melihat Iskandar Haqiem disofa,diam tidak bergerak.
”Ish kesian dia mesti sejuk tido tanpa selimut.”aku segera turun dari katil dan mengambil comforter kemudian menapak kearah sofa.
Walaupun geram dengan tindakkan Iskandar Haqiem yang menciumnya tadi Hana sedar dia sebagai seorang isteri tidak wajar membiarkan suaminya tidur dalam keadaan yang kesejukkan sebegitu.
Perlahan-lahan dia menyelimuti badan Iskandar Haqiem dan kembali kekatil lalu meneruskan tidur yang terganggu tadi.