Saturday, 16 June 2012

Sarangheyo Oppa!! bab 15

Bab15:
Aku mengibas tangan kerana terasa bagai ada ‘sesuatu’ di muka. Makin ditepis makin galak benda itu bermain-main dimuka.. Ishh,takkan lipas kut? Aku segera membuka mata..
“Arhhhh!!!” tindakan refleks bila aku terkejut.’Seseorang’ sedang duduk disisi katil sambil tersengih memandangku.
Mungkin kerana jeritan itu terlalu kuat sehingga mama dan papa segera berlari mendapatkan kami berdua.Nasib baik mak,kak Tuti dan kak Yati tak ‘join’ sekali.
 ”Iskandar,kenapa dengan isteri kamu?”cemas aje suara papa!
“Hana,kenapa ni sayang? Hana sakit ke,bagitau mama Hana sakit kat mana,kita pergi klinik ye?” mulut menyoal tapi tangan Datin Aisyah sudah sibuk memeriksa tubuh badan menantu kesayangannya.
Iskandar Haqiem menekup mulut menahan tawa yang bakal pecah bila-bila masa saja lagi.
Aku yang tak tahu nak kata apa memandang oppa utuk meminta bantuan.Hey! Hangin betul aku,boleh dia geleng kepala bila aku minta bantuan ‘kecemasan’ macam ni.. Tak guna punya oppa, apa la kau ni Hana ,tak baik tau kutuk suami sendiri.
“Hana mama tanya ni,kenapa diam?” Datin Asyah mengoncang kuat bahu Hana  Humaira.
“Err,Hana okey la ma,pa… Orang jerit sebab….” Serba salah aku nak cita perkara sebenar.
“Sebab apa?” papa meminta kepastian.
“Sebab Is kacau Hana tido,Hana ingat lipas tadi tuh yang Hana TERjerit,he he he....” Mianne mama papa sebab buat anda terkejut.
“Ya Allah!” ternyata ‘kejujuran’ku membuatkan mama benar-benar terkejut “Mama ingatkan apa la yang jadi tadi sampai kamu jerit macam gitu..” Tergeleng-geleng kepala Datin Aisyah.
“Iskandar,tak baik buat wife kamu terkejut sampai macam tu,kalau jadi pape nanti macam mana..”Tegur papa menasihati anak lelakinya yang sudah berubah semenjak berkahwin ini.
Iskandar Haqiem hanya tersengih memandang kedua-dua orang tuanya. Mama dan papa berlalu keluar dari bilik setelah mengetahui perkara yang sebenar.
Dia memandang Hana dengan mata yang terkedip-kedip(nak mintak simpati la tuh) sambil menghulurkan tangan sebagai tanda maaf diatas kelakuannya tadi “Maaf..”
Alahai,cumil la dia buat muka macam ni! Ehem! Hana jangan terpengaruh.Aku hanya buat tak endah dengan huluran tangan itu.
“Please??” Iskandar sudah membuat muka seposen sambil memandang muka isterinya.”Takkan marah kut? Bergurau dengan bini sendiri bukan salah pun.”
Alahai,tak sampai hati pula nak biar aje dia..”Yela,yela...” Hati perempuan.... Aku tidak menyambut huluran maaf Iskandar sebaliknya....
Arghhhh!!! Kali ini giliran si suami pula menjerit mana tidak ,tangan yang dihulur sebagai tanda maaf telah selamat digigit oleh si isteri yang ingin membalas ‘budi’.. “Nah,ambik kau..” Aumm aumm!! Gigit jangan tak gigit! Selepas 5 minit baru tangan itu dilepaskan dengan hati yang puas! Dengan selamba aku melangkah ke bilik air untuk mandi dan menunaikan solat Asar.
“Bini aku ni orang ke hamster?? Tangan aku pun dia gigit” Iskandar Haqiem memandang tangan yang yang telah ‘dicop’ oleh isteri terchenta.
Sementara itu didalam bilik air.. “Amek kau sape suruh kau buat aku terkejut.”Ha ha ha(evil laugh)

Fitting room penuh,korang dua masuk sekali la senang jimat masa sikit.”Puteri Balkis memberikan pendapat. Pagi tadi dia menerima panggilan telefon daripada BFFnya Hana yang mengajak ke butik perkahwinan untuk mencuba baju yang akan digunakan untuk majlis disebelah pengantin lelaki maklumlah dia kan bakal pengapit pengantin perempuan.
Aku merenung tajam ‘puteri bunian’ diselahku ini. “Ada ke patut suruh aku  masuk fitting room dengan mamat sengal ni? Ingat aku kemaruk sangat nak tayang body?
“A’ah la Is,kau masuk sekali la dengan Hana jimat masa kalau tunggu bilik tu nanti lambat pula.”Aufal Ameen yang bertugas sebagai pengapit pengantin lelaki pula bersuara menyokong kata-kata Puteri Balkis.
Iskandar Haqiem hanya buat tak endah dengan ujaran sahabatnya itu.Setelah 10 minit menunggu…
“Jom querida…” Dia mencapai tangan Hana untuk menyuruh isterinya bangun.
Aik? Nak pegi mana pula? Baju pun tak try lagi dah ajak ke tempat lain.
“Bilik tu kosong,kita masuk sekali la.Jimat masa sikit.”Ujarnya serius.
Nah haih,gila hapa dia nih? Dia nak aku salin baju dalam bilik kecik kotet tu dengan dia.. Aku ulang sekali lagi dengan DIA!!
Aufal Ameen dan Puteri Balkis hanya tersenyum melihat reaksi kawan masing-masing.Iskandar Haqiem yang bermuka selamba sambil menarik tangan isterinya untuk bangun manakala Hana Humaira seperti baru disimbah dengan cat merah ke muka,nampak jelas merah diwajah itu kerana kulitnya yang putih melepak.
“Cepat querida nanti orang lain masuk pula.” Iskandar masih lagi berusaha untuk menarik aku yang seolah-olah telah digam ditempat duduk.
“Aku tanak tayang body depan kau la mangkuk!! Tak paham ke??” aku menjerit sekuat hati.. Tapi  tak terkeluar,kalau jerit kuat-kuat nanti orang usya pelik pula.
Nak tak nak kena bangun juga sebab mamat tak faham bahasa ni tarik tangan aku rasa macam nak tercabut. Pertama kali dalam hidup aku mengalah dengan seorang lelaki.. Berat kaki melangkah mengekori Iskandar Haqiem menuju kebilik persalinan.
Iskandar Haqiem pula sebaliknya “Yeahh!! Best la kalau macam nih selalu.. He he he…”
Aku membuang pandangan ke arah lain apabila melaun ni selamba aje membuka t-shirt yang dipakai betul-betul didepan mataku tanpa memberi amaran.
Dup dap dup dap.. Aku merapatkan tapak tangan kedada. “Aisyemen,kau kenapa Encik Hati…” berpeluh-peluh aku ketika itu.Kenapa dengan aku ni, dulu time sekolah habis aje waktu Pendidikan Jasmani  classmate aku yang lelaki buka aku tak kisah pun,okey aje degupan jantung aku.. Sekarang?
Iskandar Haqiem perasan kelakuan Hana Humaira yang memegang dada kirinya itu.Dia hanya tersenyum kecil.. Tiba-tiba muncul satu akal untuk mengusik isteri nan seorang itu.
Dengan badan yang masih lagi tidak berbaju dia pusing menghadap isterinya. Tangan Hana Humaira diraih lembut. Hana yang tidak menyangka itindakkan drastik Iskandar tersandar kedinding dek kerana terlalu terkejut.
Along,tolong adik!! Aku hanya mampu menelan air liur,hendak lari tak boleh,aku tak pakai tudung. Dalam hati rasa menyesal membuak-buak kerana membuka tudung sebentar tadi.
Dalam hati Iskandar Haqiem sudah ketawa terbahak-bahak melihat riak wajah yang sudah berpeluh itu.Ha ha ha, hari tu sayang gigit tangan abang ye… Sekarang biar abang pula yang ‘gigit’ sayang. Nyumm nyumm..
Kedua-dua belah tangan sasa Iskandar Haqiem menghalang kiri dan kanan Hana Humaira.Kini dua pasang mata saling merenung tanpa sebarang kata.
Ya Allah,sempurnanya ciptaanMu..Kulitnya yang putih bersih,bibir merah bak delima yang comel dan matanya…Mata itu sungguh cantik! Niat asal hanya untuk mengusik isteri tercinta sudah bertukar rentak. Satu ciuman hinggap di atas kening Hana Humaira. Lama bibir Iskandar Haqiem melekat di situ.
Aku terpaku dengan tindakan Iskandar Haqiem.. Jika tadi aku seperti hendak melarikan diri kerana ‘takut’ sekarang tidak lagi walaupun aku mempunyai ruang dan peluang untuk berbuat begitu ketika dia sedang leka.
Iskandar Haqiem memandang wajahku apabila sedar aku tidak bertindak seperti selalu apabila dicium. Perlahan-lahan dia merapatkan mukanya ke mukaku dengan ‘tujuan’ yang sama seperti tadi. Hampir dan semakin hampir…. Jika sedikit lagi dia merapatkan mukanya ke muka aku pasti bibir kami akan bertaut…  Tok tok tok.. Bunyi ketukan di pintu membuatkan kami kembali sedar.
Aku hanya memandang ke lantai kerana terlalu malu utuk memandang wajah lelaki dihadapanku ini.
Guys.. Korang okey ke tak?? Asal lama sangat?”  suara Puteri Balkis seakan-akan risau dengan kami berdua.
Ehem! “Kami okey la Puteri,kejap lagi kami keluar.” Jawap Iskandar Haqiem. Dia segera membetulkan kedudukan baju yang direka khas untuk majlis itu nanti agar terletak elok di tubuh.
Aku masih lagi tidak bersuara..Iskandar Haqiem tahu isterinya segan dan malu kerana insiden tadi juga tidak bersuara.
“Abang keluar dulu k? Sayang dah boleh tukar baju sekarang.”sempat lagi dia menghadiahkan kucupan dipipi kiri ku sebelum berlalu keluar dengan senyuman yang melebar hingga ke telinga.
Mamat ni memang ‘pemurah’ dengan ciuman! Sesuka hati dia aje nak cium anak orang.











Sarangheyo Oppa!! bab 14

Bab14
Aku melangkah turun ke dapur.Bau aroma masakan membuatkan aku berasa sangat lapar!
“Boleh Hana tolong?” tak salahkan aku membantu.
Mak Siah yang sedang leka dengan senduk kuali terkejut.Hampir aja dia terlepaskan senduk ditangan.”Hana! Kamu ni,buat mak terkejut aje taw.”  Mak yang terkejut mengusap dadanya.
He he,tak sengaja la mak.Aku mengangkat tangan membuat simbol peace.
“Tak da apa yang nak ditolong Hana dah nak siap dah..Lagipun Yati dengan Tuti kan ada.”
Panggilan mak terus melekat dibibir orang tua itu kerana aku lebih gemar memanggilnya mak sebagai tanda hormat.Lagipun usia mak mungkin sebaya dengan mama dan ibu ku atau lebih.
Tanpa menghiraukan tegahan mak aku terus mencapai pisau dan memotong sayur yang akan di innalillah Kan kedalam kuali sebentar lagi.
Hana Humaira bertuah kerana diterima baik oleh semua orang didalam villa ini. Tanpa disedari sudah dua hari Hana bermalam di rumah mentua ku ini.Mungkin kerana layanan yang diberikan membuat dia terasa selesa bagai dirumah keluarga sendiri.
 Mama yang tersangat baik terhadapku membuatkan aku sentiasa terkenangkan ibu,papa walaupun sibuk dengan kerja di pejabatnya tetap meluangkan waktu bersama kami.
Mak Siah,kak Yati dan kak Tuti yang sangat ramah membuatkan aku bertambah betah tinggal disini walaupun kadang-kadang aku tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh kak Yati dan kak Tuti kerana loghat Indonesia mereka agak memeningkan aku...
Tetapi ada satu perkara yang merimaskan aku..... Siapa lagi kalau bukan Iskandar Haqiem! Mahu tidak sejak bermalam disini dua hari lalu,perangainya telah berubah! Asyik hendak berkepit aje mengalahkan kucing parsi sape pun tak boleh tahan!
Alasan yang sering diberikan bila aku membebel memarahinya adalah “Boring lar tak tahu nak buat hape ,papa kasi cuti lama.”
Gerrh!! Ingat dia saja yang boring,aku pun bosan jugak setiap saat ada aje bayang-bayang tak diundang mengekori setiap langkahku.
Cupp!! Satu ciuman hinggap dipipi secara tiba-tiba mengembalikan aku ke alam nyata. Mataku terpaku pada wajah lelaki yang sedang menongkat dagu sambil tersengih. Ish!! Hapa hal la dengan mamat ni?!
Siot punya mamat! Diciumnya aku depan mak dengan kak Tuti. Aku mengerling ke arah mak dan kak Tuti yang tersenyum.Mesti dorang nampak mamat sengal ni kiss pipi aku.. Adeh…. Malunya!
“Sayang ni berangan erk?”
Aku hanya buat tak tahu sahaja. “Sayang,nak air...” Dengan suara yang sengaja dimanjakan Iskandar Haqiem meminta air dari isterinya yang sedang memotong sayur itu.
Nak air pun mintak dekat aku ke.”Pegi lar ambik sendiri,peti ais kat belakang tu aje.” Selamba aku membalas.
“Sayang… Nak air…..” permintaan kedua tetap tidak ku endahkan.
Iskandar Haqiem menarik muka apabila isterinya hanya buat tak tahu.Nak manja sikit pun tak boleh.Kaki dihayun menuju ke ruang tamu,rasa dahaga tadi dibiarkan saja.
Ish ish ish,sejak bila kau jadi macam ni Iskandar? Manja mengalahkan budak tadika.Ha ha ha,inilah dikatakan kuasa cinta! Bila kucing parsi bertemu Whiskes, Bila cinta bertemu tuan,lelaki yang macho pun cair tak hengat!!
Hana Humaira perasan riak wajah tak puas hati suaminya itu.Bangun membasuh tangan di sinki. Jus apple yang sentiasa tersedia di dalam peti sejuk dituang kedalam gelas.
“Mak Hana pergi depan dulu ya,sayur tu Hana dah habis potong dah.”
Mak Siah hanya tersenyum melihat karenah pasangan pengantin baru itu.

“Nah..” aku menyua gelas yang sudah terisi dengan jus apple kepada lelaki yang sedang duduk membaca akhbar itu.
Riak wajah Iskandar Haqiem yang tadinya masam sudah boleh mengukir senyuman. Gelas ditangan Hana diambil. “Thanks sayang.” Air ditangan Hana Humaira diambil lalu diteguk hingga tinggal separuh.
Ngada-ngada betul.. Aku turut melabuhkan punggung disebelah Iskandar Haqiem.. Aroma perfume Polo Black yang dipakai oleh Iskandar Haqiem menyapa deria bau ku.. Wangi..
“Apa?”
Aku memandang lelaki disebelahku ini “Apa,apa?”
“Hurmm takda pape lar.” Iskandar Haqiem melipat surat khabar lalu diletakkan diatas coffee table.
“Bila kelas start?”
“2 bulan lagi” selepas itu sunyi menemani kami berdua.
“Sayang…” kata-kata Iskandar Haqiem terhenti disitu apabila terdengar suara mamanya memanggil. “Ye ma,Is dekat sini!”
Hailaa mamat ni,pakai jerit-jerit aje bila mama dia panggil... Aku sudah menggeleng kepala,jangan nanti anak-anak kami ikut perangai papa diorang sudah kalau tak pekak telinga aku.. Aik?? Dah fikir pasal ‘anak-anak’ ke Hana Humaira ni,nampaknya ada seseorang yang masih tidak menyedari perasaan yang sedang dialaminya sendiri.


Papa mengambil tempat di kepala meja makan dan mama di sebelah kanannya.Hidangan makan tengah hari sudah siap dihidang...
Urrrmmmm…. Sedapnya bau……. Sabar Hana sabar!! Kau depan mak dan ayah mentua kau ni,control sikit..
Kerusi kosong disebelah ditarik perlahan.”Alah,asal kau duduk tepi aku,spoil betul lar.” Dan-dan (serta merta) selera aku mati.
Iskandar hanya buat tak tahu bila dipandang Hana.Eleh,tak kasi aku duduk sini la tu..Dia mencapai lauk didepan mata,bismillah dibaca dan terus suap tanpa mengendahkan Hana Humaira disisi..
Satu lagi perkara yang membuatkan aku bangga dengan family ini,walaupun family ni kaya,siap kali makan dorang mesti menggunakan tangan,mengikut sunnah la katakan.Tak seperti orang kaya yang lain setiap kali makan mesti bersudu.Aku tersenyum sendiri.
“Hana sayang,orang suruh makan bukan pandang aje lauk tuh kemudian tersenyum.” Datin Aisyah menegur menantunya itu.Papa sudah ketawa melihat aku yang terkulat-kulat dikantoikan mama… He he he…
Aku terus suap makanan yang dihidang tanpa sepatah kata walauun selepas itu Iskandar memenuhkan pinggan aku dengan lauk-pauk seolah-olah sudah tak makan setahun! Sesekali terdengar gelak ketawa dan perbualan antara papa dan suamiku manakala mama hanya mendengar penuh minat.

Aku menolong mak membasuh pinggan kotor disingki.Mama dan papa duduk mengambil angin ditaman belakang.Memang menjadi kebiasaan mereka melepak disitu bila sudah makan.
Tapp!! Dinner plate terlepas dari pegangan apabila satu tangan memelukku dari arah belakang,nasib baik tak pecah...
Mak Siah yang terdengar bunyi segera ke dapur “Kenapa Hana..Kamu okey ke?” mak bertanya cemas.
“Err,okey aje mak tak de pape pun Cuma pinggan ni terlepas dari tangan orang.”
“Boleh lepaskan tangan tak? Orang nak cuci pinggan ni!” Geram sungguh aku dengan lelaki yang memelukku ini.
“ Cuci je la,abang bukan kacau sayang pun.”Selamba aje Iskandar Haqiem membalas,pelukkan tetap  tidak dilepaskan.
“Iskandar,awak buat saya…..” tak sempat aku menghabiskan kata-kata,satu lagi ciuman hinggap di pipi.
Aku menghadiahkan Iskandar dengan pandangan membunuh! Dia ni kenapa? Sikit-sikit cium, aku backhand nanti baru tau..
Selesai membasuh pinggan,kaki diatur naik ke bilik. “Adeh,mau tercabut kaki aku kalau tiap-tiap hari naik turun macam ni.” Mau tak,villa ini mempunyai 3 tingkat! Dah la bilik melaun sekor ni kat tingkat tiga.. Mau tak mau aku kena panjat jugak lar…
Aku merebahkan badan keatas katil bersaiz king untuk mengurangkan rasa lenguh.. Tiba-tiba kejadian yang berlaku pada malam pertama aku menjejakkan kaki dirumah ini menerjah dan  membuatkan aku tersenyum sendiri.
“Oppa nak tido kat mana?”itu soalan pertama sejak petang tadi.
“Tido kat bilik ni la kat mana lagi.”pelik betul bini aku ni.
“Serius lar,memain pulak dia.” Gila hapa nak tidur sekali.. Memang la kalau ikut hukum agama tak haram sebab kami ni suami isteri tapi aku tak rela! Jelingan maut dihadiahkan kepada lelaki disebelah ku.
“Jangan jeling-jeling,sayang buat abang tergoda aje taw..” Selamba habis dia  berkata begitu! Eeeii dia ni kan,malas layan mandi lagi bagus.. Segera aku mencapai towel lalu terus melangkah ke bilik air.
Betul kata pepatah malang tak berbau,memang sudah ditakdirkan aku jatuh terduduk didalam bilik air akibat terpijak bahagian lantai yang basah.. “Auuwww!!” Sakitnya hanya Allah saja yang tahu,seperti mahu patah tulang pinggang.
Iskandar yang sedang baring dikatil terus bangun apabila terdengar suara ku menjerit.
“Hana! Kenapa ni?” dia bersuara cemas.Yela sapa tak sayang bini oii!!
“Hana jatuh..”aduku,tanpa disedari setitis air mata jatuh kepipi.
Iskandar Haqiem terkejut melihat isterinya menangis,lalu disapu air mata itu.”Shush,dah la jangan nangis,abang angkat ke katil erk.” Terus badanku dicempung.
“Kejap abang pergi amek minyak gamat.”
Aku yang sedang menahan sakit hanya memerhatikan langkah suamiku yang hilang ke luar bilik.
“Pusing”
Aku hanya memandang wajahnya.
“Pusing la cepat,biar abang sapukan ubat.” Nak tak nak kena pusing jugak la sebab Iskandar dah buat muka garang dia. Sesungguhnya muka garang tu memang buat aku gerun sedikit…
Abah!! Segarang-garang abah dekat Hana dulu,garang lagi menantu abah ni…. Hu hu hu
T-shirt yang tersarung ditubuhku diselak perlahan.Aku hanya membiarkan tangan kasar itu menyentuh belakangku kalau melebih-melebih nanti aku akikahkan aje mamat ni jangan kasi chance.
Satu perasaan asing hadir tiba-tiba.Dulu along juga pernah menyapukan ubat dibelakang aku sebab cedera ketika bergaduh dengan seorang samseng sekolah tetapi ketika itu tiada apa-apa perasaan langsung hatta terharu sekalipun,zero!Tidak seperti sekarang.Terasa nyaman dan hangat pabila tangan itu mengusap lembut belakang badanku yang sakit!   
Aku tersentak pabila terasa satu ciuman hinggap di belakangku dan kemudian beralih ke kepala ku pula.
“Nite.”
 Ahhh aku benar-benar tidak mengerti perasaan lelaki ini.. Iskandar Haqiem menyelimuti belakang badanku yang terdedah dengan sehelai selimut kemudian terus merebahkan diri disofa seperti ‘malam pertama’ kami dirumah abah dan ibu. Aku pula terus memejam mata serapat yang mungkin,niat untuk mandi tadi terbantut begitu saja.











Sarangheyo Oppa!! Bab 13

Bab13
Aku tunduk mencium tangan ibu.”Jaga diri elok-elok,jangan buat perangai pula kat sana nanti.” Puan Zurah mengingatkan anaknya Lalu tubuh Hana Humaira dipeluk erat.Setitis air mata mengalir ke pipi.
“Sudah-sudah la tu Zu... Bukannya Hana nak pergi berperang”Encik Amrizal menenangkan isterinya yang sudah menangis. Mereka yang ada disitu ketawa kecil mendengar kata-kata Encik Amrizal.
“Jaga Hana baik-baik tau.”Encik Amrizal berpesan kepada Iskandar Haqiem”Nanti kirim salam dekat mama dan papa kamu.” Aku mengangguk kemudian segera bersalaman dengan along dan semua yang ada disitu.
Dengan hati yang berat Hana Humaira masuk ke dalam kereta.”Sudah la,bukan jauh pun rumah mama dengan rumah your parents,nanti bila-bila kita balik la sana.”Seakan memujuk sahaja nada Iskandar Haqiem. ”Senyum la sikit”ujarnya sambil menciut pipi kanan Hana Humaira yang duduk disebelah.
Ish lar!! Mamat sorang nih memang gatal tangan ke hah?? Ikut suka hati dia aje nak pegang-pegang aku.
Aku menepis pantas “Tangan tu jangan merayap merata-rata.”aku bersuara seolah-olah tiada perasaan “Nanti ‘cium’ pokok tak pasal-pasal aje.”
Ha ha ha.. Terletus ketawa Iskandar Haqiem mendengar ayat kartun Hana Humaira.Dalam dok marah masih lagi sempat memerlinya. ”Lar buat apa abang nak kiss pokok,sayang kan ada.....” sengaja dia meleretkan ayat yang terakhir.
Aku terkedu! Ceh aku nak kenakan dia last-last aku yang kena balik. Nasib-nasib.
“Oppa! Kita berhenti kat kedai buah tu kejap boleh tak?” aku memandang Iskandar disebelah dengan muka yang penuh mengharap.
Iskandar mengangkat kening mendengar permintaan Hana Humaira.Tiba-tiba aje nak berhenti kat kedai buah,tak kan lapar lagi budak ni sedangkan time breakfast tadi sampai dua pinggan nasi lemak budak ni sapu.
Walaupun masih keliru dia penuhi jua permintaan isterinya itu. Lampu isyarat sebelah kiri  dinyalakan.
Aku sudah tersenyum senang. ”Tak sangka dia ikut cakap aku.. Boleh jadi tempat hilangkan boring ni..He he he..” Idea jahat sudah berlegar-legar diminda. ”Kejap eh..” ujarku sambil membuka pintu kereta.
Banyaknya buah. Hurmm yummmyy. Tapikan buah apa yang mama dengan papa suka erk? Hana mengaru kepala yang terlindung disebalik lilitan selendang,pening hendak pilih buah mana yang hendak dibeli.
“Ye cik,nak buah yang mana satu. Semua manis-manis.”Ramah pak cik itu mempromosi.
“Hurmmm,kejap ye pak cik.”aku segera berlari menuju kearah Iskandar Haqiem yang berada didalam kereta.
Aku mengetuk perlahan cermin di tempat duduk penumpang.”Kenapa? Duit tak cukup ke?” Iskandar Haqiem sudah menarik keluar dompet dari saku belakang jeans.
“Ehh,tak… Bukan tak cukup duit tapi saya nak tanya buah apa yang mama dan papa suka.Nanti kalau beli buah yang mama dan papa tak makan tak best lar.”aku sudah membuat muka skupang.
Ternyata kata-kata Hana Humaira itu membuatkan Iskandar Haqiem terkejut dan terrsentuh.Tak sangka Hana Humaira memintanya memberhentikan kereta dibahu jalan hanya kerana ingin membeli buah tangan kepada mama dan papa.
Segera dia mematikan enjin lalu keluar.”La kenapa keluar. Panas ni,bagitau je buah apa yang mama dan papa suka.”
“Sayang ingat abang ‘putera lilin’ ke tak tahan panas.”Selamba dia mengheret tangan Hana Humaira kearah gerai buah-buahan yang ada disitu.
Aku hanya menurut langkah suamiku. Tanpa di undang,satu perasaan yang damai dan bahagia bertandang disudut hati. Perasaan yang tak dapat diungkapkan melalui kata-kata apabila tanganku bertaut erat dalam genggaman Iskandar Haqiem.
Hana merenung tangan kanan yang masih lagi didalam genggaman Iskandar Haqiem..
”Ya Allah adakah genggaman ini akan bertaut sehingga malaikat maut menjemputku? Kenapa aku dapat rasakan yang aku lebih selamat ketika berada disamping lelaki yang aku nikahi kerana permintaan ibu bapaku ini?”
“Semua RM19.40… Bayar RM19.00 dah la,lagi 40sen pak cik halalkan.” Suara pak cik itu mematikan lamunan panjang Hana Humaira.
“La dah beli ke?” kelam kabut aku mencapai dompet tapi Iskandar Haqiem lebih cepat sekeping not RM50 dihulurkan kepada pak cik itu.
“ No oppa,biar saya yang bayar.”Iskandar Haqiem hanya tersenyum dan segera mengambil wang baki.
“Terima kasih,anak ni baru kahwin ke?”terlebih ramah pula pak cik ni bertanya.
Iskandar Haqiem menjawap pertanyaan itu dengan anggukkan.
“Bagus la. Ni pak cik sedekahkan untuk kamu berdua.”ujarnya sambil memasukkan beberapa biji buah oren kedalam plastik.”Semoga cepat-cepat dapat anak ye.”
Mak ai!!! Biar betul pak cik ni,ada ke patut dia cakap macam tu. Tapi bukan salah dia pun,bukannya dia tahu yang aku dengan Iskandar kahwin sebab permintaan ibu bapa. Senyuman dilemparkan kearah pak cik itu.
“Kami minta diri dulu.”Iskandar Haqiem menyua tangan untuk bersalaman dengan pak cik itu sebagai tanda hormat kepada yang lebih tua.
 Suasana didalam mini cooper S  ‘meriah’ seketika apabila Iskandar Haqiem dengan slumber menyanyi mengikut rentak lagu I’m Yours yang dimainkan oleh deejay Hot FM. Penuh perasaan dia menyanyi lagu itu.
Sedap jugak suara dia ni nyanyi,kalau baca al-Quran mesti lagi best. Aku tersenyum.
“Kenapa sayang senyum sorang-sorang ni tak baik tau,makhruh.”
Kantoi!! “Adehh!! Macam mana dia boleh tau ni.”aku hanya buat tak tahu dengan usikan Iskandar Haqiem.
“Suara oppa sedap”aku menjeling Iskandar Haqiem yang sudah ‘kembang’ dipuji “tapi kalau oppa tak nyanyi lagi sedaap...” Sambungku mengusik.
Iskandar Haqiem mencubit pipiku.Ya Allah,nakalnya isteri aku ni!
“Sakit lar oppa!” aku bersuara kuat.Asyik cubit pipi aku aje,bengkak sebelah nanti sapa nak tanggung?!
Iskandar Haqiem sudah mengusap perlahan pipi Hana Humaira yang sudah merah “Sakit ke?”
Boleh dia tanya sakit ke tak! Tunggu kau. Sepantas kilat Hana mencubit kuat pipi Iskandar Haqiem yang sedang enak mengusap pipiku sambil sebelah tangan masih mengawal stereng kereta.
Auch!!! Hampir terkeluar tonsil Iskandar Haqiem  dek kerana jeritan itu.”Gila sakit!”
Aku hanya membuat muka tak bersalah.”La sakit ke oppa?” aku mengulangi pertanyaan Iskandar sebentar tadi.
Aduhai,apa la bini aku ni… Punya kuat gila dia cubit pipi aku tapi boleh tanya sakit ke tak. Iskandar Haqiem mengomel sendiri.
“Why you call me oppa?” pelik juga dia kerana Hana dari tadi memanggilnya ‘oppa’.Entah apa maksud pun dia tak tahu. Macam ‘opah’ pun ada juga.
Iskandar Haqiem yang masih lagi mengusap pipi kirinya itu dipandang sekali lalu. ”Sebab saya dah ada abang saya sendiri.” Ujarku ingin menambahkan lagi kekusutan dan keserabutan fikiran oppa.
Hah?? Iskandar Haqiem sudah ternganga mulut mendengar jawapan dari Hana Humaira yang langsung tidak dapat diproses oleh otaknya.
“Pandang depan la.”aku menolak perlahan kepala Iskandar Haqiem untuk kembali menghadap jalan.
Oppa tu bahasa Korea yang bermaksud abang,you ask me panggil you abang kan? But macam yang saya cakap sebelum ni I already have my own abang so saya panggil la awak oppa. Walaupun maksud yang sama tetapi sebutan yang berbeza,kira okey la tu.” panjang lebar aku menerangkan kepada suamiku ini.
Speechless.Tak tahu apa yang hendak dikatakan oleh Iskandar Haqiem.Tak sangka yang Hana Humaira memanggilnya abang selama ini.Hatinya berbunga gembira ketika itu,terasa seperti disayangi dan dihormati sebagai seorang suami.
Mini cooper S berwarna hitam milik Iskandar Haqiem meluncur laju membelah kesesakan jalan raya memuju ke villa milik Dato’ Kamal dan Datin Aisyah.



Sarangheyo Oppa!! Bab 12

Bab 12
Azan subuh berkumandang didada langit menyeru agar umat Nabi Muhammad SAW supaya bangun untuk mengerjakan ibadat wajib itu.
Hana yang terjaga apabila mendengar azan subuh terus bangun untuk membersihkan diri. 15 minit berada didalam bilik air ketika jam tepat menunjukkan pukul 6.00 pagi terasa seakan-akan diri berada di Antartika. 

Sejuknya hanya Allah saja yang tahu.
Selesai membersihkan diri aku segera mencapai telekung lalu menunaikan kewajipanku sebagai hambaNya.
“Ya Allah aku memohon dariMu agar engkau kuatkan aku agar aku dapat mengharungi segala dugaan yang mendatang dan jadikanlah aku seorang hamba yang solehah serta isteri yang baik kepada suamiku. Dan berkatilah kehidupanku serta matikan aku sebagai seorang Islam sebagaimana Engkau menghidupkan aku sebagai seorang Islam,amin.”aku turut mendoakan kedua-dua ibu bapaku agar kehidupan mereka diberkati 

Allah SWT pencipta langit dan bumi.
“Arhhh!!!” aku hampir terjatuh apabila terlanggar ‘lembaga’ yang sedang berdiri dibetul-betul belakangku.
“Sayang okey ke? Sorry abang tak sengaja buat sayang terkejut.” Ujar Iskandar Haqiem dengan tangan kanannya masih bertaut erat belakang isterinya yang hampir terlentang.
Aku terus menbuka mata apabila mendengar suara itu. “Fuhh,patutlah tak sakit tak sempat jatuh rupanya..”aku segera membetulkan kedudukan badan.
“Sekarang dah pukul 6.30,awak nak subuh pukul 7.00 ke?”aku memerli lelaki dihadapanku ini.
Iskandar Haqiem yang mendengar hanya tersengih kecil,lalu segera ke tandas untuk membersihkan diri tetapi separuh jalan dia kembali kearah isterinya. Cuppp!! satu ciuman hinggap di dahi Hana Humaira. ”Selamat pagi sayang.”

Aku terpaku seketika.Gila ka hapa? Morning kiss! Dia cium dahi aku?? Terasa seperti mahu terjun kolam pun ada saat ini. Dah masuk dua kali dia cium aku!!
Lupakan Hana,dia mengigau tu.Tanpa berlengah dia  terus mengemas katil dan menyimpan semula comforter yang digunakan oleh Iskandar Haqiem semalam. ”Siap!”
Aku segera menapak ke ruang dapur “Selamat pagi” aku menegur kaum ibu yang sedang sibuk menyediakan sarapan didapur.

“Selamat pagi,awal pengantin bangun.” Mak long mengusik. Aku hanya tersenyum.
“Masak apa pagi ni? Boleh Hana tolong.”
“Boleh sayangg.” Mak su pula bersuara “Tolong pergi kejutkan all your cousin yang still lagi tidur mati kat atas sana dan panggil semua pak cik- pak cik kat depan tu breakfast.” Semua ketawa mendengar kata-kata mak su itu “Jangan lupa ajak suami kamu turun sekali nanti merajuk pula suami kamu tu kamu lupakan dia.”sempat lagi mak su mengenakan Hana.

Aku menapak naik kebilik sesudah selesai lakukan seperti apa yang disuruh oleh mak su sebentar tadi.
Aku mengetuk pintu sebelum masuk sebagai tanda ‘amaran’.Ye la walaupun ini bilik aku tetapi still ada ‘seseorang’ kat dalam kan?

Aku tergamam.Nak pengsan pun ada. Iskandar Haqiem hanya bertuala separas pinggang. Sepantas kilat aku berpaling menghadap pintu.
Iskanar Haqiem ketawa perlahan. ”Hai.. Tak kan tak sudi nak tengok suami sendiri kut? Tak handsome ke abang ni atau sayang malu??”

Banyak la kau punya malu! Melaun betul aku backhand nanti naya aje.Aku hanya tersenyum sinis sambil memandang Iskandar Haqiem. Terlupa lelaki dihadapanku ini hanya bertuala ketika itu.
“Ibu panggil turun breakfast.” Dingin. Why dia senyum? Aku tengah buat lawak ke? Atau ada something on my face?? Aku meraba muka.
“5 minit.” Akhirnya dia bersuara.

“Cepat la,dorang dah tunggu tu.”Tak kan lar nak turun breakfast pun kena tunggu 5 minit.
“Nak turun pakai macam ni ke Puan Hana Humaira?” aku memandang Iskandar Haqiem dengan muka bluurr.  Aku teringat yang dia hanya bertuala ketika aku masuk tadi. Darah merah menyerbu naik ke muka.
“Ha… Eerr okay saya turun dulu.Take your time.” segera aku menuju ke pintu.
“Apa lar kau ni Hana! Menda macam tu pu kau boleh lupa!” Perasaan marah dan malu bercampur.
Satu tarikkan kuat pada tangan Hana membuatkan dia kembali terdorong kebelakang. Terlekap dia dibadan Iskandar Haqiem yang masih tidak berbaju.

Just 5 minute,kita turun sama-sama.” Iskandar Haqiem membisik ditelinga Hana Humaira.
Mereka beriringan turun kebawah,sebaik saja kaki memijak anak tangga yang terakhir tangan Hana Humaira digengam erat. ”Kita pengantin baru kan? Smile” Iskandar Haqiem bersuara perlahan.
Selamat pagi. Iskandar Haqiem menyapa mereka yang berada dimeja makan “Wahh pengantin baru kita ni muka berseri-seri aih..” terburai tawa seisi rumah yang mendengar usikan mak long.
Hana mengambil tempat duduk yang masih kosong disebelah anak bongsu mak long yang bernama Imran.
“Abang Is duduk sini lar lagipun Im dah sudah.” Imran mempelawa suami sepupunya itu.
Iskandar Haqiem mengucapkan terima kasih “Sayang,tolong tuangkan air kopi tu boleh?” hampir tersembur air yang ada dalam mulut. Biar betul mamat ni,dia bersayang-sayang time-time macam ni.
Mereka yang berada di situ tersenyum akan gelagat pengantin baru itu.
“Hana,kan suami minta air tu.”Puan Zurah bersuara.
Dengan hati yang memberontak Hana tuang air yang diminta kedalam cawan yang masih belum diguna lalu disuakan kepada Iskandar Haqiem.
“Pukul berapa nak balik rumah papa kamu?”Encik Amrizal memulakan perbualan.
“Kejap lagi abah dalam pukul 10.00 nanti.” Iskandar Haqiem membalas pertanyaan ayah mentuanya.