Bab14
Aku melangkah turun ke
dapur.Bau aroma masakan membuatkan aku berasa sangat lapar!
“Boleh Hana tolong?”
tak salahkan aku membantu.
Mak Siah yang sedang
leka dengan senduk kuali terkejut.Hampir aja dia terlepaskan senduk
ditangan.”Hana! Kamu ni,buat mak terkejut aje taw.” Mak yang terkejut mengusap dadanya.
He he,tak sengaja la
mak.Aku mengangkat tangan membuat simbol peace.
“Tak da apa yang nak
ditolong Hana dah nak siap dah..Lagipun Yati dengan Tuti kan ada.”
Panggilan mak terus
melekat dibibir orang tua itu kerana aku lebih gemar memanggilnya mak sebagai
tanda hormat.Lagipun usia mak mungkin sebaya dengan mama dan ibu ku atau lebih.
Tanpa menghiraukan
tegahan mak aku terus mencapai pisau dan memotong sayur yang akan di innalillah
Kan
kedalam kuali sebentar lagi.
Hana
Humaira bertuah kerana diterima baik oleh semua orang didalam villa ini. Tanpa
disedari sudah dua hari Hana bermalam di rumah mentua ku ini.Mungkin kerana layanan
yang diberikan membuat dia terasa selesa bagai dirumah keluarga sendiri.
Mama yang tersangat baik terhadapku membuatkan
aku sentiasa terkenangkan ibu,papa walaupun sibuk dengan kerja di pejabatnya
tetap meluangkan waktu bersama kami.
Mak
Siah,kak Yati dan kak Tuti yang sangat ramah membuatkan aku bertambah betah
tinggal disini walaupun kadang-kadang aku tidak faham dengan apa yang dikatakan
oleh kak Yati dan kak Tuti kerana loghat Indonesia mereka agak memeningkan
aku...
Tetapi ada satu perkara
yang merimaskan aku..... Siapa lagi kalau bukan Iskandar Haqiem! Mahu tidak sejak
bermalam disini dua hari lalu,perangainya telah berubah! Asyik hendak berkepit
aje mengalahkan kucing parsi sape pun tak boleh tahan!
Alasan yang sering
diberikan bila aku membebel memarahinya adalah “Boring lar tak tahu nak buat hape
,papa kasi cuti lama.”
Gerrh!! Ingat dia saja
yang boring,aku pun bosan jugak setiap saat ada aje bayang-bayang tak diundang
mengekori setiap langkahku.
Cupp!! Satu ciuman hinggap dipipi secara tiba-tiba
mengembalikan aku ke alam nyata. Mataku
terpaku pada wajah lelaki yang sedang menongkat dagu sambil tersengih. Ish!! Hapa
hal la dengan mamat ni?!
Siot punya mamat!
Diciumnya aku depan mak dengan kak Tuti. Aku mengerling ke arah mak dan kak
Tuti yang tersenyum.Mesti dorang nampak mamat sengal ni kiss pipi aku..
Adeh…. Malunya!
“Sayang ni berangan
erk?”
Aku hanya buat tak
tahu sahaja. “Sayang,nak air...” Dengan suara yang sengaja dimanjakan Iskandar
Haqiem meminta air dari isterinya yang sedang memotong sayur itu.
Nak air pun mintak
dekat aku ke.”Pegi lar ambik sendiri,peti ais kat belakang tu aje.” Selamba aku
membalas.
“Sayang… Nak air…..”
permintaan kedua tetap tidak ku endahkan.
Iskandar Haqiem menarik
muka apabila isterinya hanya buat tak tahu.Nak manja sikit pun tak boleh.Kaki
dihayun menuju ke ruang tamu,rasa dahaga tadi dibiarkan saja.
Ish ish ish,sejak bila
kau jadi macam ni Iskandar? Manja mengalahkan budak tadika.Ha ha ha,inilah
dikatakan kuasa cinta! Bila kucing parsi bertemu Whiskes, Bila cinta
bertemu tuan,lelaki yang macho pun cair tak hengat!!
Hana Humaira perasan
riak wajah tak puas hati suaminya itu.Bangun membasuh tangan di sinki. Jus apple yang sentiasa tersedia di
dalam peti sejuk dituang kedalam gelas.
“Mak Hana pergi depan
dulu ya,sayur tu Hana dah habis potong dah.”
Mak Siah hanya
tersenyum melihat karenah pasangan pengantin baru itu.
“Nah..” aku menyua
gelas yang sudah terisi dengan jus apple kepada lelaki yang sedang duduk
membaca akhbar itu.
Riak wajah Iskandar
Haqiem yang tadinya masam sudah boleh mengukir senyuman. Gelas ditangan Hana
diambil. “Thanks sayang.” Air ditangan Hana Humaira diambil lalu diteguk hingga
tinggal separuh.
Ngada-ngada betul..
Aku turut melabuhkan punggung disebelah Iskandar Haqiem.. Aroma perfume Polo Black yang
dipakai oleh Iskandar Haqiem menyapa deria bau ku.. Wangi..
“Apa?”
Aku
memandang lelaki disebelahku ini “Apa,apa?”
“Hurmm takda pape
lar.” Iskandar Haqiem melipat surat
khabar lalu diletakkan diatas coffee table.
“Bila kelas start?”
“2 bulan lagi” selepas
itu sunyi menemani kami berdua.
“Sayang…”
kata-kata Iskandar Haqiem terhenti disitu apabila terdengar suara mamanya
memanggil. “Ye ma,Is dekat sini!”
Hailaa mamat ni,pakai jerit-jerit aje bila
mama dia panggil... Aku sudah
menggeleng kepala,jangan nanti anak-anak kami ikut perangai papa diorang
sudah kalau tak pekak telinga aku.. Aik?? Dah fikir pasal ‘anak-anak’ ke Hana
Humaira ni,nampaknya ada seseorang yang masih tidak menyedari perasaan yang
sedang dialaminya sendiri.
Papa mengambil tempat
di kepala meja makan dan mama di sebelah kanannya.Hidangan makan tengah hari
sudah siap dihidang...
Urrrmmmm….
Sedapnya bau……. Sabar Hana sabar!! Kau
depan mak dan ayah mentua kau ni,control sikit..
Kerusi kosong
disebelah ditarik perlahan.”Alah,asal kau duduk tepi aku,spoil
betul lar.” Dan-dan (serta merta) selera aku mati.
Iskandar hanya buat
tak tahu bila dipandang Hana.Eleh,tak kasi aku duduk sini la tu..Dia mencapai
lauk didepan mata,bismillah dibaca dan terus suap tanpa mengendahkan Hana
Humaira disisi..
Satu lagi perkara yang
membuatkan aku bangga dengan family ini,walaupun family ni kaya,siap kali makan
dorang mesti menggunakan tangan,mengikut sunnah la katakan.Tak seperti
orang kaya yang lain setiap kali makan mesti bersudu.Aku tersenyum sendiri.
“Hana sayang,orang
suruh makan bukan pandang aje lauk tuh kemudian tersenyum.” Datin Aisyah
menegur menantunya itu.Papa sudah ketawa melihat aku yang terkulat-kulat
dikantoikan mama… He he he…
Aku terus suap makanan
yang dihidang tanpa sepatah kata walauun selepas itu Iskandar memenuhkan
pinggan aku dengan lauk-pauk seolah-olah sudah tak makan setahun! Sesekali terdengar gelak ketawa dan
perbualan antara papa dan suamiku manakala mama hanya mendengar penuh minat.
Aku
menolong mak membasuh pinggan kotor disingki.Mama dan papa duduk mengambil
angin ditaman belakang.Memang menjadi kebiasaan mereka melepak disitu
bila sudah makan.
Tapp!! Dinner
plate terlepas dari pegangan apabila satu tangan memelukku dari arah
belakang,nasib baik tak pecah...
Mak Siah
yang terdengar bunyi segera ke dapur “Kenapa Hana..Kamu okey ke?” mak bertanya
cemas.
“Err,okey
aje mak tak de pape pun Cuma pinggan ni terlepas dari tangan orang.”
“Boleh lepaskan tangan
tak? Orang nak cuci pinggan ni!” Geram sungguh aku dengan lelaki yang memelukku
ini.
“ Cuci je la,abang
bukan kacau sayang pun.”Selamba aje Iskandar Haqiem membalas,pelukkan tetap tidak dilepaskan.
“Iskandar,awak buat
saya…..” tak sempat aku menghabiskan kata-kata,satu lagi ciuman hinggap di
pipi.
Aku menghadiahkan
Iskandar dengan pandangan membunuh! Dia ni kenapa? Sikit-sikit cium, aku
backhand nanti baru tau..
Selesai membasuh
pinggan,kaki diatur naik ke bilik. “Adeh,mau tercabut kaki aku kalau tiap-tiap
hari naik turun macam ni.” Mau tak,villa ini mempunyai 3 tingkat! Dah la bilik melaun
sekor ni kat tingkat tiga.. Mau tak mau aku kena panjat jugak lar…
Aku merebahkan badan
keatas katil bersaiz king untuk mengurangkan rasa lenguh.. Tiba-tiba kejadian
yang berlaku pada malam pertama aku menjejakkan kaki dirumah ini menerjah dan membuatkan aku tersenyum sendiri.
“Oppa nak tido
kat mana?”itu soalan pertama sejak petang tadi.
“Tido kat
bilik ni la kat mana lagi.”pelik betul bini aku ni.
“Serius
lar,memain pulak dia.” Gila hapa nak tidur sekali.. Memang la kalau ikut hukum
agama tak haram sebab kami ni suami isteri tapi aku tak rela! Jelingan maut
dihadiahkan kepada lelaki disebelah ku.
“Jangan
jeling-jeling,sayang buat abang tergoda aje taw..” Selamba habis dia berkata begitu! Eeeii dia ni kan,malas layan
mandi lagi bagus.. Segera aku mencapai towel lalu terus melangkah ke bilik air.
Betul kata
pepatah malang tak berbau,memang sudah ditakdirkan aku jatuh terduduk didalam
bilik air akibat terpijak bahagian lantai yang basah.. “Auuwww!!” Sakitnya
hanya Allah saja yang tahu,seperti mahu patah tulang pinggang.
Iskandar yang sedang
baring dikatil terus bangun apabila terdengar suara ku menjerit.
“Hana! Kenapa ni?” dia bersuara cemas.Yela
sapa tak sayang bini oii!!
“Hana
jatuh..”aduku,tanpa disedari setitis air mata jatuh kepipi.
Iskandar
Haqiem terkejut melihat isterinya menangis,lalu disapu air mata itu.”Shush,dah
la jangan nangis,abang angkat ke katil erk.” Terus badanku dicempung.
“Kejap
abang pergi amek minyak gamat.”
Aku yang
sedang menahan sakit hanya memerhatikan langkah suamiku yang hilang ke luar
bilik.
“Pusing”
Aku hanya memandang
wajahnya.
“Pusing la cepat,biar
abang sapukan ubat.” Nak tak nak kena pusing jugak la sebab Iskandar dah buat
muka garang dia. Sesungguhnya muka garang tu memang buat aku gerun sedikit…
Abah!! Segarang-garang
abah dekat Hana dulu,garang lagi menantu abah ni…. Hu hu hu
T-shirt yang tersarung
ditubuhku diselak perlahan.Aku hanya membiarkan tangan kasar itu menyentuh
belakangku kalau melebih-melebih nanti aku akikahkan aje mamat ni jangan kasi
chance.
Satu perasaan asing
hadir tiba-tiba.Dulu along juga pernah menyapukan ubat dibelakang aku sebab cedera
ketika bergaduh dengan seorang samseng sekolah tetapi ketika itu tiada apa-apa perasaan
langsung hatta terharu sekalipun,zero!Tidak seperti sekarang.Terasa nyaman dan
hangat pabila tangan itu mengusap lembut belakang badanku yang sakit!
Aku tersentak pabila
terasa satu ciuman hinggap di belakangku dan kemudian beralih ke kepala ku
pula.
“Nite.”
Ahhh aku benar-benar tidak mengerti perasaan
lelaki ini.. Iskandar Haqiem menyelimuti belakang badanku yang terdedah dengan
sehelai selimut kemudian terus merebahkan diri disofa seperti ‘malam pertama’
kami dirumah abah dan ibu. Aku pula terus memejam mata serapat yang
mungkin,niat untuk mandi tadi terbantut begitu saja.
No comments:
Post a Comment