Monday 19 December 2011

Sarangheyo Oppa! Bab 10

Bab10
“Tak nak!!” rimas betul aku dengan ‘pak’ andam sorang ni,tak habis-habis dengan ‘bulu’ dia tu.
“Kau ni nyah! Orang nak kahwin make-up cantik-cantik,kau tak nak pula.Dah-dah kau jangan ngade-ngade ye nyah, ‘mak’ luku kepala kau nanti free aje taw.” Sally a.k.a Sallem yang ditugaskan untuk menyolek pengantin sudah geram.
Hampir-hampir aje suara ‘jantan’nya terkeluar tapi nasib baik sempat dikawal walaupun terbabas juga kadang-kadang.
Werrrkkk!!! Geli aku dengan ‘sotong’ sekor ni ada ke patut dia panggil aku nyah. “Aku ke kau yang  nyah,Allah dah bagi kau sempurna sebagai lelaki nak jadi perempuan pula!” getus hati Hana.
“Kalau kau berani try la luku kepala aku,aku kerate kau nanti baru padan,biar patah semua tulang kau”gertak aku,menguji kesabaran sungguh.
”Dah cepat la make-up,lambat nanti aku blah kang baru kau taw.”aku mengalah apabila melihat Sally a.k.a Sallem yang berdiri dibelakangku sudah bergenang air mata,tunggu masa saja lagi.
Ala,aku gurau je nyah kau jangan la nangis kat sini.Cepat lar kau kan pakar dalam hal-hal ni.Lagipun kalau kau muncung macam ni dah tak ‘voookk’ gitu.”aku memujuk.
Sally yang mendengar kata-kata Hana itu terus tersenyum “A’ah kan,betul jugak cakap kau,nanti tak de pula mamat macho yang nak ngorat aku kan?” segera dia mewarnakan wajah Hana Humaira dengan segala jenis ‘mak nenek’ produk yang dibawa.
Alahai sabar aje la wahai hati..
Tokk tokkk... “Masuk je,pintu tak kunci.” Sally menjerit kuat.Hana Humaira yang terlelap kerana menunggu wajahnya siap disolek terkejut. ”Gila suara macam speaker pecah aje!”
Puteri Balkis yang sudah berdiri dihadapan meja solek amat terpegun dengan wajah Hana Humaira,”Cantik gilaaa kau Hana!” puji Puteri Balkis,tak pernah-pernah dia melihat sahabat baiknya itu bersolek sebelum ini apabila disolek,Subhanallah cantik sangat!!
“Haruslah girls,sape yang tolong make-upkan? Sally giittu.”Sally a.k.a Sallem bersuara terlebih dahulu tanpa sempat Hana membuka mulut.
Kedua-dua sahabat itu sudah ketawa terbahak-bahak geli hati mendengar kata-kata Sally a.k.a Sallem yang sudah ‘syok sendiri’ itu.
“Ni ape yang gelak kuat sangat ni sampai kat luar pun boleh dengar.” Hanif Farhan menerpa masuk tanpa meminta izin.Dia memandang bilik adiknya yang telah dihias menjadi bilik pengantin.
”Aik,mana adik ni,Cuma ada Balkis,si sutun ni dengan….? Jangan-jangan adik dah lari.” Risau Hanif Farhan memikirkan kemungkinan itu.
Hana Humaira memandang alongnya geram “Along ni masuk tak ketuk pintu ape lar.”
Hanif Farhan memandang gadis itu tanpa perasaan,eleh macam la ni bilik dia but dia panggil aku apa tadi?? Sesaat kemudian,Ya Allah!! Budak cun ni adik aku la Hana Humaira,hampir tersembul biji mata Hanif Farhan melihat adiknya itu,Ya Allah cantiknya adik aku.
”Hana!!Cantiknya!”ayat itu terkeluar tanpa sempat ditahan.
Hana Humaira dan Puteri Balkis hanya tersenyum sinis dengan kelakuan pilot handsome dihadapan mereka itu.
”Ape lar adik sendiri pun tak kenal ke? Kecewa betul,nak gantung diri kat pokok tauge lar macam ni.”aku sudah buat ayat sedih.
Hanif Farhan menyekeh kepala adiknya itu,tak habis-habis dengan lawak dia.”Sori la,along memang tak perasan tadi,tak sangka adik along selama ni perempuan rupanya.”Sakat Hanif Farhan.
Aku menjelir lidah tanpa tak puas hati.
“Dah la,Hana kau kena tukar baju sekarang still ada lagi sejam sebelum pernikahan tu bermula tak sempat nak siap nanti.”Puteri Balkis mengingatkan.
“Along keluar dulu orang nak tukar baju.”Aku segera menolak belakang along kearah pintu.
“Kejap!” Hanif Farhan berpatah balik menuju kearah Sally yang sedang duduk dimeja solek “Kau lelaki juga kan,so keluar adik aku nak tukar baju.” Along berkata serius sambil menarik tangan Sally keluar dari bilik.
Sally yang terkejut kerana tiba-tiba tangannya ditarik memandang Hanif Farhan dengan pandangan yang bersinar.
”Wah handsome nye mamat ni,eh siap pegang tangan aku lagi dia nak tackle aku ke? Bahagianya dunia.” fikiran Sally sudah ‘terpesong’ jauh.
 Aku memandang kearah cermin. Baju kurung bewarna putih serta tudung dengan warna senada sudah tersarung cantik. Muka yang selama ini tak pernah ‘kenal’ dengan make-up telah pun berubah 50% , kedua-dua belah tangan yang telah dilukis dengan inai dipandang lama.
Ya Allah,betul ke apa yang aku buat ni.Berkahwin dengan seorang lelaki yang tak pernah aku kenali sebelum ini ketika usia yang masih muda,mampukah aku menjadi seorang isteri yang baik kepada suamiku nanti Ya Allah.
Rasa takut muncul tiba-tiba.Takut sekiranya tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik sekaligus menyebabkan ‘saham’ akhirat bertambah banyak.
“Takpe Hana,kau kan dah buat perjanjian dengan bakal suami kau,Insya-Allah semuanya akan okey.”Aku menyedapkan hati yang resah.
“Adik dah siap?”Puan Zurah dan Encik Amrizal melangkah masuk kedalam bilik diiringi oleh Hanif Farhan.
Aku mengangguk sambil tersenyum kearah mereka.Puteri Balkis meminta izin untuk beredar mungkin kerana ingin memberikan ruang kepada kami sekeluarga.
Ibu memegang erat tangan kananku.Setitis air mata jatuh kepipi tua itu “Dah besar anak kita kan bang? Dah nak kahwin pun.”Ujar ibu sambil sebelah tangannya mengusap kepalaku.
Air mataku turut mengalir perlahan,sayu mendengar kata-kata yang lahir dari mulut ibu ketika itu.”NI awat adik nangis,comot make-up nanti dah tak cantik.”ibu bersuara sambil mengelap cermat air mataku.
“Hana”aku memandang abah yang berdiri dihadapanku
“Kamu bakal menjadi isteri orang nanti,behave yourself okey? Hana bukan lagi seperti ‘Hana’ yang dulu nak lakukan apa pun nanti kena minta izin suami kamu dulu faham.Jangan terburu-buru membuat keputusan bila ada masalah nanti,bincang elok-elok dengan Iskandar.”Abah memberi nasihat.
Aku hanya mengiyakan kata-kata abah.”Lepas ni Hana bukan lagi dibawah tanggungjawab ibu dan abah lagi dah bukan juga tanggungjawab along,Hana adalah tanggungjawab suami kamu, jangan ingkar arahan dia selagi tak bertentang dengan syarak ye nak.”
Tanpa sedar Encik Amrizal turut mengalirkan air mata berat hatinya untuk melepaskan Hana Humaira tetapi sudah ditakdirkan Allah bahawa hari ini segala tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah kepadanya akan diserahkan kepada seorang insan yang bernama suami kepada Hana Humaira.
Doanya semoga anak gadis yang dijaga selama 21 tahun dengan penuh kasih dan sayang itu bahagia dan cekal menghadapi segala rintangan yang bakal dihadapi kelak.
Hanif Farhan yang dari tadi diam,bersuara “Ibu abah dah la,adik bukannya pergi mana pun.Senyum la sikit,sedih macam ni tak best la.”Dia cuba untuk memeriahkan kembali suasana.
“Betul cakap along,adik tak pergi mana-mana pun.Walaupun selepas ni adik dah jadi isteri orang adik tetap satu-satunya anak perempuan Encik Amrizal dan Puan Zurah yang comel,baik hati ,nakal dan gila-gila.Ibu and abah jangan la sedih macam ni nanti adik pun sedih juga.Kesian Iskandar nanti tengok bakal bini dia macam mak lampir.”Dalam sedih sempat juga aku bergurau.
Encik Amrizal,Puan Zurah serta Hanif Farhan hanya tergelak kecil mendengar kata-kata Hana Humaira.
“Ya walau apa pun terjadi selepas ini,adik tetap Hana Humaira kami yang comel,baik hati dan nakal.Tak de sape yang boleh menidakkan kenyataan itu”Hanif Farhan bersuara mewakili ibu bapanya.Mereka sekeluarga berpelukan.
PIntu diketuk dari luar,kemudian terjengul kepala mak long Zainab kakak sulung Puan Zurah dimuka pintu “Dah siap ke semua? Tok kadi dah sampai.”
Abah dan ibu segera beredar ke luar bilik untuk menyambut tetamu yang sudah sampai diekori oleh along.Seminit kemudian Puteri Balkis masuk kedalam bilik bersama Tasha dan Zoe.
Tasha ialah sepupu kepada Puteri Balkis merangkap sahabatku manakala Zoe,gadis Pan Asia itu merupakan kawan baikku dan Puteri Balkis sejak dari  tingkatan satu lagi.
 “Wah,cantiknya kau Hana!! Patut la Balkis cakap jangan terkejut bila tengok kau” Zoe bersuara teruja.
“A’ah la Zoe, memang cantik!! Macam bidadari.” Giliran Tasha pula bersuara. “Jelousnya Tasha!”
Aku hanya tersenyum malu mendengar kata-kata mereka “Sudah-sudah lar tu,asyik puji aku je pecah baju kurung aku nanti sape susah.”
Pecah ketawa keempat-empat gadis itu dengan jawapan spontan Hana Humaira.
Rombongan pengantin lelaki dah sampai!! Entah suara siapa yang menjerit memaklumkan tentang itu  sehingga mereka yang berada didalam bilik turut boleh mendengar.Tak sakit tekak ke jerit macam gittu??
Hati yang tenang berdegup kembali malah lebih kuat dari yang tadi.Tarik nafas Hana..... Hembus.... Tarik.... Tak payah hembus,satu suara berbisik jahat ditelinga Hana Humaira.. Gila mati aku nanti,tak pasal-pasal pula dianggap bunuh diri kerana tak mahu berkahwin,kecoh satu Malaysia nanti.
Rombongan pengantin lelaki  telah berada diruang tamu.Agak sesak juga keadaan diruang tamu itu kerana masing-masing tidak mahu ketinggalan menyaksikan upacara pernikahan Hana Humaira dan Iskandar Haqiem yang bakal berlangsung beberapa minit sahaja lagi.
Iskandar Haqiem yang tampak segak berbaju melayu berwarna sedondon dan bersamping hitam sudah duduk menghadap tok kadi.Nampak sahaja tenang sebenarnya dalam hati hanya Allah saja yang tahu bertapa nervousnya dia.
“Handsomenya pengantin lelaki..Bla bla bla... Kalau jadi pakwe aku… Bla bla bla” Kedengaran suara nakal atau lebih tepat lagi gedik plus mengada-ngada memuji ketampanan pengantin lelaki.
Hana Humaira yang sedang duduk diatas katil hampir pengsan apabila seorang wanita yang berumur lebih kurang ibunya meminta agar dia keluar bilik dan menyertai yang lain.
“Pengantin perempuan dah ada kat sini ke?” Aju tok kadi meminta kepastian.
“On the way.”Entah suara siapa yang jawab pertanyaan itu sehingga membuatkan para tetamu ketawa kuat, bergegar ruang tamu rumah Encik Amrizal.
Muhammad Iskandar Haqiem segera mengangkat kepala apabila mendengar jawapan yang diberi.Matanya terpaku kepada satu susuk tubuh yang memakai baju kurung yang sama warna dengannya.”Ya Allah,bini aku ke tuh? Subahanallah,cantiknya dia Ya Tuhan.”
Aik?? Akad nikah pun belum dah anggap anak orang ‘bini’.Haih.....
Aufal Ameen yang perasan mata sahabatnya itu tidak beralih dari memandang pengantin perempuan menyiku perlahan “Hoi sudah la tu,tak kemananya Hana tu yang kau pandang dia macam nak makan.” Iskandar Haqiem hanya tersengih malu.
Disuatu sudut yang menempatkan kaum hawa.”Cantiknya pengantin perempuan...Padan lar diorang dua orang,bla bla bla...”
Aku  duduk diatas pelapik yang telah dikhaskan untukku.Ibu tercinta sudah tersenyum disebelah kiri manakala emak mentua tersayang sudah berada disebelah kanan.
Aku segera menghulurkan tangan untu bersalam tetapi salam itu tidak bersambut.
Datin Aisyah segera membawa aku kedakapannya”Cantiknya menantu mama.”
Aku membalas pelukan emak mentuaku walaupun agak terkejut dengan tindakkan spontannya.
“Kalau dah ada elok kita mulakan sekarang.”Tok kadi menyuruh salah seorang pembantunya bangun mendapatkan aku,satu borang yang memerlukan tanda tanganku disua.Dengan lafaz bismillah aku menurunkan tanda tanganku seperti yang diminta.
Tok kadi memulakan majlis akad itu dengan membaca doa dan berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW  diikuti dengan khutbah nikah.Setelah selesai membaca khtubah nikah dan sebagainya tok kadi menjabat tangan dengan pengantin lelaki.
“Muhammad Iskandar Haqiem bin Muhammad Kamal,berwakilkan aku,aku nikah akan dikau dengan Hana Humaira  binti Muhammad Amrizal  dengan mas kahwinnya sebanyak RM73.00 tunai.”tangan digoncang sedikit oleh tok kadi.
“Aku terima nikahnya Hana Humaira binti Muhammad Amrizal dengan mas kahwinnya sebanyak RM73.00”
 Sah!! Dengan hanya sekali lafaz aku kini sah menjadi isteri kepada lelaki bernama Muhammad Iskandar Haqiem.Sejarah telah tercipta,satu lagi ‘masjid’ telah dibina pada tengah hari itu! Mulai saat ini aku akan menyandang gelaran ‘Puan Hana Humaira’ pula.
Selesai doa dibaca, Iskandar Haqiem bangun dan berjalan kearah aku untuk upacara membatalkan wuduk.Dia duduk bersila bertentangan denganku,sebentuk cincin emas yang bertatahkan sebutir berlian disarungkan ke jari manis.Teragak-agak aku menunduk untuk mencium tangan suamiku.
Hampir sahaja aku pengsan apabila bibir Iskandar Haqiem menyentuh lembut dahi aku.Saudara-mara terdekat sibuk mengambil gambar sebagai kenangan.
Lama bibir itu hinggap didahi sehingga ada suara nakal mengusik kami berdua.”Ehem-ehem,lama sangat tu.Sabar ya pengantin.”Usikan itu disambut dengan tawa kuat oleh semua orang.
 Siot betul,sape lar yang buat lawak antarabangsa waktu-waktu macam ni.  Geram sungguh aku dengan usikan itu.
Pasangan pengantin bersalaman dengan ibu bapa mentua masing-masing,kemudian mereka beralih kepada kaum-kerabat yang lebih tua sebagai tanda hormat.
Sesi bergambar pula berlangsung setelah bersalaman dengan ahli keluarga dari kedua-dua belah pihak, jurugambar yang telah dibayar untuk merakamkan detik terindah itu meminta agar pasangan pengantin pula ‘beraksi’.Terkejut aku dengan pemintaan jurugambar itu.
 “Biar betul dia ni,memandai aje.”omel hatiku tak puas hati.
Namun Iskandar Haqiem sebaliknya,dengan senang hati dia memenuhi permintaan jurugambar itu. Dengan selamba dia memaut bahu Hana Humaira.
 “Mak ai!! Sedap aje pegang bahu aku.”aku sudah menjeling kearah suamiku itu tapi Iskandar Haqiem hanya buat tak nampak.
Iskandar Haqiem mengakui sebenarnya dia telah jatuh cinta dengan perempuan didalam dakapanya kini sejak dari pertemuan mereka pertama kali dulu lagi,pertemuan  yang membawa pertelingkahan antara kedua-duanya, Cuma dia mengambil masa yang agak lama untuk menyedari akan kewujudan cinta itu sehinggalah dia terpandang Hana Humaira sebentar tadi.
Hana Humaira sudah rimas dengan rangkulan Iskandar Haqiem segera berdehem kuat.Dia hanya tersenyum sinis apabila suaminya memandang tepat pada mukanya.
Iskandar Haqiem yang tersedar bahawa dia masih memeluk Hana Humaira segera merungkai pelukan.”Aduhai...Malu aku”getus hatinya.
“Lagi sekeping kali ini pengantin lelaki cium pengantin perempuan.”jurugambar yang mengalahkan paparazzi itu mengarah mereka.
Blushing!! Pipi Hana Humaira yang putih itu sudah merah seakan buah tomato apabila mendengar permintaan jurugambar itu.
Tanpa sempat dia membuka mulut.. Cupp!! Satu ciuman hinggap betul-betul di pipi sebelah kanannya.Ternyata tindakan itu sangat memuaskan hati jurugambar dia hanya tersenyum lebar kemudian segera berlalu keluar bilik.
Aku memegang pipi kananku,lelaki yang ‘bertanggungjawab’ mencium aku itu dipandang tajam.Renungan maut dihadiahkan kepadanya.
“What?”Iskandar Haqiem berpura-pura tidak mengerti.
“What?! You kiss me Iskandar”hampir tidak kedengaran suara aku kerana terlalu geram.
“Owh yang tu.Tak salahkan saya cium wife saya.”Ujar Iskandar Haqiem selamba habis,kemudian dia segera menarik tangan Hana Humaira menuju ke bawah khemah makan.

Sarangheyo Oppa! Bab 9

Bab 9
Tak nak!! Orang cakap tak nak pakai,tak nak la!! Satu suara menjerit kuat kerana dipaksa melakukan sesuatu yang tidak disukainya.
“Ya Allah budak ni,mana boleh tak pakai semua orang yang nak kahwin kena pakai benda ni.”kedengaran satu lagi suara yang sedang memujuk.
“Ibu adik tak nak..”aku merayu ibu yang berada disebelah.”Adik tak suka pakai benda ni,geli la.”Hampir menangis aku sebaik sahaja melihat ibu menggelengkan kepala.
“Adik nak geli apa,inai ni kan semua orang pakai.”Lembut Puan Zurah memujuk anaknya “sudah-sudah,jangan buat perangai macam ni malu.Kesian kak Emy ni kalau adik buat perangai.”
“Hana jangan risau,inai ni dalam masa dua tiga minggu hilang la.”Kak Emy yang diupah untuk melukis inai di kedua-dua belah tapak tangan bakal pengantin perempuan bersuara.
Tak pernah sepanjang hidupnya melihat bakal pengantin perempuan teriak-teriak tidak mahu memakai inai seperti gadis dihadapannya ini.
Dua tiga minggu baru nak hilang?! Hampir pengsan aku mendengar,mau merana aku dua tiga minggu nanti,dibuatnya inai ni tak hilang-hilang macam mana aku nak pergi kuliah.
“Jangan risau la,kan semester break adik dua bulan lagi baru habis.”Ujar Puan Zurah seperti tahu apa yang sedang difikirkan oleh anaknya itu.
Aku hanya mendiamkan diri,kak Emy cepat-cepat menjalankan tugasnya yang terganggu tadi.Sepuluh minit berlalu,empat puluh lima minit.
“Ya Allah Ya Tuhanku,terseksanya hambaMu ini.”Rintih hati Hana Humaira.”Akak,lambat lagi ke? Dah naik lenguh buntut saya duduk kat bawah ni.”
“Sikit je lagi tapi kalau kamu dah lenguh sangat bangun,kita buat kat meja.”Kesian jugak kat budak ni.
“Tak pe lah akak pun cakap sikit aje lagi,kita habiskan dekat sini je.”aku memutuskan untuk terus ‘bertapa’ disini.
Dua puluh minit berlalu.”Err….Akak..”
 “Siap! Dah siap Hana,kalau kamu lenguh sangat kamu boleh bangun sekarang,lepas sejam baru kamu boleh cuci tangan kamu tu.”Akak Emy memintas kata-kata ku.
Aku hanya tersenyum “Kamshamida akak,thank you.” Aku membelek kedua-dua belah tanganku yang kini sudah penuh dilukis menggunakan inai yang bermotifkan flora.”Cantik” Tetap memuji kecantikkan inai yang dilukis walaupun pada mulanya membantah sakan.

“Wah cantiknya, Hana!!” Tiba-tiba Puteri Balkis menerpa kearah kawannya yang sedang menonton tv itu.
“Well,aku memang cun pun kau je baru perasan.”aku sudah naik lif tekan sendiri.
Eleh perasan la minah ni,tapi memang betul pun kau cun.”Huh,perasan.Aku cakap inai yang dilukis kat tangan kau tu yang cantik bukan kau.”Puteri Balkis berdalih.
“Whatever” aku membalas,malas bertengkar dengan Puteri Balkis.
“So?” soal Puteri Balkis tiba-tiba.
“So? So what?”tak faham aku dengan kawan aku seorang ini tiba-tiba aje ‘so-so’ kat sini, kalau lagu ‘Soley-soley’ yang dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah tu aku tau la.
Puteri Balkis mendengus kuat “Tell me about your date yesterday”
Aku sudah buat muka skupang “Date? Masa bila aku buat date kelmarin?” aku buat-buat lupa padahal sampai mati pun aku takkan lupa peristiwa tu,Iskandar Haqiem surat perjanjian and everything.
“Hoi,kau ni berangan pula.Cita la kat aku macam mana rupa bakal suami kau tu?”tanya Puteri Balkis tak sabar.”Ensem tak,macho? Tinggi?? Putih??”
Kecoh la minah ni.”Kau datang dengan sape mana mama papa kau?”aku segera mengalih perhatian Puteri Balkis.
“Dorang kat luar tengah tolong buat ape entah kan esok pernikahan kau and please jangan tukar topik”macam aku tak tahu taktik kau Hana.
Hmmm,nak bagitau ke tak bagitau ke tak?? Alah,bagitau aje la bukan ralat pun.
“Okey aku bagitau kau tapi promise me something,kau tak boleh bersuara selagi aku tak habis cerita kalau tak aku tak kan bagitau kau ape pun.”seperti ceti haram aku memberi amaran.
Puteri Balkis membuat isyarat seperti menzip mulutnya tanda setuju.
Aku menceritakan semua yang berlaku antara aku dan Iskandar Haqiem di Mc’d kelmarin.Penuh kusyuk Puteri Balkis mendengar tanpa berani untuk bersuara kerana takut dengan ‘ugutan’ aku tadi.”…..So lepas tu aku blah aje lar dari situ.”sekian..
Puteri Balkis yang masih lagi terkaku tanpa suara.”Oii cik kak!” Jeritku sambil menolak perlahan bahu Puteri Balkis.
“so maknanya Muhammad Iskandar Haqiem Bin Dato’ Kamal yang pernah kau ‘sound’ dulu tu bakal suami kau dan merupakan anak kawan baik abah kau?” Puteri Balkis seolah-olah meminta kepastian.
“Ye lah,kan aku dah bagitau kau tadi.”Spoil betul puteri bunian sorang ni.Kura-kura dalam perahu,benda dah clear buat-buat tak tahu.
“Wah… Tahniah-tahniah bertuah kau dapat suami macam tu.Pakej lengkap sempurna serba-serbi,rupa ada,gaya ada yang penting duit berkepuk-kepuk.”Puteri Balkis bersuara gembira.
“Banyak la kau bertuah,yang kau puji dia melambung-lambung ni awat? Kau pun syok kat dia ke kalau betul elok sangat la tuh,boleh kau jadi madu aku.”aku memberi cadangan.
Sementara hati tengah ikhlas ni baik aku offer siap-siap,dapat juga aku payung emas kat akhirat nanti.Ha ha ha
Pap!! Puteri Balkis menghadiahkan satu tamparan kepada Hana Humaira,”ada ke patut dia offer aku jadi madu dia.Tak patut betul!”










Thursday 15 December 2011

Sarangheyo Oppa! Bab 8

Bab8
“Mana lar along ni,dah la orang call tak angkat.”Aku mengomel sendiri “Nak kata aku lambat sangat tak pun,Cuma lambat 20 minit aje..  He he he..” Dah macam orang gila dok gelak sorang-sorang.
Hana duduk ditempat duduk yang telah disediakan dibalai ketibaan itu sambil memandang sekeliling,mana tahu mungkin alongnya masih berada disekitar kawasan tersebut.
Dari duduk tak buat apa-apa macam ‘penunggu’ lagi afdal aku layan lagu.Segera aku mencapai ipod didalam poket seluar.Biasalah bukan nama Hana Humaira kalau keluar membawa beg tangan.
Terangguk-angguk aku mengikut rentak lagu yang didengar sedang dimainkan,pernah dulu aku dimarahi oleh abah kerana mengangguk kepala mengikut rentak lagu.
Tak ada faedah kata abah,daripada terangguk-angguk  mendengar lagu lebih baik berzikir.Dapat jugak pahala,tapi aku hanya buat tak endah sahaja dengan teguran itu.
Disuatu sudut yang tidak jauh dari tempat duduk Hana,Muhammad Hanif Farhan hanya tergeleng memandang adiknya yang sedang asyik dengan ipod ditangan. Hampir 5 minit dia tercongak disitu pun tidak diendahkan.
“Alahai,nasib aku ada adik macam dia ni.Stone aje,dah la lambat 20 minit bukannya nak cari,aku pulak yang kena patah balik cari dia kat sini.”ujar Hanif Farhan tidak bermaya. “Dah tu,syok aje layan ipod macam tak bersalah langsung!”
Muhammad Hanif Farhan segera mengatur langkah menuju ke arah adiknya yang masih tidak perasan akan kehadirannya disitu,niat ingin mengenakan Hana Humaira semakin membuak-buak.
Beberapa orang pramugari memandang Hanif Farhan yang dengan selamba melintasi mereka disitu,sukar untuk percaya lelaki kacak itu berlalu pergi tanpa menoleh kearah mereka seperti lazimnya lelaki lain lakukan apabila melintasi mereka .
Ternyata tarikan yang ada pada Muhammad Hanif Farhan begitu kuat kerana bukan hanya kumpulan pramugari tadi sahaja yang tidak lekang memandang bahkan juga para gadis yang berada disitu yang  turut tidak segan untuk memandang wajahnya.
Berbekalkan bentuk badan tegap dan raut wajah yang kacak disertakan juga dengan senyuman manis yang bisa membuatkan para wanita tergoda dan cair apabila memandang merupakan bonus baginya.Hanif Farhan bersyukur kerana dimemiliki kelebihan itu.
Tanpa membuang masa dia segera merampas Blackberry torch milik Hana.Hana Humaira yang tidak menjangka Blackberry torch miliknya dirampas seperti itu hanya terpaku seketika sebelum segera berpaling untuk melihat siapa pelaku itu.
“Woi,bagi balik BB aku!” Tanpa gentar walaupun sedikit aku bersuara.
”Ehh! Along!”jerit aku keriangan apabila melihat orang tersebut ialah Muhammad Hanif Farhan,abangku.
Aku segera merapati along kemudian memeluknya tanpa segan silu,Muhammad Hanif Farhan hanya ketawa akan tindakkan spontan adik kesayangan lalu membalas pelukan itu.Lama juga mereka berpeluk sehingga mengundang banyak mata memandang.
“I miss you adik!” ujar Hanif Farhan seraya melepaskan adiknya dari pelukan.Wajah adik kesayangan ditenung lama.
Sudah besar adik aku ni,dah nak kahwin pun. Hati Hanif Farhan terasa berat memikirkan tentang perkara itu.
“I miss you too along.”Aku membalas riang.Betul aku turut merindui satu-satunya abangku ini,rindu yang teramat sangat.
Hanif Farhan hanya tersenyum mendengar kata-kata adiknya itu.”Jom kita gerak sekarang,along dah tak sabar nak jumpa dengan ibu dan abah ni.”
“Okey,tapi sebelum tu “ aku menahan along yang sudah tidak sabar untuk pulang “sori sebab lambat,adik pergi Mid Valley tadi sebelum datang sini” aku menerangkan perkara sebenar kepada along walaupun tak sepenuhnya.
Hanif Farhan hanya tersenyum “Tak pe lambat 20minit aje,tak kisah pun “ dia mengusap kepala adiknya “tapi adik kena belanja along makan.” Ha ha ha,inilah masa untuk aku mengenakan Hana.
Cehh…  Tadi kata tak pa,tak kisah lar tapi suruh aku belanja makan.Hantu punya along,ade je plan dia untuk merabakkan poket aku.
”Ye la,ye la..”
Dua beradik itu jalan bergandingan bahu menuju ke kereta yang berada ditempat parking.”Eh,wait! Mana beg along?” hairan aku selalunya along,kalau balik Malaysia begnya banyak mengalahkan perempuan kali ini hanya satu beg saja ditangan itupun beg yang disandang dibahu sebelah kirinya.
Pap! Hanif Farhan menepuk dahi “alahai beg ada kat tempat yang along duduk tadi,adik la ni sampai beg pun along lupa.”segera dia berlari ke pintu masuk untuk mengambil semula bagasinya yang tertinggal.
Aik? Aku juga yang salah? Hana hanya menggeleng kepala.
Suzuki Swift putih milik Hana Humaira meluncur  laju diatas highway,kali ni Hanif Farhan mengambil alih tempat duduk pemandu.”Adik dah fikir masak-masak ke?”
Hah? Aku memandang along yang sedang menumpukan sepenuh perhatian pada pemanduan.
“Along tanya,adik dah fakir masak-masak ke pasal wedding adik ni?” Hanif Farhan mengulangi pertanyaannya tadi.
“Hurmm,ya.”Hanya itu yang mampu aku katakan.
“Humm ya?”along mengulang jawapan aku tadi dengan nada mengejek “hanya tu jawapan adik? Adik betul ke dah ready ni? Benda kahwin macam ni bukan boleh dibuat main.” Hanif Farhan memandang  tidak puas hati kearah adiknya yang hanya mendiamkan diri.
Diam tidak berjawab.Dia menghela nafas,tak patut aku cakap macam tu kesian adik dia hanya ikut cakap ibu and abah je.. Hanif Farhan sudah berasa serba salah.
“Adik jangan salah faham,along bukan marah adik.Along cuma tanya je kalau adik terasa dengan pertanyaan along itu,along minta maaf ye?” Hanif Farhan bersuara memujuk.
Diam lagi. ”Adik,kalau adik rasa adik tak boleh lakukan seperti yang ibu dan abah suruh jangan lakukan.Jangan paksa diri adik do something yang adik tak boleh.Terus terang dengan along,kita still ada dua hari sebelum pernikahan itu berlangsung,along akan tolong adik.” Sebagai abang kepada Hana Humaira dia tidak mahu melihat adiknya terpaksa mengikut kehendak orang lain walaupun parents mereka sendiri sedangkan adiknya itu terluka.
Dia tidak tega melihat Hana Humaira terluka setelah menjadi isteri kepada seorang lelaki yang tidak dia cintai ketika usia yang masih muda.Hanif Farhan terlalu sayang akan adiknya,hanya Hana Humaira saudara kandungnya dunia akhirat.
“Adik okey lar along,jangan risau.”aku membalas kata-kata along “adik sendiri yang setuju dengan perkahwinan ni.Don’t worry about me ok? “Aku menumbuk perlahan bahu along
“Just always at my side and lend me your shoulder when I feel like crying bila adik ada masalah nanti.” Hanya itu pintaku pada along.
“Sure,adik sendiri tau kan yang along akan sentiasa bersama-sama dengan adik tak kira la apa yang berlaku sekalipun.” Dia berjanji.
” Report along kalau Iskandar tak layan adik dengan layanan sewajarnya nanti,tahu la along nak buat apa.”Hanya itu yang dia mampu lakukan untuk melindungi adik kesayangannya itu.
Hana Humaira yang mendengar kata-kata alongnya itu hanya tersenyum. ”Adik sayang along.” Bisik hati kecilnya lalu tertidur.
“Ahh,sampai jugak akhirnya!” Muhammad Hanif Farhan bersyukur kerana tidak ditimpa sebarang musibah sepanjang perjalanan balik dari KLIA ke rumahnya.
Adik yang masih lena ditempat duduk penumpang dikerling “Hishh,dia ni memang bukan teman pemanduan yang baik,asyik tido aje memanjang.” Hanif Farhan mengomel sendiri sebelum mengejutkan Hana Humaira yang masih tidur.
Errrrhhh!!!! Hana Humiara mendepangkan tangannya.Lega,kurang sikit rasa lenguh badan aku ni.
“Ya Allah!! Perangai,tak senonoh langsung!” Terkejut Hanif Farhan  melihat gaya adiknya mengeliat itu.Nasib kau la Iskandar,dapat bini macam adik aku ni.
“Alar bising la along ni,tadi orang nak drive tak kasi,”Aku membebel tak henti “ni orang tido kacau pulak,jangan kacau la,tengok depan! Kang termasuk gaung ke hape ke sape susah? Tak sempat orang nak kahwin nanti.” Aku menutur spontan.
Pap!! Satu tamparan kecil hinggap dibahu aku.”Banyak la adik punya masuk gaung,along ni bawak Airbus taw,kalau setakat kereta ni kacang aje.” Hanif Farhan membalas kata-kata adiknya.
Aku yang mendengar terus menbuka mata “Hah,takbur!! Cakap….Ehh?? La dah sampai ke,asal along tak cakpa awal-awal??” Terus aku membuka seatbelt.Kalau la melanggar undang-undang jalan raya tidak dikenakan hukuman,tak akan aku pakai benda alah ni,rimas betul.  
“Macam mana nak cakap,orang tu tengah dok merapu meraban  tak tentu pasal.”Hanif Farhan memerli adiknya.
Aku menjelir lidah “Malas layan.” Terus membuka pintu kereta.”Dah sampai,along mana?” Tanya Puan Zurah kalut tanpa sempat Hana Humaira melangkah masuk kedalam rumah.
Ibu ni tak sempat aku nak ambik nyawa dia dah sergah,hurmm tak dan-dan nak jumpa along.”Along takde.Flight dia cancel sebab kena fly ke London.”He he he,sekali sekala menyakat ibu tak salahkan...
Riak wajah Puan Zurah yang tadinya ceria telah bertukar menjadi mendung serta-merta apabila mendengar berita itu,sedih hatinya kerana anak lelakinya masih tiada dihadapan mata.
“Oii adik ni,bukan nak tolong.....”Hanif Iskandar yang berada dimuka pintu terkejut kerana tiba-tiba dipeluk oleh ibu tanpa sempat dia menyapa ‘kekasih’ hatinya itu.
 Dia segera membalas pelukan ibu kemudian merungkaikan pelukan untuk bersalam dengan ibu.”Ibu sihat?”Tanya Hanif Farhan ambil berat,tangan Puan Zurah dicium perlahan.
Puan Zurah hanya mengangguk sambil tersenyum,anak lelakinya dihadapan  mata,Muhammad Hanif Farhan telah balik! Gembira sungguh hatinya.
Teringatkan sesuatu Puan Zurah segera berlipat maut mencari seseorang.”Hana Humaira!!” Kuat tak kuat suara Puan Zurah sehingga saudara mara dan jiran tetangga yang berada diluar turut terkejut mendengar pekikan itu.
Hampir tersembur air yang berada didalam mulut Hana Humaira apabila mendengar namanya dijerit seperti itu.”He he he,i’m sorry ibu.”Dia bergegas ke ruang tamu sebelum apa-apa perkara yang tidak diingini terjadi.
“Sori ibu,adik bergurau je tadi,taaarrraaaa... Along dah balik!” Sempat lagi aku membuat lawak antarabangsa.
Ya Allah,awat lar dengan anak aku sorang ni.Nakalnya tak pernah habis.”Meh sini,nak kena tau budak bertuah ni.” Laju aje jari Puan Zurah mencari telinga anaknya itu.
Tetapi aku lebih pantas cepat-cepat aku bersembunyi dibelakang along. “Sori la ibu,orang gurau je.”
Hanif Farhan yang tidak tahu punca hanya terkebil-kebil memandang ibu.”Kenapa ibu,ape adik buat sampai ibu marah macam ni?”
Encik Amrizal bergegas masuk kedalam rumah apabila terdegar bunyi suara isterinya yang menyinga. ”Kenapa ni Zu,dari luar boleh dengar suara kamu?”
“Ehh la dah sampai rupanya kamu along,sihat?” Baru Encik Amrizal perasan tentang kewujudan anak sulungnya disitu. ”Sihat,ayah?”Hanif Farhan menyua tangan untuk bersalaman dengan abahnya.
Encik Amrizal hanya mengangguk.”Ni kenapa ni,awat yang adik sembunyi dibelakang along tu?” Pelik-pelik betul anak bini aku hari ni.
“Ni anak bertuah ni lar,ade kepatut dia jawab yang flight along dia cancel sebab kena fly ke London bila saya tanya mana alongnya.Mau tak semput nafas saya ni abang oii.”Sekali nafas Puan Zurah mengadu kepada suaminya.
Terbeliak mata Hanif Farhan mendengar kata-kata ibunya,Hana Humaira yang masih berada dibelakang direnung tajam!
“Alamak mati  aku, along dah buat jelingan maut plak dah.”
Lain pula dengan Encik Amrizal,dia sedang ketawa terbahak-bahak mendengar aduan isterinya itu.
“Hana Hana… Meh sini” Encik Amrizal segera memanggil anaknya “jangan buat macam tu dah lain kali,nanti tak pasal-pasal banjir pula rumah kita sebab ibu kamu nangis.” Nasihat Encik Amrizal sambil mengusap kepala anaknya.
Fuhhh…. Selamat aku abah tak marah..Yea yea!!
 





Sarangheyo Oppa! Bab 7

Bab7
Suasana di Mc’Donald sibuk dan sesak dengan orang ramai yang berpusu-pusu untuk lunch.
Jantung Iskandar Haqiem  berdegup kencang,cuak dia memikirkan apa yang bakal terjadi sebentar nanti.Apakah reaksi Hana Humaira apabila gadis itu mengetahui bahawa dialah lelaki yang bakal menjadi suaminya dua hari lagi.
Memikirkan perkara itu membuatkan Iskandar Haqiem tersenyum sendiri,tak sabar juga dia hendak melihat reaksi Hana Humaira sekejap lagi.
“Mana dia ni? Iskandar Haqiem melihat jam Polo ditangan sudah menunjukkan pukul 12.15pm. Hana Humaira sudah terlewat 15 minit.
“Ish,kan dah pesan jangan lambat.” Geram Iskandar Haqiem kerana terpaksa menunggu.
“Hai” Iskandar Haqiem memandang gadis dihadapannya “Ya?” dia tersenyum sedikit.
“Boleh I duduk sini?” Dengan gaya menggoda gadis itu bertanya.
Hek eleh minah ni,tak malu ke? Dah la baju macam tak cukup kain.Macam pakai baju adik dia aje.Kutuk Iskandar Haqiem dalam hati,hendah termuntah dia melihat gadis yang tanpa segan silu duduk semeja,bertentangan dengannya tanpa sempat dia memberi keizinan.
Meh sini aku ‘sekolah’kan kau sikit “Sori je cik..?”  
 “Emelda,but you can call me baby,kalau nak.” Tersengih panjang Emelda memperkenalkan diri.
“Cik Emelda,sorry to say sebenarnya awak dah duduk kat tempat tunang saya.” Tutur Iskandar Haqiem  bersahaja. “If you don’t mind,boleh tak awak duduk kat meja lain atau awak memang berminat untuk duduk disini? If yes,saya boleh cari meja lain.”
Berubah riak wajah Emelda mendengar kata-kata lelaki dihadapannya itu.Dengan perasaan sebal dia meningalkan lelaki yang sombong itu.Berlagak !
Jam sudah menunjukkan pukul 12.30pm,Hana Humaira sudah lambat 30 minit! Segera dia mencapai Samsung Galaxy S2 miliknya.Belum sempat dia membuat panggilan,telefonnya sudah berbunyi lagu Count On Me dendangan Bruno Mars.
Segera dia menekan butang hijau “Waalaikummusalam,awak kat mana ni? Saya dah lama sampai.” Tanpa bertangguh lagi dia menyoal si pemanggil.
“Dah sampai? Awak kat mana?” Diam. “Okey,awak jalan ke depan lagi.”Dia memberi panduan tentang kedudukan mejanya.
Tiba-tiba Iskandar Haqiem terpandang kelibat gadis yang memang ditunggu-tunggunya sedari tadi.”Saya dibelakang awak Hana.”
Aku yang masih tercari-cari segera berpaling mengikut arah yang diberitahu oleh Iskandar.
“Kau?!” Terkejut gila aku melihat lelaki yang berada dihadapanku ini.
 Iskandar Haqiem yang memang sudah mengetahui hakikat yang sebenarnya hanya tersenyum lebar melihat reaksi Hana Humaira.
“Ya,saya” Dengan gaya gentlemen,Iskandar Haqiem bangun sebagai tanda menghormati gadis itu “tak percaya ke? Saya yang call awak pagi tadi,Muhammad Iskandar Haqiem Bin Dato’ Kamal,bakal suami awak Cik Hana Humaira Amrizal.”dia memperkenalkan dirinya sekali lagi.
Aku? Masih terkejut. Tak sangka mamat yang pernah aku ‘sound’ dulu rupanya anak uncle Kamal dan bakal suami aku sendiri. Fikiran aku melayang teringatkan peristiwa beberapa bulan lalu.Alahai,malu aku..
Iskandar Haqiem hanya memandang sepi.”Saya tak tahu ape yang awak suka makan kat sini so ini bolehkan?” tanya Iskandar Haqiem sambil menyuakan Chicken Mc Deluxe yang dipesan untuk gadis itu.
Aku hanya mengangguk.”Err… Maaf sebab lambat 30 minit,aku..Ehh,saya cari parking tadi.”Jelas aku tanpa dipinta.
“It’s okey.” Itu yang dibalas Iskandar Haqiem walaupun sebenarnya dia teramat geram dengan Hana Humaira.
‘So,apehal awak nak jumpa saya?” Aku bertanya tenang.
Come on Is,ini peluang kau untuk berbincang dengan gadis ini.
”Ia pasal wedding kita yang akan berlangsung dua hari lagi.” Ujar Iskandar haqiem seolah-olah tiada perasaan.
Okey Hana,rileks dengar dulu apa yang dia nak cakapkan.Bertenang..Tarik nafas, hembus..Tarik.. Hembus..
Iskandar Haqiem memulakan “Saya pasti awak mesti dah taukan sebab kita terpaksa  berkahwin?”
Aku  hanya menggiakan sahaja kata-katanya. “So,saya tak pasti sekiranya awak dah ada yang punya atau belum.” Dia meminta kepastian.
“Saya tak ada teman lelaki,kalau itu yang awak maksudkan.” Seolah-olah tiada perasaan aku menjawab.
Lelaki dihadapanku ini hanya tersenyum mendengar jawapanku.”Okey kalau macam tu lagi bagus sebab kalau awak dah ada teman lelaki susah pula nanti hendak bagitau dia tentang perkahwinan ini.” Iskandar Haqiem masih lagi teragak-agak untuk memberitahu perkara yang sebenar.
Mustahil dia nak jumpa aku cuma sebab hal ini..”Macam ni la Is,saya boleh panggil awak Is kan?” aku memandang kearah Iskandar Haqiem,dia hanya anggukkan kepala
“Just straight to the point,saya tak rasa awak nak jumpa saya untuk menanyakan pasal hal itu aje kan?” Aku membuka ‘lorong’ untuk Iskandar Haqiem berterus terang.
Iskandar Haqiem yang mendengar kata-kata  Hana hanya memandang tidak percaya kearah gadis itu.Macam tahu-tahu aje budak ni.
Iskandar Haqiem meletakkan satu sampul surat berisi surat perjanjian yang bakal ditandatangani olehnya dan Hana sebentar lagi diatas meja lalu disuakan kepada Hana Humaira.
 “Ape ni?” aku memandang pelik.
“Buka dan baca” Bagi Iskandar Haqiem biarlah Hana Humaira sendiri yang membaca isi kandungan sampul surat itu,lebih afdal mungkin.He he he..
SURAT PERJANJIAN ANTARA ISKANDAR HAQIEM DAN HANA HUMAIRA” .
 Aku memandang Iskandar meminta penjelasan.Siap dengan surat perjanjian segala.
Biar betul dia ni.Aku terus membaca isi kandungan perjanjian yang sudah ditulis oleh Iskandar Haqiem.
1.Harus mengormati antara satu sama lain.
2.Mesti menjaga batas pergaulan dan memberitahu setiap perkara yang ingin dilakukan.
3.Hana Humaira perlu mengikut Iskandar Haqiem berpindah ke kondo milik Iskandar Haqiem setelah berkahwin.
Tiga syarat yang digubal oleh Iskandar Haqiem dibaca dengan teliti.
“Okey saya setuju” aku hanya ikut rentak ‘permainan’ lelaki dihadapanku ini “tapi saya nak tambah lagi dua perkara.” Mana boleh hanya dia yang menetapkan syarat,aku pun nak juga.
“First,”aku mula menulis syarat keempat di ruang kosong A4 “Iskandar Haqiem tidak akan melarang atau membantah minat dan kesukaan Hana Humaira selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam.” Iskandar Haqiem terus bersetuju.
“Syarat kelima ialah,Hana Humaira dan Iskandar Haqiem akan tidur dibilik yang berasingan setelah berpindah ke kondo milik Iskandar Haqiem”aku hanya buat tak tahu apabila Iskandar Haqiem tergelak perlahan mendengar syarat aku yang kedua itu.
Siap.”Saya tambah dua syarat itu, kalau awak setuju kita boleh tandatangan sekarang.” Tutur aku sahaja.
Okey.Iskandar Haqiem menurunkan tandatangannya pada ruang yang sudah tersedia.
My turn,aku ikut cara kau Iskandar asalkan kau puas. Aku pasrah.
 Tanpa teragak-agak lagi aku terus menandatangani perjanjian itu.
“Owh ya,lagi satu.Jangan sampai orang lain tahu terutamanya our family pasal perjanjian ni,kalau perjanjian ini diketahui ramai secara auto perjanjian ini akan terbatal,okey?” Dia mengingatkan aku.
Aku hanya bersetuju,jam dipergelangan tangan dikerling sudah pukul 3.30 petang.
Terasa cepat masa berlalu.Aku teringat pesan ibu agar menjemput along di KLIA segera bangun untuk meminta diri.
“Err Hana.. “ aku berpaling kembali apabila terdengar nama aku dipanggil “Saya minta maaf kalau ini melukakan hati awak,awak boleh anggap saya sebagai kawan kalau awak nak walaupun dua hari lagi kita akan berkahwin.” Ujar Iskandar Haqiem ikhlas.
Aku yang agak terharu dengan kata maaf dari Iskandar Haqiem hanya tersenyum dan membalas
“sure,saya pun minta maaf pasal dulu.” Hanya itu yang mampu aku ucapkan.
Iskandar Haqiem menghantar pemergian Hana Humaira dengan perasaan yang bercampur baur.Antara perasaan sedih dan gembira.
Sedih kerana dia telah mencemarkan satu ikatan suci dengan perjanjian yang telah dipersetujui bersama,gembira kerana dia sudah tidak menyembunyikan apa-apa lagi dari pengetahuan Hana Humaira dan merasa sedikit bahagia.
 Ya Iskandar Haqiem mengakui bahawa dia berasa bahagia kerana berpeluang untuk berkahwin dengan gadis yang unik baginya, dan gadis itu adalah Hana Humaira Amrizal,gadis yang pernah bertengkar dengannya akibat pelanggaran kecil yang berlaku tanpa sengaja berbulan dahulu,gadis yang berjaya membuat jantungnya berdegup kencang tiba-tiba apabila dia memikirkan tentang gadis itu.
Ya Allah,sekiranya gadis yang bakal aku nikahi ini benar-benar tercipta dari tulang rusuk kiri ku maka Engkau permudahkanlah aku dalam menempuhi cabaran ini,dan bukakanlah hatiku untuk menyayangi dan mencintai dirinya.Amin








Sarangheyo Oppa! Bab 6

Bab6
Suasana kediaman mewah milik Dato’ Kamal dan Datin Aisyah begitu meriah.
Sanak-saudara yang datang dari jauh serta jiran tetangga yang turut sama membantu mereka menyiapkan segala persiapan untuk hari perkahwinan anak tunggalnya yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi.
Aufal Ameen menapak laju kearah bilik Iskandar Haqiem yang terletak ditingkat tiga kediaman mewah itu.Dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu betapa kecewa dan marahnya dia terhadap Iskandar Haqiem yang tidak mengkhabarkan tentang perkahwinan yang bakal berlangsung beberapa hari lagi itu kepadanya,sedangkan dia sahabat baik Iskandar Haqiem.
“Apesal kau tak cakap dengan aku yang kau nak kahwin?!” Tanpa sebarang amaran  Aufal Ameen terus menerjah sahabatnya yang sedang mengelamun itu.
Iskandar Haqiem yang sedang asyik mengelamun itu sudah terjatuh kebawah katil dek kerana terperanjat yang amat sangat dengan sergahan tiba-tiba itu.
Niatnya untuk memarahi gerangan yang bertanggungjawab membuatnya jatuh katil terbantut apabila melihat orang itu ialah Aufal Ameen.
“Aku tanya kau Is,kenapa kau tak bagitau aku yang kau nak kahwin?”Aufal Ameen bertambah bengang apabila soalannya sebelum ini tidak dijawab.
“Alar,rileks lar kawan.”Iskandar Haqiem menenangkan sahabat baiknya itu “kau kan outstation,aku malas nak ganggu kau” Iskandar Haqiem memberi alasan.
“Mangkuk kau rileks! Macam nak pengsan aku time umi bagitau yang kau akan kahwin.”Aufal Ameen mula tenang sedikit.”Bukan bulan depan,bukan tahun depan tapi esok lusa!”
Iskandar Haqiem hanya tersengih memandang Aufal Ameen.Sorry lar brader..
“Sekarang baik kau cerita kat aku siapa bakal bini kau tu,macam mana kau kenal dia?” Sudah tidak sabar dia untuk mengetahui siapakah wanita yang berjaya menambat hati Iskandar Haqiem ini.
Iskandar Haqiem hanya mengeluh perlahan.”Kalau aku bagitau kau mesti kau tak percaya punya.”
Aufal Ameen mengangkat kening tanda tidak faham apa yang dikatakan oleh Iskandar Haqiem.
“Kau ingat tak budak perempuan yang terlanggar aku beberapa bulan lepas?”Soal Iskandar Haqiem.
”Ala,yang garang nak mampus tu.” Iskandar Haqiem cuba mengingatkan Aufal yang mungkin terlupa akan pertengkaran yang tercetus antara dia dan Hana Humaira.
“Owh,muslimah brutal tu.. Kenapa? Hape kena mengena dia dengan perkahwinan kau?”Aufal Ameen keliru.
Tiba-iba.. “Wait!! Jangan-jangan muslimah brutal tu bakal bini kau?” Ternyata Aufal Ameen dapat menangkap kaitan antara ‘muslimah brutal’ itu dengan perkahwinan Iskandar Haqiem walaupun agak slow sedikit.
“Ha,tak percayakan? Tapi itulah kenyataannya. Nama dia Hana Humaira anak kawan baik papa masa sekolah menengah dulu.”Ujar Iskandar Haqiem tenang.
Sesungguhnya dia sendiri terkejut apabila mama menunjukkan foto gadis yang bakal menjadi isterinya beberapa hari lagi itu adalah perempuan yang pernah memarahinya sewaktu dia dan Aufal Ameen sedang sibuk untuk melakukan persiapan untuk hari konvokesyen mereka.
“Kau setuju?” Aufa Ameen bertanya soalan yang agak kureng pandai,dah sah-sah lar si Iskandar tu setuju kalau tak masakan segala persiapan sedang giat dijalankan.
“Ya,aku setuju.Mula-mula tu aku tak tau pun yang bakal bini aku tu rupanya budak perempuan  yang pernah ‘sekolahkan’ aku dulu,aku terima sebab tak nak kecewakan harapan mama dan papa aku untuk melihat  aku dengan anak kawan diorang.” Iskandar Haqiem berterus terang.
“Mama baru tunjuk foto budak tu kat aku semalam,so dah terlambat untuk aku cancel wedding ni tapi aku tak kisah sangat sebab aku dah siapkan perjanjian antara kami nanti. Jangan kau cerita kat sape-sape plak” Iskandar Haqiem memberi amaran.
Aufal Ameen tergamam. “Kau sedar tak ape yang kau sedang buat ni Is? “ Ada nada geram dalam suara Aufal Ameen.
“Kau tak nak kecewakan mama dan papa kau,itu aku puji kerana kau sanggup korbankan kebahagiaan kau demi diorang tapi pasal perjanjian tu aku tak sokong.” Aufal Ameen menyatakan pandangannya.
“Perkahwinan suatu perkara yang suci bro,tak kan kau nak cemarkan kesucian perkahwinan yang bakal kau bina nanti dengan perjanjian karut tu,kau tak fikir ke ape perasaan Hana kalau kau layan dia macam tu,perasaan family kau?”
Iskandar Haqiem hanya terdiam sejenak.Dia dalam diam turut mengakui kata-kata Aufal Ameen itu tapi bukan niatnya untuk berbuat demikian malah tidak pernah dia terfikir walau sebesar zarah sekalipun untuk melukakan hati Hana Humaira dengan perjanjian yang bakal mereka tandatangani nanti walaupun mereka pernah bertengkar sebelum ini.
Aufal Ameen memepuk perlahan bahu sahabatnya itu.”Aku Cuma nasihatkan kau aje Is,kau kawan baik aku dunia akhirat sebab tu aku tak nak kau menyesal kemudian hari tapi kalau tu keputusan kau aku ikut.Ingat tak kira ape yang berlaku sekalipun aku akan tetap dibelakang kau.” Iskandar Haqiem tersentuh dengan pengakuan sahabatnya itu.
“Thanks,bro.”Hanya itu yang dia mampu ucapkan.

Blackberry  torch berwarna putih bergetar diatas meja sisi.Lagu Stereo Heart nyanyian Gym Class ft. Adam Levine berdering cukup kuat untuk membangunkan pemiliknya yang masih tidur.
Aduh!! Sape la yang call aku pagi-pagi buta macam ni,kacau je aku nak tidur,dah la aku tak cukup tidur semalam..  Bahana tidur pukul 2.30 pagi gini lar kesudahannya.
“Anyanghasayo?” Aku menyapa pemanggil,dek kerana terlalu mengantuk aku terlupa hendak memberi salam.
Iskandar Haqiem yang berada dihujung talian terkejut. Aik? Mengigau ke apa minah ni,bahasa apa yang dia guna tapi sedap juga suara perempuan ni.
Ehem! Iskandar Haqiem berdehem kuat,cukup untuk membuat mata Hana Humaira terbuka luas.
“Alamak,sori.. Terlupa bagi salam,assalammualaikum.Ya nak cakap dengan sape?” Ala-ala gadis melayu terakhir aku bertanya.
“Waalaikumussalam,can I speak to Hana Humaira please?” Iskandar Haqiem bersuara serius.
“Ya,ni Hana la,kau sape?” Eleh poyo lar mamat ni, speaking segala bagai.
Jantung Iskandar Haqiem berdebar tiba-tiba,tak sangka perempuan bersuara lunak itu ialah Hana Humaira,bakal isterinya berbeza dengan suara Hana Humaira sewaktu mereka bertengkar dulu.
“Hello?? Nak cakap ke tak nak? Don’t play,play arh?” Haha ingat kau sorang je pandai speaking aku pun boleh.
“Owh,maaf.Saya nak jumpa awak tengah hari ini boleh?” Lega.. Terluah juga pertanyaan  itu,hampir dua malam dia berlatih supaya tidak tergagap-gagap semasa menghubungi Hana Humaira.
“Hek eleh,kau sape? Tiba-tiba je nak ajak aku keluar.” Geram aku dengan pemanggil ni dah lar kacau tidur aku,dah tu sesuka hati aje nak ajak aku keluar.
Iskandar Haqiem yang tersedar bahawa dia terlupa untuk memperkenalkan dirinya termalu sendiri “Ni saya la,Muhammad Iskandar Haqiem Bin Dato’ Kamal,bakal suami awak.” Siap bagi nama penuh lagi.
Aku terkedu!! Apa? Iskandar Haqiem. Err apa aku nak cakap ni.Arghh hentam je lah Labu...
“Owh,awak ke..Maaf lar tak sangka yang awak akan call saya.” Aku berasa sedikit serba salah kerana menengkingnya tadi.
“Tak pe,so boleh ye kita jumpa tengah hari nanti,pukul 12.00 dekat Mc’d Mid Valley.” Iskandar Haqiem meminta kepastian.
“Ha,okey.. Tapi macam mana saya nak cam awak?” Ye la,mana la aku pernah jumpa dia pun sebelum ini,mau malu aku setahun kalau aku tersilap orang nanti.
“Tak pe,saya kenal awak.Jangan lambat tau,saya tunggu.Bye.” Pantas Iskandar Haqiem memutuskan talian.
Aik? Dia kata dia kenal aku.Musykil betul.Hurm lantak la.
Aku segera mencapai towel lalu menuju ke arah toilet untuk mandi. ”Nasib baik aku ABC minggu ni,kalau tak mau meningkat naik la saham dosa aku sebab tertinggal subuh.”
“Hai anak dara baru bangun?” entah suara sumbang siapa yang slumber memerli aku..Biar la korang..Tidak berminat untuk mencari suara itu aku terus ke dapur untuk bersarapan.
“Hah! Pengantin perempuan tak bagus bangun lambat tahu!” jerit Puteri Balkis betul-betul ditelingaku.
“Kau ni biul ke hape? Jerit gila punya kuat,kau ingat aku pekak ke?”Geram aku dengan Puteri Balkis kalau aku pekak ke ape ke siapa nak bertanggungjawab.
“Lagi satu,pengantin perempuan?? Hello… Aku bakal pengantin perempuan okey?”
He he he.Puteri Balkis sudah tersengih sambil menunjuk tanda ‘peace’.
Aku memandang keadaan rumah yang kini telah berubah rupa sebanyak 90%.
Meriah,penuh dengan sanak-saudara dari sebelah ibu dan abah serta jiran-jiran yang turut serta membantu melakukan persiapan untuk perkahwinan aku yang tinggal hanya dua hari saja lagi.
Dua hari saja lagi aku akan berkahwin.Dua hari lagi aku bukan Hana Humaira seperti sekarang, bukan lagi Hana Humaira yang bebas berbuat apa saja yang diingini dan status aku akan berubah dan mengubah kehidupan aku pada masa akan datang.
Puteri Balkis perasan akan perubahan pada wajah sahabatnya itu.”Aku bangga dengan kau Hana,kau sanggup ketepikan perasaan kau sendiri demi parents kau,aku pun belum tentu sanggup untuk buat keputusan macam ni kalau perkara yang sama terjadi pada aku.” Puteri Balkis memuji Hana.
“Alahai dah la,bakal pengantin tak elok buat muka macam tu,nanti hilang seri.”Usik Puteri Balkis bertujuan untuk menceriakan sahabatnya.
Aku hanya menggangguk sedikit lalu tersenyum..
”Ha macam tu lar.” Puteri Balkis gembira melihat sahabatnya itu sudah mampu tersenyum walaupun terpaksa.
“Hah dah bangun pun” Puan Zurah menyergah dari belakang “ibu ingat adik tido lagi,ibu baru nak pergi kejutkan.” Aku hanya tersengih
“Tadi Iskandar ada call rumah,nak cakap dengan adik tapi dah adik tak bangun tido lagi ibu kasi nombor anset adik kat dia.” Owh,ibu ke yang bagi nombor aku dekat dia ingatkan kat mana dia cilok mombor aku.
”Dia ada call adik tak?”
Angguk.”Dia ajak keluar tengah hari ni,”aku berterus terang dengan ibu.”Nak jumpa dekat Mid Valley,boleh?” kena minta izin dulu baru berkat.Kan kan kan??
Puan Zurah memikir sejenak kemudian “ye la tapi jangan lama-lama sangat tak elok orang pandang.Lepas tu terus pergi KLIA jemput along.Pukul 4.30 flight dia sampai.” Puan Zurah mengingatkan anaknya.
“Okey.” Aku balas perlahan.


















Sarangheyo Oppa! Bab 5

Bab5
“Apa?!!” Terkejut beruk aku mendengar apa yang disampaikan oleh ibu.Beruk pun tak terkejut macam aku.
“Ish kamu ni Hana,cuba perlahankan sikit suara tu,asyik nak menjerit aje.”Marah Puan Zurah hairan  betul dengan sikap anak gadisnya seoang ini.
Pantang diberitahu sesuatu yang memeranjatkan mesti menjerit punya.Pecah eardrum woo…
Aku hanya buat slumber apabila ditegur.”Ibu cakap budak tu setuju dengan cadangan parents dia?” Aku mengulangi fakta yang sudah jelas aku ketahui.”Ish kau ni memang cari nahas la,yang kau pegi setuju tu awat mangkuk?!” Bengang hati Hana memikirkan perkara itu.
“Ewah-ewah,sedap aje kamu panggil Iskandar tu budak” Tak senang telinga Puan Zurah mendengar anaknya menggelar Iskandar Haqiem begitu.
”Ingat Hana kamu tu baru 21 tahun,Iskandar tu dah 25 tahun tahu.Kamu kena hormat dia macam kamu hormat along kamu,faham?” Ujar Puan Zurah.
Aku hanya mencebik mulut tanda tak puas hati kerana ibu dari tadi asyik membela budak itu. Itu baru ‘bakal’ kalau sudah jadi menantu nanti entah-entah ibu terus campak aku kat tepi.. Waaa,tak sanggup!!
“Jadi kamu setuju ya Hana?” Puan Zurah bersuara perlahan.
Syushh... Jangan dengar Hana... Walaupun berdosa tapi kau kena pekakkan telinga.
“Hana... Adik sayang ibukan?” Alahai ibu sudah buat suara mendayu-dayu pulak dah...
Pekakkan telinga Hana.. Biarkan...... Fikirkan pasal benda lain...Bi Rain... Bi Rain…..
“Adik,ibu tahu adik sayang ibu kan?? Adik sanggup buat ape je kalau ibu suruhkan?” Puan Zurah bersuara lagi,kali ini lebih perlahan dari tadi.
Tahu sangat anak gadisnya itu akan turuti segala permintaannya apabila dia bernada seperti itu.
Aku hanya memandang ibu sedang pandangan yang penuh kasih sayang.Lama.Merenung ke arah mata ibu yang cantik bersinar-sinar.
Aku menarik nafas dalam-dalam kemudian  menggangguk lemah. Aku tak sanggup melihat ibu seperti ini,merayu aku untuk memenuhi hajatnya. Sungguh aku tak pernah sanggup melihat keadaan ibu sekarang. Sebagai anak aku sanggup lakukan apa sahaja walaupun itu melibatkan masa depanku.
“Adik setuju,demi Allah,adik redha dengan apa yang ibu dan abah aturkan untuk adik.”Perlahan air mataku menitis ke pipi.Sebak.
”Remember this ibu,your are everything to me,dan adik akan lakukan apa saja yang ibu suruh kalau itu dapat membahagiakan ibu.”Aku segera memeluk ibu “Adik sayang ibu sangat-sangat.”
Adik akan lakukan apa saja asalkan ibu dan abah bahagia.Ikrar aku.
Puan Zurah turut mengalirkan air mata. Bukan niatnya untuk memaksa Hana Humaira untuk segera berkahwin dengan pilihan mereka suami isteri tetapi naluri seorang ibu untuk melihat semua anak-anaknya bahagia membuatkan dia berbuat demikian.

Sarangheyo Oppa! Bab 4

Bab4
“Hello…Waalaikummussalam?” Diam seketika.
”Abang dekat Mid Valley ni dengan Aufal,kenapa mama?” Tanya Iskandar Haqiem.
Pelik,tadikan aku dah inform mama yang aku nak keluar ke Mid Valley dengan Aufal hari ni. Hurmm.. Mama semenjak menopous around the corner ini asyik lupa aje memanjang…
“Yela,sebelum pukul 4.00 nanti abang balik” Iskandar berjanji.”Okey mama,I won’t forget it. I’m promise ma.”Iskandar dah membuat muka bosannya.
Aufal Ameen yang memandang sudah membuat muka.”Memang anak emak lar kawan aku sorang ni.”Kutuk hati Aufal.
“Okey,okey.. Hurmm,bye.. Waalaikummussalam.”Cepat-cepat Iskandar Haqiem memutuskan talian.
Ish,ish,ish…. Ape nak jadi dengan anak-anak sekarang.
“Apesal?” Cepat Aufal bertanya “Macam da hal emergency aje” Soal Aufal prihatin.
Prihatin ke menyibuk?? Entah..
“Mama aku yang call.” Iskandar bersuara lemah “Dia suruh aku balik sebelum pukul 4.00 ni.Tah hape yang mama aku nak bagitau entah.Kata hal penting.”Iskandar Haqiem hanya menjongket bahu tanda tidak tahu.
Hal penting? Apa ya? Sampai tak sempat nak bagitahu masa dinner nanti.Iskandar Haqiem bersoal sendirian.
Pening dia memikirkan perangai mamanya sekarang.Sejak dia menamatkan  pengajian dalam bidang perniagaan di salah sebuah universiti tempatan dan bekerja di syarikat milik papanya iaitu Dato’ Kamal , mamanya asyik berkelakuan pelik sahaja.
 Bila diajukan pertanyaan kepada papanya,orang tua itu hanya menggeleng tanda tidak tahu dan menyuruhnya agar tidak ambil peduli.
“Mungkin ada something yang mak long nak bagitau kau tu.”Auafal Ameen menenangkan sahabat baiknya.
Hubungan yang telah lama terjalin antara Aufal Ameen dengan Iskandar Haqiem membolehkan dia menggelar mama Iskandar Haqiem dengan gelaran ‘mak long’ manakala Iskandar Haqiem sendiri memanggil uminya dengan panggilan ‘maksu’ seperti sepupu-sepupunya yang lain.
“Hurmm,ya la..Jom balik,aku tak senang duduk selagi aku tak tahu ape yang mama plan sekarang.”Terbang mood Iskandar Haqiem untuk mencuci mata tengah hari itu.

Entah apa perkara penting yang mama hendak sampaikan padanya entah,sampai papa pun dikerah mama untuk pulang lebih awal dari biasa.
Hati Iskandar Haqiem sedikit cuak dengan hal yang bakal mama sampaikan nanti.
“Assalammualaikum ma,pa..” Dengan sopan Iskandar Haqiem menyapa orang tuanya yang sedang menikmati kuih yang disediakan oleh Mak Mah.
“Hurmm,waalaikummussalam.Duduk.”Dato’ Kamal mempelawa anakya untuk turut serta menjamah minum petang yang tersedia.
Iskandar Haqiem hanya akur.Seminit.Senyap.Lima minit kemudian.Masih lagi senyap.
“Tadi mama cakap ada perkara penting nak bagitau abang,”Iskandar Haqiem mengingatkan mamanya mengenai panggilan tadi. ”Ape ma?”
Datin Aisyah hanya tersenyum memandang wajah putera tunggalnya itu.
“Handsome betul anak aku ni..Cute aje muka dia kalau senyum”.Dalam diam Datin Aisyah memuji ketampanan dan kecomelan putera tunggalnya itu.
“Ma?” Curious. Iskandar Haqiem memang sudah tidak sabar hendak mengetahui apa yang mamanya ingin sampaikan.
Datin Aisyah memandang suaminya disebelah yang leka menjamah goreng pisang yang ke sepuluh keping tanpa menghiraukan mereka dua beranak.
“Abang lar yang bagitau Is pasal hal ni”Datin Aisyah meminta pertolongan Dato’ Kamal
“Ehh,kenapa abang pulak”Dato’ Kamal pura-pura terkejut dengan permintaan isterinya “Kan awak mama dia,awak la yang bagitau.”
“Abang!” Datin Aisyah sudah menarik muka.
“Ha,ye lar,saya yang cakap” Dato’ Kamal mengalah,mana tahan kalau isterinya sudah menarik muka macam gitu.Mau seminggu dia memujuk.
Iskandar Haqiem hanya tersenyum memandang kelakuan mama dan papanya.
“Dah tua pun still romantik mama dan papa aku ni” Dalam memuji sempat juga dia mengutuk.
“Macam mana dengan kerja kat ofis,okey?” Dato’ Kamal bertanya.
Aik? Kan papa ni satu ofis dengan aku,semua yang aku buat mesti kena laporkan kat papa dulu.Hairan.Iskandar Haqiem menggaru kepala yang tidak gatal.
“Okey aje pa.”Nak tak nak,dia kena jawab juga.
“Bagus la kalau macam tu.”Dato’ Kamal menghela nafas “Papa ada hal penting nak bagitau kamu ni.”
Iskandar Haqiem hanya memandang papanya penuh tanda tanya.
“Kamu ingat tak kawan lama papa?” Soal Dato Kamal tenang.
Kawan lama papa? Yang mana satu ni? Iskandar Haqiem hanya menggeleng kepala.
“Amrizal.”Dato Kamal mengingatkan anaknya.”Ingat?”
Amrizal?? Amrizal?? Owh ya,ingat! “Pak cik Ijai ke pa?” Iskandar Haqiem memastikan.
“Ha ingat pun.”Datin Aisyah menyampuk pantas.Sangkanya Iskandar Haqiem sudah melupakan sahabat baik suaminya itu.Tapi ternyata dia salah.
“Kenapa dengan pak cik Ijai pa?” Iskandar Haqiem masih tertanya-tanya kenapa papanya tiba-tiba menanyakan hal itu kepadanya.
“Kamu ingat  lagi tak dengan anak pak cik Ijai kamu?” Sambung Dato’ Kamal
Anak pak cik Ijai? Yang mana satu? Setahunya pak cik Ijai mempunyai dua orang anak.
Yang sulung  berumur 29 tahun kerana kalau tak salahnya anak sulung pak cik Ijai tua empat tahun darinya,anak pak cik Ijai yang kedua pula dia tidak pasti kerana dia terpaksa mengikut orang tuanya ke luar negara tidak lama setelah pak cik Ijai dan mak cik Zurah mendapat cahaya mata mereka yang kedua.
“Anak sulung pak cik Ijai? Yang nama Hanif Farhan tu ke?” soalan berbalas soalan.
Dato Kamal hanya tersenyum.Tak sangka Iskandar Haqiem masih mengingati nama anak sahabat baiknya itu.
Dato’ Kamal hanya menggeleng “Bukan Hanif yang papa maksudkan,tetapi adik perempuan kepada Hanif,Hana Humaira.Ingat tak?” Dato Kamal berterus terang.
Hana Humaira? Macam pernah dengar nama itu sebelum ini.Tapi dimana ya? Iskandar Haqiem bersoal jawab dalam hati.
“Is kan papa tengah tanya kamu tu?”Suara Datin Aisyah mengembalikan Iskandar Haqiem ke alam nyata.
He he he.Cover,cover,cover…Macam mana la aku boleh ter-berangan ni? Iskandar Haqiem hanya tersenyum malu.
“Tak ingat sangat lar pa,” Jujur dia menjawab
“Kalau macam tu takpa,sebenarnya papa pernah berjanji dengan pak cik Ijai kamu.” Dato Kamal berhenti sejenak,sebelum menyambung ”papa janji yang papa akan jodohkan kamu dengan anak perempuan dia iaitu Hana Humaira bila korang dah besar.”
Ahak,ahakk!! Tersedak Iskandar Haqiem mendengar kata-kata papanya itu.
Kahwin? Dengan anak pak cik Ijai? Biar betul? Aku baru 25 tahun nak kahwin.Muda lagi ni.Hati Iskandar Haqiem mula memprotes.
Datin Aisyah yang sedang menggosok belakangnya dipandang.
Berharap agar mamanya berkata semua yang papa beritahu itu hanyalah gurauan semata-mata.
Tapi malang,Datin Aisyah hanya mengganguk kepala sambil tersenyum lebar.
“Tapi ma,pa… Is kan muda lagi baru 25 tahun.Baru aje kerja,bukan senang nak jaga anak dara orang ma.”Iskandar Haqiem memulakan strateginya untuk membantah.
Ala,yang tu kamu jangan risau.Kami akan uruskan semuanya.Kamu Cuma perlu bersetuju dan sedia kan wang hantaran dalam RM10K macam tu aje” Balas Datin Aisyah.”RM10K tak jadi masalah bagi kamu kan?”
Iskandar Haqiem terdiam,tak tahu nak kata apa. Bukan ingin bermegah diri tapi memang benar apa yang mama kata RM10K bukan satu jumlah yang membebankannya,tapi dengan siapa yang dia bakal kahwin menyebabkan dia seperti hendak pengsan.
Dia membuang pandangan ke arah papa yang masih setia di situ.Papa hanya tersenyum tanpa memberi sebarang reaksi.
“Kalau macam tu,okey lar. Is ikut cadangan mama dan papa.” Iskandar Haqiem rela mengorbankan kebahagiaannya demi melihat parentsnya tersenyum gembira.
Alah,bercinta selepas kahwin okey apa.Iskandar Haqiem menyedapkan hatinya sendiri.
Pandai-pandai la aku kawtimm dengan ‘bini’ aku nanti.He he he



Sarangheyo Oppa! Bab 3

Bab3
“Hei!! Bangunlah Hana! Kau ni buat malu aje!” Puteri Balkis merapati aku. Dia menarik tanganku supaya bangun.
 “Tak nak ! Nak tercabut kaki aku ikut kau sana sini.”Aku masih terkaku dilantai,tanpa mempedulikan leteran Puteri Balkis.
“Apa nak jadi,jadi lar. Aku tak mau mengalah! Never!” Aku berikrar.
“Macam nak tercabut kaki aku nih ikut kau shopping.Semua kedai yang ada kat sini semua kau nak masuk.Aku dah tak tahan!” Aku mencurah rasa hati,biar Puteri Balkis sedar sikit yang mereka sudah menghabiskan masa selama 4 jam disitu menjelajah dari satu kedai ke satu kedai.
Puteri Balkis memandang sekeliling.”Adoyai,malu aku macam ni.”
Orang ramai memandang pelik ke arah kami berdua.Tak kurang juga yang melemparkan senyuman sinis.Mungkin tertanya-tanya,drama apa yang sedang kami berdua lakonkan sekarang.
“Yela,yela! Kita pergi rehat kejap kat Starbuck.”Puteri Balkis mengalah.
“Yes!! Ka cha (jom)”Aku terus melompat bangun.Akhirnya,victory is mine!! Ha ha ha..

“Aku ade something nak bagitau kau ni.”Aku bermukadimah. Diam.
Aik? Dia buat dunno aje..Tak kan merajuk lagi kot si Balkis ni??
“Hoi Balkis! Kau dengar tak ape yang aku cakap ni.” Tak tahan beb kalau time aku cakap orang buat dunno aje.
“Hurmm hape?” Puteri Balkis balas. Lemah plus takde mood.
“Janji kau takkan gelak kat aku kalau aku bagitau kau pasal benda ni?” Aku buat muka skupang.
He he he taktik untuk meraih simpati.
Pelik jer si Hana ni,selalunya dia redah aje. Puteri Balkis memandang hairan. Kali ni siap suruh aku berjanji segala bagai.Hape hal? Hati Puteri Balkis bermonolog.
“Janji dulu yang kau tak kan gelakkan aku.” Aku menuntut agar Puteri Balkis berjanji.
Tiba-tiba, “Kau jatuh chenta ke Hana? OMG! Tak sangkanya aku!! Kau yang baik sikit dari Budak Setan tu dah jatuh chenta!” Jerit Puteri Balkis.
Dah macam kena sawan pun ada Puteri Balkis ni..Hu hu hu
“Nah! Hape kes kau ni tetiba jerit Balkis oii,ade ke aku cakap aku dah fall in love?? Takde kan.” Aku cuba untuk menenangkan Puteri Balkis yang ‘menggila’.
“So,boleh tak kau dengar dulu ape yang aku nak cakap,ni tak sesuka hati kau aje buat conclusion sendiri.”
Terdiam Puteri Balkis. Malu dengan kelakuannya tadi.”Owh,salah ke? Sori lar Hana aku ingatkan kau dah jatuh chenta tadi,he he.”
“Banyak la kau punya jatuh chenta.” Pening aku dengan fiil ‘puteri bunian’ seorang ini.
“Hurmm lanih kau dengar ape yang aku  nak cakap ni elok-elok,”Ujar aku serius
“no repeat-repeat harap maklum.” Slumber memberi amaran.
Puteri Balkis hanya memandang dengan diam sambil laju tangannya membawa goblet yang berisi jus mangga ke mulut.
“Aku kena kahwin.” Ringkas plus padu plus power equal (=)to takde perasaan!
Hampir tersembur jus mangga yang ada dalam mulut Puteri Balkis mendengar kata-kata aku.
“What?! Kau nak kahwin Hana? Apesal? Kau biar betul? Dengan sape?” Sekali lagi Puteri Balkis menjerit.Terkejut mungkin dengan berita yangaku sampaikan.
“Yela kahwin dengan anak best friend abah aku.” Jawap aku perlahan.Tak bersemangat.
“But why?” Soal Puteri Balkis tidak berpuas hati.
Mau tak,Hana Humaira yang dikenalinya sejak mereka masih dialam tadika lagi tidak pernah bercinta hatta bercakap tentang seorang insan yang bernama LELAKI  sepanjang perkenalan mereka..
Tetapi sekarang… Puteri Balkis terkedu seketika.
“Kau jangan main-main Hana.Tak kelakar pun tahu.” Serius muka Puteri Balkis memberi amaran.
“Kau tengok muka aku sekarang ni macam main-main ke Balkis?” Ujar aku tenang.
“Tapi apesal tiba-tiba aje kau nak kahwin?” Soal Puteri Balkis
“Correction.Bukan nak kahwin” Aku menekan perkataan nak itu “tapi kena kawhin,dua maksud yang berbeza,kawan.” Aku meneruskan tanpa mempedulikan cebikkan Puteri Balkis.
“Aku kena kahwin sebab ibu and abah aku yang suruh.” Tenang.Tanpa perasaan aku bercerita.


“Adik duduk sini kejap.” pinta ibu ketika aku menghidangkan air untuk mereka selepas dinner.
“Nape ibu,abah?” Tiba-tiba aje,pelik.
“Kami ada something nak bagitau adik ni.”Ibu berkata perlahan.
“Ahh,sudah apehal plak ni?” Serius aku cuak gile.Rileks lar wahai hati. Cool.
“Kami tau mungkin kamu akan terkejut dengan ape yang akan kami sampaikan ni,” Abah menyampuk  “tapi kami harap adik dapat terima seadanya.” Abah meneruskan kata-katanya apabila melihat aku hanya duduk terdiam dan terpaku.
“Abah nak jodohkan adik dengan anak kawan lama abah.” Abah berterus terang.
Bukk!! Terjatuh aku dari sofa apabila mendengar apa yang abah katakan.
“Aku? Kahwin? Dengan anak kawan abah? Gila! Tak kan kot?”
Aku mula tak senang duduk.Diam.Tak terluah melalui kata-kata.
“Err,abah.” Aku cuba untuk membantah.
“Dengar dulu apa yang abah nak cakap” abah memotong kata-kata aku.Tak bagi chance langsung untuk aku bersuara.
”Kami tau adik masih lagi study tapi itu juga bukan halangan untuk adik berkahwin kan?” Ujar abah tenang.
“Uncle Kamal,adik ingat tak dengan uncle Kamal?”Abah bertanya.Lembut.
Aku hanya mengangguk kepala.Uncle Kamal.masakan aku lupa dengan empunya nama itu.
Uncle Kamal kawan baik abah semasa di sekolah menengah dulu. Abah sering bercerita tentang uncle Kamal walaupun aku belum berkesempatan untuk bertemu dengannya kerana uncle Kamal telah berhijrah ke luar negara sewaktu aku masih baby lagi.
“Abah nak kahwinkan adik dengan anak Uncle Kamal,ape nama dia,yang?”Tanya abah yang terlupa nama ‘bakal’menantunya.
“ Muhammad Iskandar Haqiem.”Jawab ibu ringkas.
Aku hanya diam.Tak tahu nak kata apa. Iskandar Haqiem. Sebut aku di dalam hati.
“Sebenarnya abah dengan ibu pernah berjanji dengan Uncle Kamal dulu,kalau kami ada anak perempuan kami akan jodohkan dengan anak tunggal dorang.” Abah bercerita.
Aku? Nak buat apa lagi.Duduk diam-diam. Dengar apa yang abah sedang bagitau.
Takde keinginan untuk membalas.
“Adik?” Ibu memanggil,mungkin tak senang duduk kerana melihat aku hanya diam tak bersuara.
Diam. “Hana Humaira!” Abah memanggil dengan nama penuhku.
“Ha? Ya... Err... Kenapa adik?” Umpama mechine gun,aku terus bertanya.
“Asal,tak kahwinkan dengan along aje?” Aku bersuara perlahan.”Lagipun kan along kan dah abis belajar,kahwinkan aje dengan along.” Cadangan terbaik untuk melepaskan diri. Hu hu hu…
Ha ha ha!!! Abah tiba-tiba gelak tak hengat dunia.
Aik? Aku salah bagi cadangan ke? Tiba-tiba aje abah gelak.Ini yang aku blurr ni.
“Adik-adik.” Okey,abah dah tenang sikit
“Tadi kami bagitau adik nama bakal menantu kami tu ape?” Abah bermain teka-teki denganku.
“Er,Iskandar Haqiem.” Jawabku keliru.
Abah mengangkat kening sambil tersenyum sinis. Hah? Adeh… Pening aku.
“Dah tu tak kan adik nak abah dan ibu kahwinkan Iskandar dengan along kot?”Abah menahan tawa yang akan pecah bila-bila masa aje.
Hah? What going on here? Nape,tak boleh kahwinkan along dengan Iskandar tah sape tuh?
“Adik,along adik tu kan lelaki.”Ibu menyampuk perlahan.”Tak kan lelaki nak kahwin dengan lelaki? Haram tu,berdosa.”
Bukkk!! Kali ni bukan setakat jatuh dari sofa aje,tapi rasa macam kena hempap dengan batu yang maha besar.
Alahai.. Macam mana la aku boleh lupa ni.Along aku kan lelaki dah sah-sah tak boleh bahkan tak akan pernah boleh berkahwin dengan anak uncle Kamal itu.
”He he he” Aku cuba cover line “orang lupa plak yang along orang tu laki.” Alasan yang pandai gila.

“Ha ha ha!! Kau ni memang lawak lar Hana!” Kelakar sungguh Puteri Balkis mendengar cerita kawannya yang seorang ini.
“Amboi,syok gila kau ketawa ye Balkis. Sampai keluar air mata palsu kau tu” Perli aku.Pedas.
Kurang asam betul minah sekor ni.Aku mendengus.Tak puas hati.
“Ye lar,macam mana kau boleh bagi cadangan macam tuh?” Puteri Balkis tergeleng-geleng tidak percaya
“Dah sah-sah along kau tu lelaki.Mana lar boleh kahwin dengan si Iskandar tu.” Puteri Balkis sambung ketawa tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
“Hah,gelak la kau selagi boleh gelak.”Pasrah aje lar,dah memang salah aku pun.
Kalau along tahu mesti aku kena ‘bahan’ dengan dia seminggu tujuh hari tujuh malam ni.
“Tapi bila fikir balik,bukan salah aku pun.Yela,along yang asyik sibuk memanjang.” Aku membebel perlahan.”Along tuh nak balik sini pun payah.”
Muhammad Hanif Farhan pemuda berusia 29 tahun yang berkerja sebagai juruterbang disalah sebuah syarikat penerbangan di Singapura merangkap abang sulungnya itu asyik sibuk aje memanjang,bahkan hendak pulang ke Malaysia pun hanya tiga empat kali dalam setahun.
Itu yang menyebabkan Hana kadang-kadang terlupa akan abangnya yang lebih tua lapan tahun darinya itu.