Sunday 11 December 2011

Sarangheyo Oppa! Bab 1

   BAB:1

"Hah makan budak!!!" sergahku pada Puteri Balkis yang sedang duduk di cafe. "Aik,tak 'terkezut' pun minah nih,musykil betul. Desis hatiku.

"Ala kau ni Hana,tak habis-habis nak sergah aku,buang masa kau jer,hehe." Tergeleng-geleng kepala Puteri Balkis melihat sekilas reaksi sahabat baiknya itu kemudian memandang orang ramai yang berada di cafe untuk makan tengah hari.

Siapa yang tidak kenal dengan Hana Humaira Amrizal. Boleh dikatakan hampir satu kolej kenal dengan gadis ini. Perangainya yang seakan-akan Akashah dalam cerita Lagenda Budak Setan menjadikan dia terkenal tapi Si Hana ni baik sikit kut dari Akashah.. He he he

"Hoi! Kau dengar tak apa yang aku 'bebel' ni,ish kau nih Balkis,aku punya lar bercerita pot-pet,pot-pet tapi kau boleh berangan pula"Kata aku sambil menyiku lengan Puteri Balkis.

Puteri Balkis yang tersedar akan kesilapannya itu hanya tersengih.Senyuman aku memang cun habis.Erk! Perasan betul. 

"kau ni kan Balkis,tak faham aku.Tempat yang gila punya bising ni pun kau boleh mengelamun" Ujarku
"kau ada masalah problem ke?"Soalku prihatin. Aik? Apa punya ayat yang aku guna ni? Sah-sah BM fail plus hancus punah.. He he he.

"Tak lar,mana ada pape(apa-apa) pun"balas Puteri Balkis dengan muka sekupangnya.

"ok kalau macam tu,jom!!" ajakku sambil mengheret lengan cekeding(kurus) Puteri Balkis."Ish pahal lar dengan kawan aku sorang ni?" desis hati Puteri Balkis.

"Dah-dah,tak payah buat muka blur kau tuh,aku nak ajak kau teman aku pergi satu tempat"bidasku pada minah a.k.a BFF aku yang tengah blur disebelahku ini.

"Redha je lar aku dapat kawan macam kau Hana,kalau jadi pape dekat aku nanti pandai-pandai lar kau bersoal jawab dengan Dato Hussain dan Datin Hasnah a.k.a parents aku."ujar Puteri Balkis yang bagai lembu dicucuk hidung hanya mengikut langkah 'tuan'nya tanpa banyak songeh.

"Woi,kau ni Hana Humaira! Yang kau pergi 'stop' tak tentu pasal awat(kenapa)?" Geram kut Si Balkis dengan perangai Hana yang sesuka hati dia 'stop' tak tentu pasal.

"He he,sorry"ujarku sambil tersengih menayang gigi yang bershining umpama kumpulan SHINEE dari Korea.Lar tak habis-habis perasan minah ni.
Dua orang budak lelaki yang kebetulan berada di 'tempat kejadian' hanya tersenyum kambing melihat kelakuan aku."Aik,tengok aku sampai macam tu kompem(comfirm) senyuman aku ni cantik menarik tertarik aku memang debomm! Alamak! Penyakit perasan Hana ni datang balik la.

"Hurm,dah la jom."Puteri Balkis mengambil 'jalan' mudah untuk menyedarkan sahabatnya yang mula perasan.
"Cis,macam aku tak tau kau ni,pantang orang tengok sikit mula la kau perasan"Dalam hati Puteri Balkis mengutuk sahabatnya. Apa punya kawan entah.




                                                              

Bukk!! "Atoi! Tak terkeluar suara aku mahal aku dek kerana terlalu sakit."Hamba Allah mana lar yang tetiba langgar aku ni" Mai aku usya sikit muka kau.Wah! Subhanallah! Indahnya ciptaan-Mu Ya Rabbi. Tinggi,kacak,macho,putih kemerah-merahan."Aik macam nama aku pula Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan." Sempat lagi Hana mencari persamaan wajah lelaki itu dengan namanya.
Tapikan Mr.Rain aku lagi macho.. He he he

Hana Humaira! Wake up! Apa yang kau merepek ni,mamat ni dah langgar kau tapi kau pergi puji dia melangit tuh apesal?

"Kau ni buta ke hape?"Nah,dah keluar suara mahal aku.Puteri Balkis yang terpaku one menet(minit) segera menghulurkan tangannya untuk membantu aku yang sesedap rasa 'landing' atas lantai.

"Eh,asal aku pula yang salah?Kau tu yang jalan tak tengok depan,aku yang buta atau mata kau yang rabun cap ayam?!" Tempik Iskandar.Geram betul dia dengan minah didepannya ini.Mencerlung matanya melihat Hana Humaira yang hanya separas bahunya itu.

'Aik,cumil la muka dia' hati Iskandar dalam dian memuji gadis di hadapannya tapi garang nak mampus macam singa betina yang kebuluran. Pulok(pula),tadi memuji sekarang mengutuk. Haih,donia-donia(dunia-dunia).

"Kau!" tenggelam timbul suara aku dek kerana teramat 'hot' dengan mamat sengal ini.
"Alar,Hana sudah la tu.Dia bukan sengaja pun"cepat-cepat Puteri Balkis bertindak sebagai penyelamat.

"A'ah la Is sudah lar,dengan perempuan pun kau nak bertekak ke?Dah-dah,malu orang tengok"celah Muhammad Aufal Ameen secara tiba-tiba untuk menenangkan kawannya.

Aik,masa bila pula mamat sorang lagi ni muncul?? Tetiba aje ada kat sini.. Ah! lantak lar apa yang aku kisah bila dia muncul. Ish perempuan sorang ni.dia yang tanya dia jugak yang jawap. Hana Hana.....

"Lain kali kalau dah tahu yang kau tu 'buta' jangan pakai menda alah ni(ray ban),tak pasal-pasal orang yang tak berdosa jadi mangsa kau!" Merah padam muka mangkuk tingkat cap ayam tu kena 'sound' dengan aku.. Ha ha ha padan muka,kau ingat aku senang-senang je nak 'lepaskan' kau. Sorry lar 'brader' ini Hana Humaira anak Cikgu Amrizal tau. Pantang kalah sebelum ajal. Merepek betul Hana ni..

"Huh gila!" Iskandar segera beredar dari situ dengan hati yang bengang





"Lar kau cakap nak aku teman pergi tempat yang best lar ape lar,tapi kau bawak aku lepak kat sini awat?"hairan Puteri Balkis dengan angin kawannya yang seorang ni.

"Huh,malas lar aku.Dah takde mood.Sakit buntut sebab jatuh tadi pun tak surut lagi taw!" balas aku dengan slumber sambil menikmati Mocha yang menjadi kegilaan aku sejak dulu lagi... Ahh.sedapnye....

"cakap sakit tapi tangan kau tu senang je suap Mocha dalam mulut"perli Puteri Balkis.

Tanpa menghiraukan sindiran Puteri Balkis,Hana terus menikmati Mocha kesukaannya.Terpejam matanya apabila Mocha yang enak berada di dalam mulut.Menghayati lar konon.Over betul minah ni.

"Bertuah kau terlanngar Iskandar tadi" takde angin,takde ribut tiba-tiba Puteri Balkis kata begitu.Hape kes?
"Pardon" aku membuat muka keliru dengan kenyataan yang dibuat Puteri Balkis sebentar tadi.

"Yela,suma(semua) girls kat kolej kita tergila-gila dekat si Iskandar tu tapi dia 'bolayan' aje.Dengan kau siap 'bersentuhan' lagi"sengaja Puteri Balkis menekan perkataan 'bersentuhan' itu.

Hampir tersembur Mocha yang ada dalam mulut bila Puteri Balkis menyebut perkataan 'bersentuhan' itu.
"Eei,please lar wahai kawanku Puteri Balkis Dato Hussain.Kau ingat aku happy ke dengan 'sentuhan' tadi tu...sikit pun tak.Okey?"cepat-cepat aku menyangkal tuduhan Puteri Balkis yang terlalu tak masuk akal.

"kau ni memang stone la Hana.Kalau aku jadi kau,kena langgar seratus kali dengan Si Iskandar pun aku sanggup"kata Puteri Balkis dengan gaya mengada-ngada.. Ah sudah si Balkis ni sudah tukar jadi spesis ulat bul-bul dah..

"Dah lar ensem,tinggi,macho,putih,anak businessman yang terkenal pulak tu.Beruntung sape yang jadi awek dia..Oh,Muhammad Iskandar Haqiem Bin Dato Kamal"Puteri Balkis terus menyambung kata-katanya apabila melihat Hana buat dunno(tak tahu) saja.

Pada masa yang sama,Hana seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berlaku dihadapan matanya.
"Alamak,takkan kawan aku ni dah kena panah dengan si cupid kut sampai sebut nama penuh mamat sengal a.k.a mangkuk tingkat cap ayam itu.
Risau Hana Humaira melihat keletah BFFnya..

"Rileks lar bro." Aufal Ameen berusaha untuk menenangkan lelaki kacak merangkap sahabat baiknya yang hampir 'meletup' gara-gara kejadian yang berlaku tadi.

"Huh!!" Iskandar mendengus kasar "macam mana aku nak rileks,sesuka hati hati die aje sembur (marah) aku kat depan public tadi."teringat Iskandar tentang kejadian accident beberapa jam lau yang membuatkan hatinya terbakar sampai sekarang.

"Harap muka aje yang cumil tapi bahasa dan sikapnya hanya Allah saja yang tahu.Tak padan dengan perempuan...Kutuk Iskandar Haqiem tapi dalam hati saja.

"Ah! sudah,tadi kau punya lar hangin (marah) sekarang berangan pulak,ape kau dah tangkap cintan dengan muslimah brutal tadi tu ke?"sakat Aufal Ameen bersahaja..Eh,dan (sempat) lagi dia menggelar Hana Humaira sebagai 'muslimah brutal'... Isk-ish,memang tepat sangat-sangat... kih kih kih


No comments:

Post a Comment