Thursday 15 December 2011

Sarangheyo Oppa! Bab 2

                                              BAB 2:

"Bangun!!! Sembahyang subuh! Anak dara tak elok bangun lewat ....."suara Puan Zurah bergema satu rumah.

"Aisyemen,ibu nih kacau betul orang baru aje nak kiss Bi Rain."bebelku dalam keadaan yang masih mamai...

Tanpa menghiraukan ibu aku terus bumm!! Sambung tido yang tadi terganggu. Ish kalau mak mentua nampak tengok sah-sah masuk CCU akibat sakit jantung.

"Hana Humaira! Bangun ibu cakap!" Aduh,big mama dah mengamuk lar..

Kelam-kabut aku mencapai towel dan segera ke bilik air.Aku segera menunaikan kewajipan aku sebagai umat Islam walaupun eksiden sedikit.

"Aik,asal ibu still ada kat bilik aku nih?”Aku mula tak senang hati.

Ah sudah,ini mesti kena 'ceramah' lagi aku pagi nih"hati Hana berbisik nakal apabila ternampak Puan Zurah duduk disofa yang tersedia di dalam biliknya.

"Assalammualaikum and  good morning ibu."Sapaku dengan senyuman yang tersangat manis kepada ibu terchenta.Jangan sampai diabetes sudah..He he he.

Puan Zurah tersenyum melihat keletah anak perempuannya yang seorang itu."Mai duduk sini kejap."Suruh Puan Zurah sambil memepuk ruang kosong disebelahnya.

"Kenapa adik bangun lambat?"Ah,sudah ibu dah bermukadimah,pasni sure aku dengar 'kuliah subuh' dari ibu.

"Subuh nih pendek,masanya tak panjang macam waktu-waktu solat yang lain.”Diam.

“Kalau dak lepas pukul 7.00 sampai 7.30 tu dah dikira sebaga waktu syuruk.Waktu syuruk tu waktu matahari baru nak naik ke langit,kita diharamkan sembahyang tak kira apa jenis sembahyang sekalipun samaada solat fardhu atau solat sunat kerana tanduk syaitan ada ditengah-tengah matahari."Ibu memang terbaek dalam bab-bab kuliah subuh ni aku bermonolog.

"Sebab tu junjungan kita Nabi Muhammad SAW mengharamkan umatnya sembahyang pada waktu syuruk sebab ia seakan-akan menyerupai orang yang menyembah matahari"Sambung ibu lagi.

Mungkin kerana geram melihat aku hanya diam tanpa bersuara ibu mencubit kuat pipiku.Auch!! Sakit kot! 

"Adik dengar tak apa yang ibu cakap ni? Diam aje."Soal ibu sambil mengusap perlahan pipi aku yang bagai udang kena BBQ dek kerana cubitan tadi.

Hurmm,kasih ibu memang tiada tandingan.

"Orang dengar lar ibu"Jawabku sambil memeluk bahu ibu"tapi orang saje je buat-buat tak dengar"Tambah aku slumber.

Tergeleng kepala Puan Zurah dengan kelakuan anak gadisnya yang sorang ini."Dah lar,jom turun breakfast,abah mesti tengah tunggu tu."



"Selamat pagi abah!"Ucapku sambil mencium pipi kanan abah yang sedang membaca Metro Ahad.

"Hmm,pagi."Pendek abah membalas.Abah memang begitu asyik serius aje memanjang tapi abah tetap best in the world. 

"Takde kelas ka hari ni?"soal abah sambil memandang anaknya yang sedang menyumbat roti bakar seolah-olah sudah tidak makan berbulan-bulan.

"Cumil jugak anak aku ni"Puji Encik Amrizal dalam hati..Hah,tengok baka lar kawan! 

"Abah..Hari ni kan hari ahad,mane ada kelas."Aku menjawap pertanyaan abah sambil menyuap roti bakar yang ke-6 keping.

Encik Amrizal hanya mampu menggeleng kepala melihat cara Hana menjawab soalannya.

Sumbat selagi boleh sumbat.Hana terus menjalankan misinya iaitu suap,suap dan terus suap tanpa menoleh kiri kanan lagi.Haih,kalau tak tercekik saja sangat.


"Tunggu la aku!" Aufal Ameen tercungap-cungap. "Dia ni nak berjoging ke nak buat larian 1Malaysia"Hati Aufal Ameen mengomel tak henti.

"Ha ha ha! Kelakar kau nih Aufal,baru joging sikit dah semput."Kuat suara Iskandar mempersenda sahabat baiknya.

"Dah macam labi-labi tak cukup air aku tengok kau."Tambah Iskandar bersahaja,kemudian duduk dibangku yang disediakan..Ahh,selesanya.

"Nah!ambik ni,labi-labi kau cakap aku."Aufal membaling tuala yang diguna untuk mengelap peluh tadi kepada Iskandar

"Aku yang punya ensem,kacak lagi macho kau kata labi-labi.Tak patut sangat-sangat!" Iskandar Haqiem hanya tersengih. 

Ish muka kawan aku ni bila smile memang 'kiut',nasib kau baik Iskandar sebab kawan kau ni 'straight' aje kalau tak,tak dapat den nak tolong..Hahaha Aufal Ameen berfikir nakal.

"Jom hang out nak tak malam nih?" Ajak Aufal Ameen 5minit kemudian.

"Kat mana?" soalan berbalas soalan.. Ini sah-sah Bahasa Melayu time SPM dulu hancus.Orang bagi soalan dia jawab dengan soalan balik.

"Tempat biasa."Jawab Aufal bersemangat.

"Ok,kau ambik aku kat rumah pukul 8.30.Aku malas nak drive."Iskandar menyatakan persetujuan.


“Assalammuallaikum! Tuan rumah,oh tuan rumah!” Dah macam tarzan pula aku ni..He he he Tarzan yang kiut lagi miut..

“Waalaikummussalam!”  Suara Mak Tom jelas kedengaran menjawab salam yang diberi.

“Terjerit-jerit bagi salam macam ni tak lain tak bukan mesti budak Hana sekor lani.”Teka Mak Tom.

“Cakk!! Mak Tom!!” Dah macam kanak-kanak rebena pula aku ni..
Hah,kan betul mesti budak ni punya,siapa lagi yang berani jadi tarzan tak bergaji kat depan rumah mewah ni kalau tak si Hana. Mak Tom berpuas hati tekaannya mengena.

“Mak Tom,Balkis ada tak?”Aku tunduk menyalam tangan tua Mak Tom.

Aku ni luaran aje yang tak berapa nak okey,tapi dalaman,fuhh!! Tip top beb!

“Ade kat atas,jemput la masuk.”Pelawa Mak Tom ramah.

“Ehh Hana.Bila sampai?” Datin Hasnah yang berada ditangga menyapa Best Friend Forever anaknya itu.

“Baru aje auntie,buntut pun tak panas lagi.. He he he.” Aku jawab tanpa segan silu sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

Ha ha ha ha!! Gelak besar Datin Hasnah mendengar jawapan yang keluar dari mulut Hana.

“Hana-hana.. Kamu memang tak pernah berubah ye?? Makin nakal daripada dulu.” Datin Hasnah  menyambut huluran gadis yang telah dianggap seperti anaknya sendiri itu.

“Parents kamu sihat Hana?”Soal Datin Hasnah ramah.

”Dah lama auntie tak jumpa dorang.”

“Sihat,alhamdulillah.Dorang kirim salam kat auntie.”

“Bila kamu sampai Hana?” Soal Dato’ Hussain tiba-tiba.Masih segak walaupun sudah separuh abad usianya.

“Agak lama juga la uncle.Ibu ngan abah kirim salam.”Sebagai mana disampaikan salam orang tuanya kepada Datin Hasnah tadi,begitulah Hana menyampaikan salam tersebut kepada Dato’ Hussain.

“Waalaikummusalam” Dato Hussain menjawab salam yang disampaikan.”Diorang sihat Hana?”

Aku hanya menggangguk sambil tersenyum manis.

“Uncle nak pergi mana? Handsome semacam aje Hana tengok uncle.Tergoda taw!” Usik aku slumber sambil mengerdip mata pada Dato’ Hussain yang sudah terdekah-dekah ketawa.

“Ouch!!” Boleh pecah eardrum sape-sape yang dengar jeritan aku.

Perhh memang berbisa cubitan untie Hasnah ni.

“Alamak uncle,auntie jelous lah. Sori lar auntie gurau aje.”aku meminta maaf spontan.

Datin Hasnah hanya melemparkan senyuman pada Hana. “As rasakan abang ni kena ubah style taw.”Ujar Datin Hasnah bersahaja.

“Kena tukar jadi ‘uncle’ dah bukan ‘anak uncle’ lagi” Usik Datin Hasnah.

“Ish,kamu ni As.. Nak buat macam mana lagi,saya kan awet muda.” Ha ha Dato’ Hussain sudah naik lif tekan sendiri.

Tiba-tiba… “Patut la aku rasa macam nak roboh aje rumah aku nih,kau dah sampai rupanye.. Janji pukul 12.00 sekarang baru pukul 11.45.”Puteri Balkis yang baru turun memerli kawannya.

Aku biasa la,memang terbaekk wokk…

“Korang dua orang ni nak pergi mana pagi-pagi ni?” Ade aje budak dua orang ni.

“Kita orang nak pergi shopping mama.”Panjang sengihan Puteri Balkis.

Wait!! Shopping? WTH? Semalam si Balkis ni call kata nak ajak aku pergi MPH je,ni shopping pula.. Owhh,punoh kawe ginni..


“Kami pergi dulu ma,pa.”Cepat-cepat Puteri Balkis memintas Hana Humaira yang baru hendak membuka mulut untuk membantah aktiviti yang telah dirancang dengan teliti oleh Puteri Balkis.

Cis… Terkena aku pagi ni.. Nak buat macam mana?? Terima aje lar aku ada kawan yang hantu shopping macam dia ni.

“Hah,tak puas hati la tu.”Tahu sangat Puteri Balkis akan fiil kawan baiknya itu yang agak anti dengan shopping dan perkara yang melibatkan kira-kira sejak dulu lagi. 
  











No comments:

Post a Comment