Thursday 15 December 2011

Sarangheyo Oppa! Bab 6

Bab6
Suasana kediaman mewah milik Dato’ Kamal dan Datin Aisyah begitu meriah.
Sanak-saudara yang datang dari jauh serta jiran tetangga yang turut sama membantu mereka menyiapkan segala persiapan untuk hari perkahwinan anak tunggalnya yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi.
Aufal Ameen menapak laju kearah bilik Iskandar Haqiem yang terletak ditingkat tiga kediaman mewah itu.Dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu betapa kecewa dan marahnya dia terhadap Iskandar Haqiem yang tidak mengkhabarkan tentang perkahwinan yang bakal berlangsung beberapa hari lagi itu kepadanya,sedangkan dia sahabat baik Iskandar Haqiem.
“Apesal kau tak cakap dengan aku yang kau nak kahwin?!” Tanpa sebarang amaran  Aufal Ameen terus menerjah sahabatnya yang sedang mengelamun itu.
Iskandar Haqiem yang sedang asyik mengelamun itu sudah terjatuh kebawah katil dek kerana terperanjat yang amat sangat dengan sergahan tiba-tiba itu.
Niatnya untuk memarahi gerangan yang bertanggungjawab membuatnya jatuh katil terbantut apabila melihat orang itu ialah Aufal Ameen.
“Aku tanya kau Is,kenapa kau tak bagitau aku yang kau nak kahwin?”Aufal Ameen bertambah bengang apabila soalannya sebelum ini tidak dijawab.
“Alar,rileks lar kawan.”Iskandar Haqiem menenangkan sahabat baiknya itu “kau kan outstation,aku malas nak ganggu kau” Iskandar Haqiem memberi alasan.
“Mangkuk kau rileks! Macam nak pengsan aku time umi bagitau yang kau akan kahwin.”Aufal Ameen mula tenang sedikit.”Bukan bulan depan,bukan tahun depan tapi esok lusa!”
Iskandar Haqiem hanya tersengih memandang Aufal Ameen.Sorry lar brader..
“Sekarang baik kau cerita kat aku siapa bakal bini kau tu,macam mana kau kenal dia?” Sudah tidak sabar dia untuk mengetahui siapakah wanita yang berjaya menambat hati Iskandar Haqiem ini.
Iskandar Haqiem hanya mengeluh perlahan.”Kalau aku bagitau kau mesti kau tak percaya punya.”
Aufal Ameen mengangkat kening tanda tidak faham apa yang dikatakan oleh Iskandar Haqiem.
“Kau ingat tak budak perempuan yang terlanggar aku beberapa bulan lepas?”Soal Iskandar Haqiem.
”Ala,yang garang nak mampus tu.” Iskandar Haqiem cuba mengingatkan Aufal yang mungkin terlupa akan pertengkaran yang tercetus antara dia dan Hana Humaira.
“Owh,muslimah brutal tu.. Kenapa? Hape kena mengena dia dengan perkahwinan kau?”Aufal Ameen keliru.
Tiba-iba.. “Wait!! Jangan-jangan muslimah brutal tu bakal bini kau?” Ternyata Aufal Ameen dapat menangkap kaitan antara ‘muslimah brutal’ itu dengan perkahwinan Iskandar Haqiem walaupun agak slow sedikit.
“Ha,tak percayakan? Tapi itulah kenyataannya. Nama dia Hana Humaira anak kawan baik papa masa sekolah menengah dulu.”Ujar Iskandar Haqiem tenang.
Sesungguhnya dia sendiri terkejut apabila mama menunjukkan foto gadis yang bakal menjadi isterinya beberapa hari lagi itu adalah perempuan yang pernah memarahinya sewaktu dia dan Aufal Ameen sedang sibuk untuk melakukan persiapan untuk hari konvokesyen mereka.
“Kau setuju?” Aufa Ameen bertanya soalan yang agak kureng pandai,dah sah-sah lar si Iskandar tu setuju kalau tak masakan segala persiapan sedang giat dijalankan.
“Ya,aku setuju.Mula-mula tu aku tak tau pun yang bakal bini aku tu rupanya budak perempuan  yang pernah ‘sekolahkan’ aku dulu,aku terima sebab tak nak kecewakan harapan mama dan papa aku untuk melihat  aku dengan anak kawan diorang.” Iskandar Haqiem berterus terang.
“Mama baru tunjuk foto budak tu kat aku semalam,so dah terlambat untuk aku cancel wedding ni tapi aku tak kisah sangat sebab aku dah siapkan perjanjian antara kami nanti. Jangan kau cerita kat sape-sape plak” Iskandar Haqiem memberi amaran.
Aufal Ameen tergamam. “Kau sedar tak ape yang kau sedang buat ni Is? “ Ada nada geram dalam suara Aufal Ameen.
“Kau tak nak kecewakan mama dan papa kau,itu aku puji kerana kau sanggup korbankan kebahagiaan kau demi diorang tapi pasal perjanjian tu aku tak sokong.” Aufal Ameen menyatakan pandangannya.
“Perkahwinan suatu perkara yang suci bro,tak kan kau nak cemarkan kesucian perkahwinan yang bakal kau bina nanti dengan perjanjian karut tu,kau tak fikir ke ape perasaan Hana kalau kau layan dia macam tu,perasaan family kau?”
Iskandar Haqiem hanya terdiam sejenak.Dia dalam diam turut mengakui kata-kata Aufal Ameen itu tapi bukan niatnya untuk berbuat demikian malah tidak pernah dia terfikir walau sebesar zarah sekalipun untuk melukakan hati Hana Humaira dengan perjanjian yang bakal mereka tandatangani nanti walaupun mereka pernah bertengkar sebelum ini.
Aufal Ameen memepuk perlahan bahu sahabatnya itu.”Aku Cuma nasihatkan kau aje Is,kau kawan baik aku dunia akhirat sebab tu aku tak nak kau menyesal kemudian hari tapi kalau tu keputusan kau aku ikut.Ingat tak kira ape yang berlaku sekalipun aku akan tetap dibelakang kau.” Iskandar Haqiem tersentuh dengan pengakuan sahabatnya itu.
“Thanks,bro.”Hanya itu yang dia mampu ucapkan.

Blackberry  torch berwarna putih bergetar diatas meja sisi.Lagu Stereo Heart nyanyian Gym Class ft. Adam Levine berdering cukup kuat untuk membangunkan pemiliknya yang masih tidur.
Aduh!! Sape la yang call aku pagi-pagi buta macam ni,kacau je aku nak tidur,dah la aku tak cukup tidur semalam..  Bahana tidur pukul 2.30 pagi gini lar kesudahannya.
“Anyanghasayo?” Aku menyapa pemanggil,dek kerana terlalu mengantuk aku terlupa hendak memberi salam.
Iskandar Haqiem yang berada dihujung talian terkejut. Aik? Mengigau ke apa minah ni,bahasa apa yang dia guna tapi sedap juga suara perempuan ni.
Ehem! Iskandar Haqiem berdehem kuat,cukup untuk membuat mata Hana Humaira terbuka luas.
“Alamak,sori.. Terlupa bagi salam,assalammualaikum.Ya nak cakap dengan sape?” Ala-ala gadis melayu terakhir aku bertanya.
“Waalaikumussalam,can I speak to Hana Humaira please?” Iskandar Haqiem bersuara serius.
“Ya,ni Hana la,kau sape?” Eleh poyo lar mamat ni, speaking segala bagai.
Jantung Iskandar Haqiem berdebar tiba-tiba,tak sangka perempuan bersuara lunak itu ialah Hana Humaira,bakal isterinya berbeza dengan suara Hana Humaira sewaktu mereka bertengkar dulu.
“Hello?? Nak cakap ke tak nak? Don’t play,play arh?” Haha ingat kau sorang je pandai speaking aku pun boleh.
“Owh,maaf.Saya nak jumpa awak tengah hari ini boleh?” Lega.. Terluah juga pertanyaan  itu,hampir dua malam dia berlatih supaya tidak tergagap-gagap semasa menghubungi Hana Humaira.
“Hek eleh,kau sape? Tiba-tiba je nak ajak aku keluar.” Geram aku dengan pemanggil ni dah lar kacau tidur aku,dah tu sesuka hati aje nak ajak aku keluar.
Iskandar Haqiem yang tersedar bahawa dia terlupa untuk memperkenalkan dirinya termalu sendiri “Ni saya la,Muhammad Iskandar Haqiem Bin Dato’ Kamal,bakal suami awak.” Siap bagi nama penuh lagi.
Aku terkedu!! Apa? Iskandar Haqiem. Err apa aku nak cakap ni.Arghh hentam je lah Labu...
“Owh,awak ke..Maaf lar tak sangka yang awak akan call saya.” Aku berasa sedikit serba salah kerana menengkingnya tadi.
“Tak pe,so boleh ye kita jumpa tengah hari nanti,pukul 12.00 dekat Mc’d Mid Valley.” Iskandar Haqiem meminta kepastian.
“Ha,okey.. Tapi macam mana saya nak cam awak?” Ye la,mana la aku pernah jumpa dia pun sebelum ini,mau malu aku setahun kalau aku tersilap orang nanti.
“Tak pe,saya kenal awak.Jangan lambat tau,saya tunggu.Bye.” Pantas Iskandar Haqiem memutuskan talian.
Aik? Dia kata dia kenal aku.Musykil betul.Hurm lantak la.
Aku segera mencapai towel lalu menuju ke arah toilet untuk mandi. ”Nasib baik aku ABC minggu ni,kalau tak mau meningkat naik la saham dosa aku sebab tertinggal subuh.”
“Hai anak dara baru bangun?” entah suara sumbang siapa yang slumber memerli aku..Biar la korang..Tidak berminat untuk mencari suara itu aku terus ke dapur untuk bersarapan.
“Hah! Pengantin perempuan tak bagus bangun lambat tahu!” jerit Puteri Balkis betul-betul ditelingaku.
“Kau ni biul ke hape? Jerit gila punya kuat,kau ingat aku pekak ke?”Geram aku dengan Puteri Balkis kalau aku pekak ke ape ke siapa nak bertanggungjawab.
“Lagi satu,pengantin perempuan?? Hello… Aku bakal pengantin perempuan okey?”
He he he.Puteri Balkis sudah tersengih sambil menunjuk tanda ‘peace’.
Aku memandang keadaan rumah yang kini telah berubah rupa sebanyak 90%.
Meriah,penuh dengan sanak-saudara dari sebelah ibu dan abah serta jiran-jiran yang turut serta membantu melakukan persiapan untuk perkahwinan aku yang tinggal hanya dua hari saja lagi.
Dua hari saja lagi aku akan berkahwin.Dua hari lagi aku bukan Hana Humaira seperti sekarang, bukan lagi Hana Humaira yang bebas berbuat apa saja yang diingini dan status aku akan berubah dan mengubah kehidupan aku pada masa akan datang.
Puteri Balkis perasan akan perubahan pada wajah sahabatnya itu.”Aku bangga dengan kau Hana,kau sanggup ketepikan perasaan kau sendiri demi parents kau,aku pun belum tentu sanggup untuk buat keputusan macam ni kalau perkara yang sama terjadi pada aku.” Puteri Balkis memuji Hana.
“Alahai dah la,bakal pengantin tak elok buat muka macam tu,nanti hilang seri.”Usik Puteri Balkis bertujuan untuk menceriakan sahabatnya.
Aku hanya menggangguk sedikit lalu tersenyum..
”Ha macam tu lar.” Puteri Balkis gembira melihat sahabatnya itu sudah mampu tersenyum walaupun terpaksa.
“Hah dah bangun pun” Puan Zurah menyergah dari belakang “ibu ingat adik tido lagi,ibu baru nak pergi kejutkan.” Aku hanya tersengih
“Tadi Iskandar ada call rumah,nak cakap dengan adik tapi dah adik tak bangun tido lagi ibu kasi nombor anset adik kat dia.” Owh,ibu ke yang bagi nombor aku dekat dia ingatkan kat mana dia cilok mombor aku.
”Dia ada call adik tak?”
Angguk.”Dia ajak keluar tengah hari ni,”aku berterus terang dengan ibu.”Nak jumpa dekat Mid Valley,boleh?” kena minta izin dulu baru berkat.Kan kan kan??
Puan Zurah memikir sejenak kemudian “ye la tapi jangan lama-lama sangat tak elok orang pandang.Lepas tu terus pergi KLIA jemput along.Pukul 4.30 flight dia sampai.” Puan Zurah mengingatkan anaknya.
“Okey.” Aku balas perlahan.


















No comments:

Post a Comment