Monday 19 December 2011

Sarangheyo Oppa! Bab 10

Bab10
“Tak nak!!” rimas betul aku dengan ‘pak’ andam sorang ni,tak habis-habis dengan ‘bulu’ dia tu.
“Kau ni nyah! Orang nak kahwin make-up cantik-cantik,kau tak nak pula.Dah-dah kau jangan ngade-ngade ye nyah, ‘mak’ luku kepala kau nanti free aje taw.” Sally a.k.a Sallem yang ditugaskan untuk menyolek pengantin sudah geram.
Hampir-hampir aje suara ‘jantan’nya terkeluar tapi nasib baik sempat dikawal walaupun terbabas juga kadang-kadang.
Werrrkkk!!! Geli aku dengan ‘sotong’ sekor ni ada ke patut dia panggil aku nyah. “Aku ke kau yang  nyah,Allah dah bagi kau sempurna sebagai lelaki nak jadi perempuan pula!” getus hati Hana.
“Kalau kau berani try la luku kepala aku,aku kerate kau nanti baru padan,biar patah semua tulang kau”gertak aku,menguji kesabaran sungguh.
”Dah cepat la make-up,lambat nanti aku blah kang baru kau taw.”aku mengalah apabila melihat Sally a.k.a Sallem yang berdiri dibelakangku sudah bergenang air mata,tunggu masa saja lagi.
Ala,aku gurau je nyah kau jangan la nangis kat sini.Cepat lar kau kan pakar dalam hal-hal ni.Lagipun kalau kau muncung macam ni dah tak ‘voookk’ gitu.”aku memujuk.
Sally yang mendengar kata-kata Hana itu terus tersenyum “A’ah kan,betul jugak cakap kau,nanti tak de pula mamat macho yang nak ngorat aku kan?” segera dia mewarnakan wajah Hana Humaira dengan segala jenis ‘mak nenek’ produk yang dibawa.
Alahai sabar aje la wahai hati..
Tokk tokkk... “Masuk je,pintu tak kunci.” Sally menjerit kuat.Hana Humaira yang terlelap kerana menunggu wajahnya siap disolek terkejut. ”Gila suara macam speaker pecah aje!”
Puteri Balkis yang sudah berdiri dihadapan meja solek amat terpegun dengan wajah Hana Humaira,”Cantik gilaaa kau Hana!” puji Puteri Balkis,tak pernah-pernah dia melihat sahabat baiknya itu bersolek sebelum ini apabila disolek,Subhanallah cantik sangat!!
“Haruslah girls,sape yang tolong make-upkan? Sally giittu.”Sally a.k.a Sallem bersuara terlebih dahulu tanpa sempat Hana membuka mulut.
Kedua-dua sahabat itu sudah ketawa terbahak-bahak geli hati mendengar kata-kata Sally a.k.a Sallem yang sudah ‘syok sendiri’ itu.
“Ni ape yang gelak kuat sangat ni sampai kat luar pun boleh dengar.” Hanif Farhan menerpa masuk tanpa meminta izin.Dia memandang bilik adiknya yang telah dihias menjadi bilik pengantin.
”Aik,mana adik ni,Cuma ada Balkis,si sutun ni dengan….? Jangan-jangan adik dah lari.” Risau Hanif Farhan memikirkan kemungkinan itu.
Hana Humaira memandang alongnya geram “Along ni masuk tak ketuk pintu ape lar.”
Hanif Farhan memandang gadis itu tanpa perasaan,eleh macam la ni bilik dia but dia panggil aku apa tadi?? Sesaat kemudian,Ya Allah!! Budak cun ni adik aku la Hana Humaira,hampir tersembul biji mata Hanif Farhan melihat adiknya itu,Ya Allah cantiknya adik aku.
”Hana!!Cantiknya!”ayat itu terkeluar tanpa sempat ditahan.
Hana Humaira dan Puteri Balkis hanya tersenyum sinis dengan kelakuan pilot handsome dihadapan mereka itu.
”Ape lar adik sendiri pun tak kenal ke? Kecewa betul,nak gantung diri kat pokok tauge lar macam ni.”aku sudah buat ayat sedih.
Hanif Farhan menyekeh kepala adiknya itu,tak habis-habis dengan lawak dia.”Sori la,along memang tak perasan tadi,tak sangka adik along selama ni perempuan rupanya.”Sakat Hanif Farhan.
Aku menjelir lidah tanpa tak puas hati.
“Dah la,Hana kau kena tukar baju sekarang still ada lagi sejam sebelum pernikahan tu bermula tak sempat nak siap nanti.”Puteri Balkis mengingatkan.
“Along keluar dulu orang nak tukar baju.”Aku segera menolak belakang along kearah pintu.
“Kejap!” Hanif Farhan berpatah balik menuju kearah Sally yang sedang duduk dimeja solek “Kau lelaki juga kan,so keluar adik aku nak tukar baju.” Along berkata serius sambil menarik tangan Sally keluar dari bilik.
Sally yang terkejut kerana tiba-tiba tangannya ditarik memandang Hanif Farhan dengan pandangan yang bersinar.
”Wah handsome nye mamat ni,eh siap pegang tangan aku lagi dia nak tackle aku ke? Bahagianya dunia.” fikiran Sally sudah ‘terpesong’ jauh.
 Aku memandang kearah cermin. Baju kurung bewarna putih serta tudung dengan warna senada sudah tersarung cantik. Muka yang selama ini tak pernah ‘kenal’ dengan make-up telah pun berubah 50% , kedua-dua belah tangan yang telah dilukis dengan inai dipandang lama.
Ya Allah,betul ke apa yang aku buat ni.Berkahwin dengan seorang lelaki yang tak pernah aku kenali sebelum ini ketika usia yang masih muda,mampukah aku menjadi seorang isteri yang baik kepada suamiku nanti Ya Allah.
Rasa takut muncul tiba-tiba.Takut sekiranya tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik sekaligus menyebabkan ‘saham’ akhirat bertambah banyak.
“Takpe Hana,kau kan dah buat perjanjian dengan bakal suami kau,Insya-Allah semuanya akan okey.”Aku menyedapkan hati yang resah.
“Adik dah siap?”Puan Zurah dan Encik Amrizal melangkah masuk kedalam bilik diiringi oleh Hanif Farhan.
Aku mengangguk sambil tersenyum kearah mereka.Puteri Balkis meminta izin untuk beredar mungkin kerana ingin memberikan ruang kepada kami sekeluarga.
Ibu memegang erat tangan kananku.Setitis air mata jatuh kepipi tua itu “Dah besar anak kita kan bang? Dah nak kahwin pun.”Ujar ibu sambil sebelah tangannya mengusap kepalaku.
Air mataku turut mengalir perlahan,sayu mendengar kata-kata yang lahir dari mulut ibu ketika itu.”NI awat adik nangis,comot make-up nanti dah tak cantik.”ibu bersuara sambil mengelap cermat air mataku.
“Hana”aku memandang abah yang berdiri dihadapanku
“Kamu bakal menjadi isteri orang nanti,behave yourself okey? Hana bukan lagi seperti ‘Hana’ yang dulu nak lakukan apa pun nanti kena minta izin suami kamu dulu faham.Jangan terburu-buru membuat keputusan bila ada masalah nanti,bincang elok-elok dengan Iskandar.”Abah memberi nasihat.
Aku hanya mengiyakan kata-kata abah.”Lepas ni Hana bukan lagi dibawah tanggungjawab ibu dan abah lagi dah bukan juga tanggungjawab along,Hana adalah tanggungjawab suami kamu, jangan ingkar arahan dia selagi tak bertentang dengan syarak ye nak.”
Tanpa sedar Encik Amrizal turut mengalirkan air mata berat hatinya untuk melepaskan Hana Humaira tetapi sudah ditakdirkan Allah bahawa hari ini segala tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah kepadanya akan diserahkan kepada seorang insan yang bernama suami kepada Hana Humaira.
Doanya semoga anak gadis yang dijaga selama 21 tahun dengan penuh kasih dan sayang itu bahagia dan cekal menghadapi segala rintangan yang bakal dihadapi kelak.
Hanif Farhan yang dari tadi diam,bersuara “Ibu abah dah la,adik bukannya pergi mana pun.Senyum la sikit,sedih macam ni tak best la.”Dia cuba untuk memeriahkan kembali suasana.
“Betul cakap along,adik tak pergi mana-mana pun.Walaupun selepas ni adik dah jadi isteri orang adik tetap satu-satunya anak perempuan Encik Amrizal dan Puan Zurah yang comel,baik hati ,nakal dan gila-gila.Ibu and abah jangan la sedih macam ni nanti adik pun sedih juga.Kesian Iskandar nanti tengok bakal bini dia macam mak lampir.”Dalam sedih sempat juga aku bergurau.
Encik Amrizal,Puan Zurah serta Hanif Farhan hanya tergelak kecil mendengar kata-kata Hana Humaira.
“Ya walau apa pun terjadi selepas ini,adik tetap Hana Humaira kami yang comel,baik hati dan nakal.Tak de sape yang boleh menidakkan kenyataan itu”Hanif Farhan bersuara mewakili ibu bapanya.Mereka sekeluarga berpelukan.
PIntu diketuk dari luar,kemudian terjengul kepala mak long Zainab kakak sulung Puan Zurah dimuka pintu “Dah siap ke semua? Tok kadi dah sampai.”
Abah dan ibu segera beredar ke luar bilik untuk menyambut tetamu yang sudah sampai diekori oleh along.Seminit kemudian Puteri Balkis masuk kedalam bilik bersama Tasha dan Zoe.
Tasha ialah sepupu kepada Puteri Balkis merangkap sahabatku manakala Zoe,gadis Pan Asia itu merupakan kawan baikku dan Puteri Balkis sejak dari  tingkatan satu lagi.
 “Wah,cantiknya kau Hana!! Patut la Balkis cakap jangan terkejut bila tengok kau” Zoe bersuara teruja.
“A’ah la Zoe, memang cantik!! Macam bidadari.” Giliran Tasha pula bersuara. “Jelousnya Tasha!”
Aku hanya tersenyum malu mendengar kata-kata mereka “Sudah-sudah lar tu,asyik puji aku je pecah baju kurung aku nanti sape susah.”
Pecah ketawa keempat-empat gadis itu dengan jawapan spontan Hana Humaira.
Rombongan pengantin lelaki dah sampai!! Entah suara siapa yang menjerit memaklumkan tentang itu  sehingga mereka yang berada didalam bilik turut boleh mendengar.Tak sakit tekak ke jerit macam gittu??
Hati yang tenang berdegup kembali malah lebih kuat dari yang tadi.Tarik nafas Hana..... Hembus.... Tarik.... Tak payah hembus,satu suara berbisik jahat ditelinga Hana Humaira.. Gila mati aku nanti,tak pasal-pasal pula dianggap bunuh diri kerana tak mahu berkahwin,kecoh satu Malaysia nanti.
Rombongan pengantin lelaki  telah berada diruang tamu.Agak sesak juga keadaan diruang tamu itu kerana masing-masing tidak mahu ketinggalan menyaksikan upacara pernikahan Hana Humaira dan Iskandar Haqiem yang bakal berlangsung beberapa minit sahaja lagi.
Iskandar Haqiem yang tampak segak berbaju melayu berwarna sedondon dan bersamping hitam sudah duduk menghadap tok kadi.Nampak sahaja tenang sebenarnya dalam hati hanya Allah saja yang tahu bertapa nervousnya dia.
“Handsomenya pengantin lelaki..Bla bla bla... Kalau jadi pakwe aku… Bla bla bla” Kedengaran suara nakal atau lebih tepat lagi gedik plus mengada-ngada memuji ketampanan pengantin lelaki.
Hana Humaira yang sedang duduk diatas katil hampir pengsan apabila seorang wanita yang berumur lebih kurang ibunya meminta agar dia keluar bilik dan menyertai yang lain.
“Pengantin perempuan dah ada kat sini ke?” Aju tok kadi meminta kepastian.
“On the way.”Entah suara siapa yang jawab pertanyaan itu sehingga membuatkan para tetamu ketawa kuat, bergegar ruang tamu rumah Encik Amrizal.
Muhammad Iskandar Haqiem segera mengangkat kepala apabila mendengar jawapan yang diberi.Matanya terpaku kepada satu susuk tubuh yang memakai baju kurung yang sama warna dengannya.”Ya Allah,bini aku ke tuh? Subahanallah,cantiknya dia Ya Tuhan.”
Aik?? Akad nikah pun belum dah anggap anak orang ‘bini’.Haih.....
Aufal Ameen yang perasan mata sahabatnya itu tidak beralih dari memandang pengantin perempuan menyiku perlahan “Hoi sudah la tu,tak kemananya Hana tu yang kau pandang dia macam nak makan.” Iskandar Haqiem hanya tersengih malu.
Disuatu sudut yang menempatkan kaum hawa.”Cantiknya pengantin perempuan...Padan lar diorang dua orang,bla bla bla...”
Aku  duduk diatas pelapik yang telah dikhaskan untukku.Ibu tercinta sudah tersenyum disebelah kiri manakala emak mentua tersayang sudah berada disebelah kanan.
Aku segera menghulurkan tangan untu bersalam tetapi salam itu tidak bersambut.
Datin Aisyah segera membawa aku kedakapannya”Cantiknya menantu mama.”
Aku membalas pelukan emak mentuaku walaupun agak terkejut dengan tindakkan spontannya.
“Kalau dah ada elok kita mulakan sekarang.”Tok kadi menyuruh salah seorang pembantunya bangun mendapatkan aku,satu borang yang memerlukan tanda tanganku disua.Dengan lafaz bismillah aku menurunkan tanda tanganku seperti yang diminta.
Tok kadi memulakan majlis akad itu dengan membaca doa dan berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW  diikuti dengan khutbah nikah.Setelah selesai membaca khtubah nikah dan sebagainya tok kadi menjabat tangan dengan pengantin lelaki.
“Muhammad Iskandar Haqiem bin Muhammad Kamal,berwakilkan aku,aku nikah akan dikau dengan Hana Humaira  binti Muhammad Amrizal  dengan mas kahwinnya sebanyak RM73.00 tunai.”tangan digoncang sedikit oleh tok kadi.
“Aku terima nikahnya Hana Humaira binti Muhammad Amrizal dengan mas kahwinnya sebanyak RM73.00”
 Sah!! Dengan hanya sekali lafaz aku kini sah menjadi isteri kepada lelaki bernama Muhammad Iskandar Haqiem.Sejarah telah tercipta,satu lagi ‘masjid’ telah dibina pada tengah hari itu! Mulai saat ini aku akan menyandang gelaran ‘Puan Hana Humaira’ pula.
Selesai doa dibaca, Iskandar Haqiem bangun dan berjalan kearah aku untuk upacara membatalkan wuduk.Dia duduk bersila bertentangan denganku,sebentuk cincin emas yang bertatahkan sebutir berlian disarungkan ke jari manis.Teragak-agak aku menunduk untuk mencium tangan suamiku.
Hampir sahaja aku pengsan apabila bibir Iskandar Haqiem menyentuh lembut dahi aku.Saudara-mara terdekat sibuk mengambil gambar sebagai kenangan.
Lama bibir itu hinggap didahi sehingga ada suara nakal mengusik kami berdua.”Ehem-ehem,lama sangat tu.Sabar ya pengantin.”Usikan itu disambut dengan tawa kuat oleh semua orang.
 Siot betul,sape lar yang buat lawak antarabangsa waktu-waktu macam ni.  Geram sungguh aku dengan usikan itu.
Pasangan pengantin bersalaman dengan ibu bapa mentua masing-masing,kemudian mereka beralih kepada kaum-kerabat yang lebih tua sebagai tanda hormat.
Sesi bergambar pula berlangsung setelah bersalaman dengan ahli keluarga dari kedua-dua belah pihak, jurugambar yang telah dibayar untuk merakamkan detik terindah itu meminta agar pasangan pengantin pula ‘beraksi’.Terkejut aku dengan pemintaan jurugambar itu.
 “Biar betul dia ni,memandai aje.”omel hatiku tak puas hati.
Namun Iskandar Haqiem sebaliknya,dengan senang hati dia memenuhi permintaan jurugambar itu. Dengan selamba dia memaut bahu Hana Humaira.
 “Mak ai!! Sedap aje pegang bahu aku.”aku sudah menjeling kearah suamiku itu tapi Iskandar Haqiem hanya buat tak nampak.
Iskandar Haqiem mengakui sebenarnya dia telah jatuh cinta dengan perempuan didalam dakapanya kini sejak dari pertemuan mereka pertama kali dulu lagi,pertemuan  yang membawa pertelingkahan antara kedua-duanya, Cuma dia mengambil masa yang agak lama untuk menyedari akan kewujudan cinta itu sehinggalah dia terpandang Hana Humaira sebentar tadi.
Hana Humaira sudah rimas dengan rangkulan Iskandar Haqiem segera berdehem kuat.Dia hanya tersenyum sinis apabila suaminya memandang tepat pada mukanya.
Iskandar Haqiem yang tersedar bahawa dia masih memeluk Hana Humaira segera merungkai pelukan.”Aduhai...Malu aku”getus hatinya.
“Lagi sekeping kali ini pengantin lelaki cium pengantin perempuan.”jurugambar yang mengalahkan paparazzi itu mengarah mereka.
Blushing!! Pipi Hana Humaira yang putih itu sudah merah seakan buah tomato apabila mendengar permintaan jurugambar itu.
Tanpa sempat dia membuka mulut.. Cupp!! Satu ciuman hinggap betul-betul di pipi sebelah kanannya.Ternyata tindakan itu sangat memuaskan hati jurugambar dia hanya tersenyum lebar kemudian segera berlalu keluar bilik.
Aku memegang pipi kananku,lelaki yang ‘bertanggungjawab’ mencium aku itu dipandang tajam.Renungan maut dihadiahkan kepadanya.
“What?”Iskandar Haqiem berpura-pura tidak mengerti.
“What?! You kiss me Iskandar”hampir tidak kedengaran suara aku kerana terlalu geram.
“Owh yang tu.Tak salahkan saya cium wife saya.”Ujar Iskandar Haqiem selamba habis,kemudian dia segera menarik tangan Hana Humaira menuju ke bawah khemah makan.

No comments:

Post a Comment