Saturday 16 June 2012

Sarangheyo Oppa!! Bab 12

Bab 12
Azan subuh berkumandang didada langit menyeru agar umat Nabi Muhammad SAW supaya bangun untuk mengerjakan ibadat wajib itu.
Hana yang terjaga apabila mendengar azan subuh terus bangun untuk membersihkan diri. 15 minit berada didalam bilik air ketika jam tepat menunjukkan pukul 6.00 pagi terasa seakan-akan diri berada di Antartika. 

Sejuknya hanya Allah saja yang tahu.
Selesai membersihkan diri aku segera mencapai telekung lalu menunaikan kewajipanku sebagai hambaNya.
“Ya Allah aku memohon dariMu agar engkau kuatkan aku agar aku dapat mengharungi segala dugaan yang mendatang dan jadikanlah aku seorang hamba yang solehah serta isteri yang baik kepada suamiku. Dan berkatilah kehidupanku serta matikan aku sebagai seorang Islam sebagaimana Engkau menghidupkan aku sebagai seorang Islam,amin.”aku turut mendoakan kedua-dua ibu bapaku agar kehidupan mereka diberkati 

Allah SWT pencipta langit dan bumi.
“Arhhh!!!” aku hampir terjatuh apabila terlanggar ‘lembaga’ yang sedang berdiri dibetul-betul belakangku.
“Sayang okey ke? Sorry abang tak sengaja buat sayang terkejut.” Ujar Iskandar Haqiem dengan tangan kanannya masih bertaut erat belakang isterinya yang hampir terlentang.
Aku terus menbuka mata apabila mendengar suara itu. “Fuhh,patutlah tak sakit tak sempat jatuh rupanya..”aku segera membetulkan kedudukan badan.
“Sekarang dah pukul 6.30,awak nak subuh pukul 7.00 ke?”aku memerli lelaki dihadapanku ini.
Iskandar Haqiem yang mendengar hanya tersengih kecil,lalu segera ke tandas untuk membersihkan diri tetapi separuh jalan dia kembali kearah isterinya. Cuppp!! satu ciuman hinggap di dahi Hana Humaira. ”Selamat pagi sayang.”

Aku terpaku seketika.Gila ka hapa? Morning kiss! Dia cium dahi aku?? Terasa seperti mahu terjun kolam pun ada saat ini. Dah masuk dua kali dia cium aku!!
Lupakan Hana,dia mengigau tu.Tanpa berlengah dia  terus mengemas katil dan menyimpan semula comforter yang digunakan oleh Iskandar Haqiem semalam. ”Siap!”
Aku segera menapak ke ruang dapur “Selamat pagi” aku menegur kaum ibu yang sedang sibuk menyediakan sarapan didapur.

“Selamat pagi,awal pengantin bangun.” Mak long mengusik. Aku hanya tersenyum.
“Masak apa pagi ni? Boleh Hana tolong.”
“Boleh sayangg.” Mak su pula bersuara “Tolong pergi kejutkan all your cousin yang still lagi tidur mati kat atas sana dan panggil semua pak cik- pak cik kat depan tu breakfast.” Semua ketawa mendengar kata-kata mak su itu “Jangan lupa ajak suami kamu turun sekali nanti merajuk pula suami kamu tu kamu lupakan dia.”sempat lagi mak su mengenakan Hana.

Aku menapak naik kebilik sesudah selesai lakukan seperti apa yang disuruh oleh mak su sebentar tadi.
Aku mengetuk pintu sebelum masuk sebagai tanda ‘amaran’.Ye la walaupun ini bilik aku tetapi still ada ‘seseorang’ kat dalam kan?

Aku tergamam.Nak pengsan pun ada. Iskandar Haqiem hanya bertuala separas pinggang. Sepantas kilat aku berpaling menghadap pintu.
Iskanar Haqiem ketawa perlahan. ”Hai.. Tak kan tak sudi nak tengok suami sendiri kut? Tak handsome ke abang ni atau sayang malu??”

Banyak la kau punya malu! Melaun betul aku backhand nanti naya aje.Aku hanya tersenyum sinis sambil memandang Iskandar Haqiem. Terlupa lelaki dihadapanku ini hanya bertuala ketika itu.
“Ibu panggil turun breakfast.” Dingin. Why dia senyum? Aku tengah buat lawak ke? Atau ada something on my face?? Aku meraba muka.
“5 minit.” Akhirnya dia bersuara.

“Cepat la,dorang dah tunggu tu.”Tak kan lar nak turun breakfast pun kena tunggu 5 minit.
“Nak turun pakai macam ni ke Puan Hana Humaira?” aku memandang Iskandar Haqiem dengan muka bluurr.  Aku teringat yang dia hanya bertuala ketika aku masuk tadi. Darah merah menyerbu naik ke muka.
“Ha… Eerr okay saya turun dulu.Take your time.” segera aku menuju ke pintu.
“Apa lar kau ni Hana! Menda macam tu pu kau boleh lupa!” Perasaan marah dan malu bercampur.
Satu tarikkan kuat pada tangan Hana membuatkan dia kembali terdorong kebelakang. Terlekap dia dibadan Iskandar Haqiem yang masih tidak berbaju.

Just 5 minute,kita turun sama-sama.” Iskandar Haqiem membisik ditelinga Hana Humaira.
Mereka beriringan turun kebawah,sebaik saja kaki memijak anak tangga yang terakhir tangan Hana Humaira digengam erat. ”Kita pengantin baru kan? Smile” Iskandar Haqiem bersuara perlahan.
Selamat pagi. Iskandar Haqiem menyapa mereka yang berada dimeja makan “Wahh pengantin baru kita ni muka berseri-seri aih..” terburai tawa seisi rumah yang mendengar usikan mak long.
Hana mengambil tempat duduk yang masih kosong disebelah anak bongsu mak long yang bernama Imran.
“Abang Is duduk sini lar lagipun Im dah sudah.” Imran mempelawa suami sepupunya itu.
Iskandar Haqiem mengucapkan terima kasih “Sayang,tolong tuangkan air kopi tu boleh?” hampir tersembur air yang ada dalam mulut. Biar betul mamat ni,dia bersayang-sayang time-time macam ni.
Mereka yang berada di situ tersenyum akan gelagat pengantin baru itu.
“Hana,kan suami minta air tu.”Puan Zurah bersuara.
Dengan hati yang memberontak Hana tuang air yang diminta kedalam cawan yang masih belum diguna lalu disuakan kepada Iskandar Haqiem.
“Pukul berapa nak balik rumah papa kamu?”Encik Amrizal memulakan perbualan.
“Kejap lagi abah dalam pukul 10.00 nanti.” Iskandar Haqiem membalas pertanyaan ayah mentuanya.









No comments:

Post a Comment