Saturday 16 June 2012

Sarangheyo Oppa!! Bab 13

Bab13
Aku tunduk mencium tangan ibu.”Jaga diri elok-elok,jangan buat perangai pula kat sana nanti.” Puan Zurah mengingatkan anaknya Lalu tubuh Hana Humaira dipeluk erat.Setitis air mata mengalir ke pipi.
“Sudah-sudah la tu Zu... Bukannya Hana nak pergi berperang”Encik Amrizal menenangkan isterinya yang sudah menangis. Mereka yang ada disitu ketawa kecil mendengar kata-kata Encik Amrizal.
“Jaga Hana baik-baik tau.”Encik Amrizal berpesan kepada Iskandar Haqiem”Nanti kirim salam dekat mama dan papa kamu.” Aku mengangguk kemudian segera bersalaman dengan along dan semua yang ada disitu.
Dengan hati yang berat Hana Humaira masuk ke dalam kereta.”Sudah la,bukan jauh pun rumah mama dengan rumah your parents,nanti bila-bila kita balik la sana.”Seakan memujuk sahaja nada Iskandar Haqiem. ”Senyum la sikit”ujarnya sambil menciut pipi kanan Hana Humaira yang duduk disebelah.
Ish lar!! Mamat sorang nih memang gatal tangan ke hah?? Ikut suka hati dia aje nak pegang-pegang aku.
Aku menepis pantas “Tangan tu jangan merayap merata-rata.”aku bersuara seolah-olah tiada perasaan “Nanti ‘cium’ pokok tak pasal-pasal aje.”
Ha ha ha.. Terletus ketawa Iskandar Haqiem mendengar ayat kartun Hana Humaira.Dalam dok marah masih lagi sempat memerlinya. ”Lar buat apa abang nak kiss pokok,sayang kan ada.....” sengaja dia meleretkan ayat yang terakhir.
Aku terkedu! Ceh aku nak kenakan dia last-last aku yang kena balik. Nasib-nasib.
“Oppa! Kita berhenti kat kedai buah tu kejap boleh tak?” aku memandang Iskandar disebelah dengan muka yang penuh mengharap.
Iskandar mengangkat kening mendengar permintaan Hana Humaira.Tiba-tiba aje nak berhenti kat kedai buah,tak kan lapar lagi budak ni sedangkan time breakfast tadi sampai dua pinggan nasi lemak budak ni sapu.
Walaupun masih keliru dia penuhi jua permintaan isterinya itu. Lampu isyarat sebelah kiri  dinyalakan.
Aku sudah tersenyum senang. ”Tak sangka dia ikut cakap aku.. Boleh jadi tempat hilangkan boring ni..He he he..” Idea jahat sudah berlegar-legar diminda. ”Kejap eh..” ujarku sambil membuka pintu kereta.
Banyaknya buah. Hurmm yummmyy. Tapikan buah apa yang mama dengan papa suka erk? Hana mengaru kepala yang terlindung disebalik lilitan selendang,pening hendak pilih buah mana yang hendak dibeli.
“Ye cik,nak buah yang mana satu. Semua manis-manis.”Ramah pak cik itu mempromosi.
“Hurmmm,kejap ye pak cik.”aku segera berlari menuju kearah Iskandar Haqiem yang berada didalam kereta.
Aku mengetuk perlahan cermin di tempat duduk penumpang.”Kenapa? Duit tak cukup ke?” Iskandar Haqiem sudah menarik keluar dompet dari saku belakang jeans.
“Ehh,tak… Bukan tak cukup duit tapi saya nak tanya buah apa yang mama dan papa suka.Nanti kalau beli buah yang mama dan papa tak makan tak best lar.”aku sudah membuat muka skupang.
Ternyata kata-kata Hana Humaira itu membuatkan Iskandar Haqiem terkejut dan terrsentuh.Tak sangka Hana Humaira memintanya memberhentikan kereta dibahu jalan hanya kerana ingin membeli buah tangan kepada mama dan papa.
Segera dia mematikan enjin lalu keluar.”La kenapa keluar. Panas ni,bagitau je buah apa yang mama dan papa suka.”
“Sayang ingat abang ‘putera lilin’ ke tak tahan panas.”Selamba dia mengheret tangan Hana Humaira kearah gerai buah-buahan yang ada disitu.
Aku hanya menurut langkah suamiku. Tanpa di undang,satu perasaan yang damai dan bahagia bertandang disudut hati. Perasaan yang tak dapat diungkapkan melalui kata-kata apabila tanganku bertaut erat dalam genggaman Iskandar Haqiem.
Hana merenung tangan kanan yang masih lagi didalam genggaman Iskandar Haqiem..
”Ya Allah adakah genggaman ini akan bertaut sehingga malaikat maut menjemputku? Kenapa aku dapat rasakan yang aku lebih selamat ketika berada disamping lelaki yang aku nikahi kerana permintaan ibu bapaku ini?”
“Semua RM19.40… Bayar RM19.00 dah la,lagi 40sen pak cik halalkan.” Suara pak cik itu mematikan lamunan panjang Hana Humaira.
“La dah beli ke?” kelam kabut aku mencapai dompet tapi Iskandar Haqiem lebih cepat sekeping not RM50 dihulurkan kepada pak cik itu.
“ No oppa,biar saya yang bayar.”Iskandar Haqiem hanya tersenyum dan segera mengambil wang baki.
“Terima kasih,anak ni baru kahwin ke?”terlebih ramah pula pak cik ni bertanya.
Iskandar Haqiem menjawap pertanyaan itu dengan anggukkan.
“Bagus la. Ni pak cik sedekahkan untuk kamu berdua.”ujarnya sambil memasukkan beberapa biji buah oren kedalam plastik.”Semoga cepat-cepat dapat anak ye.”
Mak ai!!! Biar betul pak cik ni,ada ke patut dia cakap macam tu. Tapi bukan salah dia pun,bukannya dia tahu yang aku dengan Iskandar kahwin sebab permintaan ibu bapa. Senyuman dilemparkan kearah pak cik itu.
“Kami minta diri dulu.”Iskandar Haqiem menyua tangan untuk bersalaman dengan pak cik itu sebagai tanda hormat kepada yang lebih tua.
 Suasana didalam mini cooper S  ‘meriah’ seketika apabila Iskandar Haqiem dengan slumber menyanyi mengikut rentak lagu I’m Yours yang dimainkan oleh deejay Hot FM. Penuh perasaan dia menyanyi lagu itu.
Sedap jugak suara dia ni nyanyi,kalau baca al-Quran mesti lagi best. Aku tersenyum.
“Kenapa sayang senyum sorang-sorang ni tak baik tau,makhruh.”
Kantoi!! “Adehh!! Macam mana dia boleh tau ni.”aku hanya buat tak tahu dengan usikan Iskandar Haqiem.
“Suara oppa sedap”aku menjeling Iskandar Haqiem yang sudah ‘kembang’ dipuji “tapi kalau oppa tak nyanyi lagi sedaap...” Sambungku mengusik.
Iskandar Haqiem mencubit pipiku.Ya Allah,nakalnya isteri aku ni!
“Sakit lar oppa!” aku bersuara kuat.Asyik cubit pipi aku aje,bengkak sebelah nanti sapa nak tanggung?!
Iskandar Haqiem sudah mengusap perlahan pipi Hana Humaira yang sudah merah “Sakit ke?”
Boleh dia tanya sakit ke tak! Tunggu kau. Sepantas kilat Hana mencubit kuat pipi Iskandar Haqiem yang sedang enak mengusap pipiku sambil sebelah tangan masih mengawal stereng kereta.
Auch!!! Hampir terkeluar tonsil Iskandar Haqiem  dek kerana jeritan itu.”Gila sakit!”
Aku hanya membuat muka tak bersalah.”La sakit ke oppa?” aku mengulangi pertanyaan Iskandar sebentar tadi.
Aduhai,apa la bini aku ni… Punya kuat gila dia cubit pipi aku tapi boleh tanya sakit ke tak. Iskandar Haqiem mengomel sendiri.
“Why you call me oppa?” pelik juga dia kerana Hana dari tadi memanggilnya ‘oppa’.Entah apa maksud pun dia tak tahu. Macam ‘opah’ pun ada juga.
Iskandar Haqiem yang masih lagi mengusap pipi kirinya itu dipandang sekali lalu. ”Sebab saya dah ada abang saya sendiri.” Ujarku ingin menambahkan lagi kekusutan dan keserabutan fikiran oppa.
Hah?? Iskandar Haqiem sudah ternganga mulut mendengar jawapan dari Hana Humaira yang langsung tidak dapat diproses oleh otaknya.
“Pandang depan la.”aku menolak perlahan kepala Iskandar Haqiem untuk kembali menghadap jalan.
Oppa tu bahasa Korea yang bermaksud abang,you ask me panggil you abang kan? But macam yang saya cakap sebelum ni I already have my own abang so saya panggil la awak oppa. Walaupun maksud yang sama tetapi sebutan yang berbeza,kira okey la tu.” panjang lebar aku menerangkan kepada suamiku ini.
Speechless.Tak tahu apa yang hendak dikatakan oleh Iskandar Haqiem.Tak sangka yang Hana Humaira memanggilnya abang selama ini.Hatinya berbunga gembira ketika itu,terasa seperti disayangi dan dihormati sebagai seorang suami.
Mini cooper S berwarna hitam milik Iskandar Haqiem meluncur laju membelah kesesakan jalan raya memuju ke villa milik Dato’ Kamal dan Datin Aisyah.



No comments:

Post a Comment