Saturday 16 June 2012

Sarangheyo Oppa!! bab 15

Bab15:
Aku mengibas tangan kerana terasa bagai ada ‘sesuatu’ di muka. Makin ditepis makin galak benda itu bermain-main dimuka.. Ishh,takkan lipas kut? Aku segera membuka mata..
“Arhhhh!!!” tindakan refleks bila aku terkejut.’Seseorang’ sedang duduk disisi katil sambil tersengih memandangku.
Mungkin kerana jeritan itu terlalu kuat sehingga mama dan papa segera berlari mendapatkan kami berdua.Nasib baik mak,kak Tuti dan kak Yati tak ‘join’ sekali.
 ”Iskandar,kenapa dengan isteri kamu?”cemas aje suara papa!
“Hana,kenapa ni sayang? Hana sakit ke,bagitau mama Hana sakit kat mana,kita pergi klinik ye?” mulut menyoal tapi tangan Datin Aisyah sudah sibuk memeriksa tubuh badan menantu kesayangannya.
Iskandar Haqiem menekup mulut menahan tawa yang bakal pecah bila-bila masa saja lagi.
Aku yang tak tahu nak kata apa memandang oppa utuk meminta bantuan.Hey! Hangin betul aku,boleh dia geleng kepala bila aku minta bantuan ‘kecemasan’ macam ni.. Tak guna punya oppa, apa la kau ni Hana ,tak baik tau kutuk suami sendiri.
“Hana mama tanya ni,kenapa diam?” Datin Asyah mengoncang kuat bahu Hana  Humaira.
“Err,Hana okey la ma,pa… Orang jerit sebab….” Serba salah aku nak cita perkara sebenar.
“Sebab apa?” papa meminta kepastian.
“Sebab Is kacau Hana tido,Hana ingat lipas tadi tuh yang Hana TERjerit,he he he....” Mianne mama papa sebab buat anda terkejut.
“Ya Allah!” ternyata ‘kejujuran’ku membuatkan mama benar-benar terkejut “Mama ingatkan apa la yang jadi tadi sampai kamu jerit macam gitu..” Tergeleng-geleng kepala Datin Aisyah.
“Iskandar,tak baik buat wife kamu terkejut sampai macam tu,kalau jadi pape nanti macam mana..”Tegur papa menasihati anak lelakinya yang sudah berubah semenjak berkahwin ini.
Iskandar Haqiem hanya tersengih memandang kedua-dua orang tuanya. Mama dan papa berlalu keluar dari bilik setelah mengetahui perkara yang sebenar.
Dia memandang Hana dengan mata yang terkedip-kedip(nak mintak simpati la tuh) sambil menghulurkan tangan sebagai tanda maaf diatas kelakuannya tadi “Maaf..”
Alahai,cumil la dia buat muka macam ni! Ehem! Hana jangan terpengaruh.Aku hanya buat tak endah dengan huluran tangan itu.
“Please??” Iskandar sudah membuat muka seposen sambil memandang muka isterinya.”Takkan marah kut? Bergurau dengan bini sendiri bukan salah pun.”
Alahai,tak sampai hati pula nak biar aje dia..”Yela,yela...” Hati perempuan.... Aku tidak menyambut huluran maaf Iskandar sebaliknya....
Arghhhh!!! Kali ini giliran si suami pula menjerit mana tidak ,tangan yang dihulur sebagai tanda maaf telah selamat digigit oleh si isteri yang ingin membalas ‘budi’.. “Nah,ambik kau..” Aumm aumm!! Gigit jangan tak gigit! Selepas 5 minit baru tangan itu dilepaskan dengan hati yang puas! Dengan selamba aku melangkah ke bilik air untuk mandi dan menunaikan solat Asar.
“Bini aku ni orang ke hamster?? Tangan aku pun dia gigit” Iskandar Haqiem memandang tangan yang yang telah ‘dicop’ oleh isteri terchenta.
Sementara itu didalam bilik air.. “Amek kau sape suruh kau buat aku terkejut.”Ha ha ha(evil laugh)

Fitting room penuh,korang dua masuk sekali la senang jimat masa sikit.”Puteri Balkis memberikan pendapat. Pagi tadi dia menerima panggilan telefon daripada BFFnya Hana yang mengajak ke butik perkahwinan untuk mencuba baju yang akan digunakan untuk majlis disebelah pengantin lelaki maklumlah dia kan bakal pengapit pengantin perempuan.
Aku merenung tajam ‘puteri bunian’ diselahku ini. “Ada ke patut suruh aku  masuk fitting room dengan mamat sengal ni? Ingat aku kemaruk sangat nak tayang body?
“A’ah la Is,kau masuk sekali la dengan Hana jimat masa kalau tunggu bilik tu nanti lambat pula.”Aufal Ameen yang bertugas sebagai pengapit pengantin lelaki pula bersuara menyokong kata-kata Puteri Balkis.
Iskandar Haqiem hanya buat tak endah dengan ujaran sahabatnya itu.Setelah 10 minit menunggu…
“Jom querida…” Dia mencapai tangan Hana untuk menyuruh isterinya bangun.
Aik? Nak pegi mana pula? Baju pun tak try lagi dah ajak ke tempat lain.
“Bilik tu kosong,kita masuk sekali la.Jimat masa sikit.”Ujarnya serius.
Nah haih,gila hapa dia nih? Dia nak aku salin baju dalam bilik kecik kotet tu dengan dia.. Aku ulang sekali lagi dengan DIA!!
Aufal Ameen dan Puteri Balkis hanya tersenyum melihat reaksi kawan masing-masing.Iskandar Haqiem yang bermuka selamba sambil menarik tangan isterinya untuk bangun manakala Hana Humaira seperti baru disimbah dengan cat merah ke muka,nampak jelas merah diwajah itu kerana kulitnya yang putih melepak.
“Cepat querida nanti orang lain masuk pula.” Iskandar masih lagi berusaha untuk menarik aku yang seolah-olah telah digam ditempat duduk.
“Aku tanak tayang body depan kau la mangkuk!! Tak paham ke??” aku menjerit sekuat hati.. Tapi  tak terkeluar,kalau jerit kuat-kuat nanti orang usya pelik pula.
Nak tak nak kena bangun juga sebab mamat tak faham bahasa ni tarik tangan aku rasa macam nak tercabut. Pertama kali dalam hidup aku mengalah dengan seorang lelaki.. Berat kaki melangkah mengekori Iskandar Haqiem menuju kebilik persalinan.
Iskandar Haqiem pula sebaliknya “Yeahh!! Best la kalau macam nih selalu.. He he he…”
Aku membuang pandangan ke arah lain apabila melaun ni selamba aje membuka t-shirt yang dipakai betul-betul didepan mataku tanpa memberi amaran.
Dup dap dup dap.. Aku merapatkan tapak tangan kedada. “Aisyemen,kau kenapa Encik Hati…” berpeluh-peluh aku ketika itu.Kenapa dengan aku ni, dulu time sekolah habis aje waktu Pendidikan Jasmani  classmate aku yang lelaki buka aku tak kisah pun,okey aje degupan jantung aku.. Sekarang?
Iskandar Haqiem perasan kelakuan Hana Humaira yang memegang dada kirinya itu.Dia hanya tersenyum kecil.. Tiba-tiba muncul satu akal untuk mengusik isteri nan seorang itu.
Dengan badan yang masih lagi tidak berbaju dia pusing menghadap isterinya. Tangan Hana Humaira diraih lembut. Hana yang tidak menyangka itindakkan drastik Iskandar tersandar kedinding dek kerana terlalu terkejut.
Along,tolong adik!! Aku hanya mampu menelan air liur,hendak lari tak boleh,aku tak pakai tudung. Dalam hati rasa menyesal membuak-buak kerana membuka tudung sebentar tadi.
Dalam hati Iskandar Haqiem sudah ketawa terbahak-bahak melihat riak wajah yang sudah berpeluh itu.Ha ha ha, hari tu sayang gigit tangan abang ye… Sekarang biar abang pula yang ‘gigit’ sayang. Nyumm nyumm..
Kedua-dua belah tangan sasa Iskandar Haqiem menghalang kiri dan kanan Hana Humaira.Kini dua pasang mata saling merenung tanpa sebarang kata.
Ya Allah,sempurnanya ciptaanMu..Kulitnya yang putih bersih,bibir merah bak delima yang comel dan matanya…Mata itu sungguh cantik! Niat asal hanya untuk mengusik isteri tercinta sudah bertukar rentak. Satu ciuman hinggap di atas kening Hana Humaira. Lama bibir Iskandar Haqiem melekat di situ.
Aku terpaku dengan tindakan Iskandar Haqiem.. Jika tadi aku seperti hendak melarikan diri kerana ‘takut’ sekarang tidak lagi walaupun aku mempunyai ruang dan peluang untuk berbuat begitu ketika dia sedang leka.
Iskandar Haqiem memandang wajahku apabila sedar aku tidak bertindak seperti selalu apabila dicium. Perlahan-lahan dia merapatkan mukanya ke mukaku dengan ‘tujuan’ yang sama seperti tadi. Hampir dan semakin hampir…. Jika sedikit lagi dia merapatkan mukanya ke muka aku pasti bibir kami akan bertaut…  Tok tok tok.. Bunyi ketukan di pintu membuatkan kami kembali sedar.
Aku hanya memandang ke lantai kerana terlalu malu utuk memandang wajah lelaki dihadapanku ini.
Guys.. Korang okey ke tak?? Asal lama sangat?”  suara Puteri Balkis seakan-akan risau dengan kami berdua.
Ehem! “Kami okey la Puteri,kejap lagi kami keluar.” Jawap Iskandar Haqiem. Dia segera membetulkan kedudukan baju yang direka khas untuk majlis itu nanti agar terletak elok di tubuh.
Aku masih lagi tidak bersuara..Iskandar Haqiem tahu isterinya segan dan malu kerana insiden tadi juga tidak bersuara.
“Abang keluar dulu k? Sayang dah boleh tukar baju sekarang.”sempat lagi dia menghadiahkan kucupan dipipi kiri ku sebelum berlalu keluar dengan senyuman yang melebar hingga ke telinga.
Mamat ni memang ‘pemurah’ dengan ciuman! Sesuka hati dia aje nak cium anak orang.











No comments:

Post a Comment